Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 4-Jul-2008 02:19 Email | Share | Bookmark
All In One...

Lasagna yg my cousin bagi.. so yummy...
dini kat kantin.. makan nasi
ibu beli burger & air tembikai..
sempat lagi pose...
datang awal.. dpt no. 1 utk ambil report card
dah boleh balik.. sibuk nak beli buku pulak..
pose kat tangga dewan..
keputusan peperiksaan pertengahan tahun
our dinner that nite..
murghi karai yg lazat...
kek sebelum bakar
kek dah masak... so wangi..
potong sikit nak rasa..
kek dah kena potong..
yummy.....
Hari ni entry all in one... byk sgt gambar terbengkalai.. kena update byk2 sikit.. maaflah panjang sikit entry kali ni.. kalau malas baca just ignore it... saja aku taip panjang.. just utk kenang2an...

Thanks Naknie & Syikin

Lasagna ni dah lama aku teringin nak buat.. tapi sampai skrg tak terbuat2 lagi.. hehe.. finally dpt jugak merasa yg my cousin buat last friday.. so yummy... sampai anak2 termasuk ibunya tak cukup... ayah tak sempat merasa sebab ibu sampai rumah dah lambat & ayah dah berlepas ke tempat kerja.. (takpe ayah.. one day ibu akan buat juga.. ) Naknie ler yg jadi ketua chef.. tak sia2 la Naknie belajar jauh2.. blk rumah boleh masak mcm2 utk keluarga.. Hari ni.. Naknie dah kembali semula ke kolejnya di Penang sebab cuti semnya dah abis.... semoga selamat sampai ke Penang ye Naknie & jangan lupa belajar rajin2

12 Jun 2008

Macam biasa tiap-tiap petang selepas keluar ofis aku akan jemput Haziq dari nurseri kemudian bergegas ke rumah transit utk ambil beg sekolah & baju sekolah agama Dini sebelum jemput Dini di sekolah kebangsaannya… selalunya bila tiba kat sekolah.. aku memang kena turun juga dari kereta untuk panggil Dini. (parking mmg susah depan sekolah.. selalu jem.. perkara biasa bg parents) Skrg ni murid2 tak dibenarkan tunggu parents kat luar sekolah sebagai langkah keselamatan. Kecuali murid2 yg menaiki bas kenalah keluar juga & berjalan sendirian atau dgn kawan2 menuju ke bas yg biasanya parking di jalan luar yg agak jauh dari sekolah (coz utk mengelakkan jln jem sebab bas kan besar.. ).

Macam biasa.. kdg2 tu jenuh mencari2 mana kelibat Dini sebab kdg2 tu dia duduk balik tiang or kdg2 dia tolong cikgu hantar buku2 or kdg2 dia dok ralit main ngan kawan2 sampai tak sedar aku dtg. Kadang aku kena masuk utk cari dia dari dekat.. selalunya guard tak galakkan parents masuk dlm pagar.. tp kalau dah tunggu lama sangat.. aku mintak kebenaran utk masuk cari Dini. Tapi… hari ni 12hb Jun 2008 aku takde susah2 utk menunggu Dini lama kat pintu.. aku baru je berjalan kat tepi pagar belum sampai depan pintu pagar pun lagi.. si Dini dah nampak aku.. terus dia lari keluar sambil tersenyum2. Bila sampai kat aku.. dia pun ckp kat aku yg dia happy sgt hari tu.. antara dialog aku dgn dia lebih kurang..

Dini : Ibu.. kakak happy sangat hari ni!
Ibu : Kenapa pulak?
Dini: Sebabb… cikgu cakap kakak dapat no. 1 dalam kelas!
Ibu : (dengan perasaan yg kurang percaya) Ye ke? Hmm.. boleh percaya ker ni… entah2 no. 1 kebelakang kot….
Dini : Betul buu… cikgu yg cakap…
Ibu : Ibu tak cayalah! Ada report kad cikgu bagi?
Dini : Belum lagi…
Ibu : Entah2 cikgu main2 kot.. (sambil tu si Haziq sibuk tarik2 tangan mintak belikan aiskrim kat org jual aiskrim bermotor tu)
Dini : Ibu.. kakak pun naklah aiskrim.
(masa tu ada kawan sekelas Dini budak India berdiri kat situ nak beli aiskrim jugak.. sambil tersenyum kat aku lalu berkata…)
Kawan Dini: Aunty… Dini dapat no. 1 dalam kelas..
Ibu Dini: Betul ke?
Kawan Dini : (angguk kepala)
Ibu Dini : (tersenyum tp dalam hati tertanya2.. betul ker anak aku dpt no. 1… sedangkan peperiksaan masa tahun 1 yg lalu dpt nombor kedua tercorot… pasal tu aku dok kata yg cikgu dia main2.. entah2 dia dpt no. 1 yg tercorot! Hehehe..)
Dini : Tulah bu.. ibu tak percaya..
Ibu Dini : Ibu nak tengok report kad dulu barulah percaya..

30hb Jun 2008

Hari yang ditunggu2 dah sampai... aku ambil cuti setengah hari sebab hari tu kena pegi ke sekolah Dini sebab kena ambil report card. Tapi sebelum tu sempat aku pegi ke kedai serbaneka untuk mencari loyang kek loaf. Dah lama aku nak beli tapi tak sempat nak pegi cari.. Dah cuti tu aku pun ambil kesempatanlah.. Nak pegi awal2 pun bukan boleh ambil report card awal sebab hanya pukul 3.30 pm baru dibuka utk parents collect report card tu.. Oleh kerana waktu lunch ku pukul 12 tengahari.. maka banyak ler masa terluang.. akhirnya.. aku pegi juga ke sekolah sebab bimbang susah nak dapat parking kalau pegi lambat. Bila tiba sekolah tengok kereta dah penuh kiri kanan jalan.. tp alhamdulillah.. masih ada parking kosong utk aku. Aku terus ke kelas Dini 2 Bestari untuk ambil nombor giliran. Rupa2nya.. aku org pertama yg sampai untuk kelas 2 Bestari... nampak sangat aku teruja sebab tak sabar nak tengok keputusan Dini. No giliran pun dapat no. 1


Sementara menunggu pukul 3.30 pm.. sempat temankan Dini makan kat kantin waktu rehat. Dini pun sengaja taknak bawak duit belanja hari tu sebab dia tau aku akan datang ke sekolah dia. So hari tu dia nak mkn nasi lauk ayam (ayamnya kecik jer). Sepinggan nasi dengan ayam goreng yg kecik tu.. pastu kuah asam pedas harganya RM2.50.. hmmm.. harga makanan sekarang... tak macam zaman aku sekolah dulu... patutlah anak2 merungut kalau bagi duit belanja sikit.. makanan2 kat kantin boleh tahan harganya.. kesian budak2 sekarang. Dini makan nasi sementara aku beli burger & air tembikai (share dengan Dini.. dia ada bwk bekal air sebenarnya). Kalaulah aku jadi suri rumah tangga sepenuhnya.. hari2 bekalkan anak2 dengan makanan dari rumah...



Habis waktu rehat.. tibalah masa yg ditunggu2..
Alhamdulillah.. memang betul lah Dini dapat no. 1. Puan Syarifah ucap tahniah pada aku. Katanya.. Dini ada bagitau dia aku tak percaya dia dapat no. 1.. Yelah.. memang pun sebab aku memang tak konfiden dia dpt no. 1 sebab masa Tahun 1.. keputusan dia agak lemah.. Harap2 tahun depan.. Dini boleh naik kelas yang lebih baik.. walaupun peratusnya tak seberapa.. tp aku bangga juga dengan Dini sebab selama ni pun dia tak pernah pegi tuition.. tapi nampaknya ada peningkatan dlm pelajaran walaupun tidak secemerlang orang lain.. Harap2.. lepas ni dia boleh capai peratus yg lebih baik dari sekarang.. sebab walaupun dia dpt no. 1 dlm kelas.. peratusnya hanyalah setakat 69.2% saja.. takde apa yg boleh dibanggakan.. but.. sebagai galakan dia belajar.. kami kenalah juga bagi hadiah yang dijanjikan pada dia seperti yg dijanjikan sebelum ni. Coz masa dia Tahun 1 dulu.. dia dpt nombor kedua corot.. ayah dia kata.. kalau kakak dapat no. 1 hingga 4 saja ayah akan bagi hadiah..

Keputusan Dini.. dapat No. 1 tapi peratusnya taklah cemerlang.. tapi ada peningkatan dari sebelum ni... semoga kakak berusaha lagi agar dapat lebih baik dari ni..


Habis ambil report card.. Dini sibuk pula ajak beli buku.. layankan jelah..


Pulang dari sekolah.. terus ke nurseri jemput Haziq. Masa masih awal.. aku bawak Haziq ke klinik sebab kulit dia kena ruam lagi.. memang sensitif betul anak jantan aku tu...

Sampai rumah agak awal dari biasa.. maka sempatlah aku masak2 special sikit.. Ala.. takdelah special mana pun.. cuma aku cakap special sebab aku masak resepi baru yang aku ambil dari FP SitiOne... sebenarnya mula2 aku dok terliur bila tengok dlm FP Rinna.. bila ke FP SitiOne.. rupa2nya resepi tu diberi oleh Rose Peshawar.. hmmm.. anyway.. terima kasihlah kepada ke tiga2 orang kawan ni sebab kerana u all semua akhirnya aku boleh merasa sendiri lauk yg sedap & unik ni.. Nama masakan ni unik sikit sebab bukan bahasa kita.. namanya Murghi Karai.. tak taulah apa maksud dalam bahasa kita.. tak kisahlah tu.. yg penting sedap..

Inilah dinner kami malam tu... Murghi Karai resepi asal dari Rose Peshawar.. kemudian dimasak pula oleh CTone kemudian dipopularkan pula oleh Fazzarinna... manakala telur asin tu yg ku kirim dari Laily.. telur asin kurang masin.. lazattt


Resepinya takde sebut kuantiti bahan secara lengkap.. so ni aku main agak2 sendiri jer... Cara memasak tu pun aku tulis ikut cara aku masak...

Quote:
MURGHI KARAI

Bahan2
½ ekor ayam ~ bersihkan dan potong kecik-kecik
3 sudu besar serbuk cili
½ sudu kecil serbuk kunyit
5 biji tomato masak ~ potong kecik2
2 pokok daun ketumbar ~ potong halus
Minyak utk menumis
Garam & perasa secukupnya
Sedikit air

Bahan Kisar
3 sudu besar jintan putih berbiji
1 inci halia
3 ulas bwg putih
10 - 15 biji cili padi (ikut suka nak pedas macamana)

Cara Menyediakannya

1) Panaskan minyak dlm kuali lalu tumiskan bahan kisar hingga wangi.
2) Masukkan serbuk cili, serbuk kunyit & tomato
3) Masukkan ayam, garam, serbuk perasa & sedikit air... biarkan ayam masak sambil sesekali dikacau.
4) Kecilkan api lalu tutup kuali... (ku guna penutup periuk kukus). Sesekali buka penutup & kacau ayam supaya tidak hangus.
5) Akhir sekali masukkan daun ketumbar yg dipotong halus dan kacau rata sehingga daun ketumbar layu.
6) Rasakan garamnya & sedia untuk dihidangkan.

Note : Boleh lebihkan air kalau nak agak berkuah.. aku punya agak kering lagipun aku masak lebih dari ½ ekor ayam.. manakala bahan2 lain aku tak tambah.. tu yg mcm kurang rempah je tu..


Malam tu pulak.. aku sempat buat eksperimen kek pulak. Dah lama terliur dan teringin nak cuba buat kek ni. Pertamanya kerana kat rumah memang dah ada stok kelapa kering tu yg belum terpakai.. takut expired.. bila semua bahan2 dah lengkap termasuk loyang loaf tu.. (sebab aku nak buat separuh adunan jer) maka berjalanlah projek mlm tu bila anak2 dah tidur.. resepi ni aku ambil dari FP Maklang Azie.. yg disumbang oleh Maisya tetapi resepi asal dari Chef Noraini.. Rupa2nya.. resepi kek ni ada keluar dalam majalah Saji bulan Julai... tp tak pula disebut empunya asal resepinya.. hmmm.. mana2lah.. apapun terima kasih pd Maklang yg share resepinya dengan semua orang.. (kalau ikutkan.. kek yg maklang buat tu.. resepinya terpaksa dirahsiakan kerana tak mendapat kebenaran dari empunya resepi utk publish..) nasib baik Maisya dapat cari resepi yg seakan2 resepi yg Maklang buat.. so.. Thanks pd semua yg terlibat yg sudi berkongsi resepi.. Waktu kek dlm oven.. terbau keharuman pandan & kelapa.. bila dah masak & dirasa... hmmm.. memang sedap... memang unik rasanya.. lemak2 manis gitu.. hubby suka, Haziq pun suka.. Dini jer yg tak suka.. Sempatlah aku bagi sikit kat Sujah & bawak ke opis sikit dan bagi kawan rasa.. selebihnya tinggalkan utk hubby yg pulang kerja mlm.. Buat setengah adunan jer.. sekelip mata dah abis.. Oh ya.. resepi asal namanya Kek Mentega Pandan Kelapa.. tapi aku tukar sikit namanya.. jangan marah ye Maklang..

Quote:
KEK BUTTER KELAPA PANDAN

Bahan-bahan Kek :
270 gm mentega
230 gm gula kastor
5 biji telur B
60 ml santan segar @kotak ~ MaDiHa guna santan kotak
1 sudu besar pes pandan
240 gm tepung kek@ tepung gandum ~ MaDiHa guna tepung gandum
30 gm kelapa kering
½ sudu teh serbuk penaik ~ MaDiHa lebihkan sedikit
beberapa titis pewarna hijau & kuning

Bahagian atas (topping):
40 gm mentega
35 gm gula aising
55 gm kelapa kering

Cara Membuatnya :
1. Putar mentega dan gula hingga gebu dan putih selama 10 minit.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul hingga sebati.
3. Masukkan santan, pes pandan & pewarna sedikit-sedikit hingga sebati dalam adunan.
4. Tepung diayak bersama serbuk penaik dan masukkan sedikit2 ke dalam adunan diatas.Diikuti dengan kelapa dan gaul rata.
5. Panaskan oven 180C (bergantung oven masing2).
6. Griskan tin pembakar empat segi atau bulat berukuran 9 inci dan lapik kertas serap minyak.
7. Tuangkan adunan kek kedalamnya.
8. Untuk topping, pukul mentega & gula hingga sebati, masukkan kelapa dan gaul lagi.Taburkan topping diatas adunan.
9. Bakar selama 45 minit atau sehingga masak.

Note : MaDiHa buat setengah adunan dari resepi asal. MaDiHa guna api atas & bawah. Waktu membakar.. mula2 guna 180C. 20 minit kemudian dikurangkan ke 160C & tukar kepada mood api bawah sahaja kerana bahagian atas kek dah nampak hangus.... kalau dibiarkan suhu yg terlalu tinggi nanti kek rentung pulak..




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net