Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 7-Jul-2008 03:16 Email | Share | Bookmark
Macam2 Story..

sos hoisin
insyaAllah Halal
Apple Pie
 
 
 
 
 
Salam semua....

Hari ni masih juga entry campur2... xtvt hujung minggu yg begitu sibuk...

3hb Julai 2008
Gambar mkn sempoi2 pun nak enterprem jugak...
Ni sebenarnya lauk sempoi minggu lepas.. hanya ada ni aje rezeki kami dinner khamis lepas.. masak jelah apa yg ada.. stok baru belum masuk.. so habiskan dulu stok2 lama dlm peti ais sebelum stok baru masuk...


Jarang aku buat sambal belacan.. sebab takde kuah/lauk pedas.. buat jelah sambal belacan express ni.. pakai blender jer.. nak tumbuk dah tak sempat.. biasalah masak terkejar2 sebab hubby nak gi kerja mlm pulak..

Quote:
SAMBAL BELACAN

Bahan2
Cili padi (lebih sikit)
Cili merah (ku bubuh sebiji jer)
Belacan ~ bakar kejap
Tomato ranum
Garam
Gula

Cara Membuat
Blend jer semua.. pastu kalau nak masam lagi.. perah asam limau


4hb Julai 2008
Hari Jumaat pulak.. hubby last keje malam.. & hari last biasanya dia masuk kerja pukul 4 petang & blk pukul 12 tengah mlm... jadi hari tu aku dok melepak kat rumah Sujah. Balik tu aku singgah beli pisang goreng, tauhu sumbat & mcm2 lagi.. Syikin pulak purposely tunggu aku datang then terus dia goreng keropok lekor.. Aku suruh Bie singgah sekali kat rumah Sujah (sebab nak bagi hadiah kat dia) tp dia takleh singgah pulak sebab Nasa nak keje mlm tu.. Sempat ajak Syikin pi jemput Dini kat sekolah.. pastu singgah rumah Bie gi hantar hadiah kawin dia.. kekeke.. dah berbulan dah dia kawin ni baru nak bagi hadiah... sorrylah Bie.. bagi lambat sikit.. ingat nak bagi lepas balik dari T'ganu tu.. tup2 byk pulak halnya.. mesin basuh rosaklah.. tv rosaklah.. pi cari kain baju rayalah.. bajet dah tak cukup.. ni baru sempat belikan.. aku belikan dinner set jer utk Bie.. harap2 Bie suka ngan design yg Kaklong pilih tu...



Balik dari rumah Bie.. singgah semula rumah Sujah. Melepak sana lagi... Sujah ajak gi hantar Syikin kat Hentian Putra.. Lama betul tak pegi sana.. ikut ajelah.. lagipun balik awal pun bukan hubby ada rumah. Siap aku & anak2 mandi manda lagi kat rumah Sujah sebelum gi KL.. Balik dari hantar Syikin barulah aku balik rumah.. Pastu dah malas nak masak.. singgah kedai tapau aje.. nasi goreng paprik, nasi putih, sup ayam & tomyam. Kesian kat Haziq tak sempat makan dia dah letih & ngantuk sangat.. terus tertidur dari dalam kereta lagi.. so aku makan nasi goreng paprik.. Dini makan nasi putih ngan lauk tomyam.. Kuah Sup tu.. simpan ajelahh dlm petiais..

5hb Julai 2008
Pagi Sabtu tu.. masak sarapan berat sikit.. aku masak nasi sebab sup ayam yg beli kat kedai semlm ada lagi.. just panaskan jer kuah sup tu.. pastu aku goreng telur & goreng ikan sikit.. Sebenarnya hari Sabtu tu nak keluar.. tu yg makan kenyang2 sikit.. kang takdelah lapor kat luar.. lagipun masa mkn tu dah lewat dah.. kul 11 pagi.. tu kiranya dah jadi brunch ler tu.. hehehe...

Lepas makan terus bersiap2 dan keluar rumah.. tempat pertama yg dituju ialah utk cari hadiah Dini sebab dah janjikan.. kalau ikutkan dia nak games mcm Amirul (anak Sujah) punya.. PS2 ker hapa.. entahlah aku pun tak tahu.. hehe.. tapi ayah dia ckp kalau nak hadiah tu.. kena tunggu peperiksaan akhir tahun kalau dpt no. 1 lagi baru beli.. puas gak pujuk.. dia dok ungkit ayah dah janji boleh mintak hadiah apa2 pun... last2 dia kata dia nak kasut macam ibu.... sabor jelah.. belikan jelah.. kaki dia pun saiz boleh tahan... setakat kasut pasar malam mmg tak muat punya... so kenalah cari kat Princess jugak.. dapat ler sepasang kasut mcm ibu.... tak sabar2.. beli & terus dipakainya masa kat kedai tu.. (nanti aku ambil gambor dekat kasut tu... lupa lak nak amik gambornya aritu) Harga kasut tu.. seratus lebih jugaklah.. tp hubby kata takper.. pilih jer mana satu berkenan ayah bayar.. Ibu pulak.. belikan Dini wallet kat Princess tu gak.. dengan kad UNO jer.. dah itu yg dia nak sangat.. (cerdik ibu.. bagi hadiah murah.. ) Pastu adik Haziq pun dapat gak sepasang kasut utk dia... berkenan pulak ngan kasut tu.. (nanti gambor masuk kendian... lupa nak snap).

Ok.. dah ambik gambor dah kasut adik... nilah dia.. dah lunyai dah kena pakai... hari2 nak pakai kasut baru ni...


Ini dia kasut hadiah dari ayahnya.. aku ambil gambar dari dekat.. nak beli kasut budak2 mmg takde saiz.. nasib ler kakak.. nak buat mcmana.. dah spesis besor.. kekeke... ni baka to'ki belah arwah ayah.. sumer kaki jenis besar2 belaka...


Kasut ni agak besar sikit.. tp bila ambil saiz kecik sikit.. dah ketat pulak.. hentam jelah kakak.. boleh pakai lama sikit... ni kasut org tua ni sebenarnya... abis nak buat camno.. kaki dia ikut kaki ibu... western size...


Ini hadiah dari ibu... hehehe... (alamakkk!!! baru ingat duit ayah belum bayar lagi.. )


Keluar dari Princess terus ke Tesco plak.. beli barang dapur... kopak gakla duit ayah bulan ni dekat 4 ratus belanja kat Tesco.. tapi duit ibu pun kopak gak.. sebab keluar dari Tesco singgah Bagus habis rm150 lebih.. tu dia.. tah apa2 aku borong.. dah lama sgt tak ke kedai bakeri... ada peluang pegi sana.. semua nak rembat... Sebenarnya.. dah lama gak tak shopping sebulan sekali gini.. selalu hubby beli sikit2 jer kat kedai 99. Tapi lately ni.. hubby kata barang kat situ makin melampau lak mahal.. tu yg dia ajak di pasaraya tu.. Bulan lepas gi Giant.. bulan ni kat Tesco pulak.. bukan apa yg malas belanja sebulan sekali.. sebab utamanya.. malas nak berangkut barang2 ni naik rumah.. maklumlah.. rumah apartment tu.. dah tentu jauh berjalan nak menuju ke tangga tu.. (rumah aku tingkat satu.. malas ler nak naik lift) hehe.. kalau rumah bawah.. kete siap parking depan pintu lagi... ni dah duduk rumah tinggi ni.. kenalah menapak & naik turun 2 kali nak habis angkut barang..


Yg kelakarnya.. balik dari Bagus.. hubby singgah kat tepi jalan bawah pokok (tah jalan apa) berhenti makan ayam panggang & mini piza yg hubby beli kat Tesco.. Dah jadi mcm berkelah pulak.. siap ngan air pun ada.. (air beli kat Tesco tulah). Haziq bukan main seronok.. sebab kat bawah pokok tu ada tempat pejalan kaki.. boleh lari2 & main2 kat situ.. ingat nak amik gambar.. tp bateri kamera dah kong masa kat Princess tadi.. Pastukan.. selang beberapa minit.. berhenti pulak sebuah lagi kereta kat depan kami.. hehehe... sebelum ni tepi jalan tu kosong jer... ada jugak org ikut kitorang bersantai tepi jalan tu..


Balik rumah.. pekena sushi pulak.. tp hubby tak pandai pilih.. sushi yg ni kurang umpph.. masa dia beli ni aku sibuk cari barang lain.. oleh kerana kurang sedap.. last2.. makan sushi ni dengan serunding daging yg beli kat Trengganu aritu.. habis hilang keaslian rasa sushi tu.. Ni kiranya dah selamat ler ni.. tak payah masak lunch dah sebab perut dah kenyang...

Malam tu pulak.. aku masak ni..


Quote:
TOFU TELUR SOS TIRAM HOISIN

Bahan2
3 pek/silinder tofu telur/ japanese tofu
1 peket kecil cendawan tiram ~ dibelah2 jika cendawan besar
½ biji lobak merah ~ hiris memanjang
3 ulas bwg merah ~ tumbuk
2 ulas bwg putih ~ tumbuk
sedikit lada sulah
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos hoisin
garam jika perlu
1 sudu besar tepung jagung ~ bancuh dengan air
air secukupnya
minyak masak & sedikit minyak bijan

Cara Memasak
1. Panaskan minyak masak. Potong dua plastik tofu dan keluarkan tofu atas tapak tangan. Basuh dengan air paip.. kemudian dipotong anggaran 1 inci terus ke dalam minyak panas & goreng hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
2. Kurangkan minyak menggoreng tofu tadi dan renjiskan sedikit minyak bijan lalu tumiskan bahan2 tumbuk hingga wangi. Masukkan air serta sedikit lada sulah, sos tiram & sos hoisin. Biar mendidih.
3. Masukkan carrot & cendawan tiram dan biar seketika. Jika perlu tambah sikit garam.
4. Masukkan air tepung jagung & biar kuah agak2 pekat (jika pekat sgt tambah air lagi) dan akhir sekali masukkan tofu yg telah digoreng tadi dan kacau seketika & sedia utk dihidangkan.


Quote:
TERUNG GORENG PEDAS UDANG KERING

Bahan2
Terung panjang (ku guna sebiji jer sebab terung tu panjang sgt) ~ belah 2 & potong serong2
5 ~ 6 sudu besar cili kisar (cili kering + bwg besar + bwg putih siap blend)
1 sudu besar penuh udang kering ~ rendam dlm air panas biar kembang kemudian ditumbuk halus.
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
garam sikit
gula sikit (jika suka.. )
minyak masak & air

Cara Masak
1. Panaskan minyak & tumis cili bwg kisar hingga wangi & garing.
2. Masukkan udang kering tumbuk, sos tiram, kicap manis dan sedikit air.
3. Masukkan terung dan kacau rata. Tutup kejap kuali supaya terung mudah lembut.
4. Perasakan dengan garam & gula secukup rasa. Sedia utk dihidangkan.


Hari Ahad pulak.. pagi2 lagi hubby dah bangun masak sarapan..


Inilah hasilnya... yummy..


Ini pulak untuk adik Haziq hubby masak tak pedas..


6hb Julai 2008
Hari Ahad semalam.. seharian kat rumah jer.. lepas makan pagi.. aku & hubby godek2 mesin jahit yg dah lama tak pakai.. aritu jahitannya problem sikit.. tapi lepas dah godek2 tu.. elok pulak.. hmm.. bolehlah beli kain nak buat langsir utk tahun ni.. harap2 mood menjahit adalah kali ni... lepas tu.. kami berkemas rumah & bilik depan yg dah macam sarang tikus tu.. sebab byk sangat barang kat dlm tu... Kalau ikutkan hari tu ada kenduri.. mula2 aku mmg cadang nak pegi.. dah janji dah ngan Kak Ramlah nak jumpa sana... tapi hubby kata ibu pegilah sorang.. biar ayah sorang kemas bilik nih.. (sebab kenduri kawin tu.. kawan aku.. kwn lama opis sebelah... masa tu pulak barang tengah bersepah sebab sedang berkemas.. ada yg nak dibuang..) hmmm.. aku kalau pegi kenduri sorang2. memang malas laa... segan pun yer.. pastu mesti anak2 nak berekor jugak.. mmg tak boleh handle si Haziq tu kalau gi kenduri sorang2.. last2 tak pegi pun kenduri tu.. Masak pun tak sebab kononnya dah cadang nak mkn kat kenduri jer.. hehe.. si Laily bila tau aku tak jadi gi kenduri.. dan2 dia hantar lauk.. tauhu masak tauchu.. mcm tau2 jer aku tak masak t'ghari tu.. hehe.. mekasih yer Laily.. sebenarnya kami ni masih kenyang mkn mee tadi.. sebab mkn pun dah lewat jugak.. so tunggu siap kemas2 & siap mop semua dah beres.. barulah kitorang mkn nasi.. aku cuma masak nasi & panaskan lauk pauk semalam yg masih berbaki.. mkn ala kadar jer... masa tu dah pukul 5 ptg.. si Dini siap pegi mandi kolam lagi ikut Zetty & cik Laily dia... apa taknya.. b4 tu dia dah mkn second round mee goreng pasal tu dia tak rasa lapar.. blk dari mandi kolam barulah dia mkn nasi.. oleh kerana kami mkn dah lewat ptg mlm tu tak masak apa2.. Dini & Haziq pun tidur awal.. kitorang yg tidur lewat ni dah kelaparan tengah mlm.. pastu hubby suruh masak mee segera.. (mee segera lagikk... hehehe...) aku masak 1 ½ bungkus & buh sayur lebih... layan jelah...


Uih.. tak sangka panjang lak aku merapu hari ni.. Oklah ni last.. kang ada yg semput baca tulisan aku ni..
Ni Apple Pie Ala Mc.D yang ku buat tak berapa lama dulu... sedapp... cuma salah aku terbubuh perahan lemon byk sgt.. so intinya rasa masam.. aku suka sbb ada rasa msm2 manis.... tapi hubby komplen masam
Dah lama nak buat pie epal ala mc.d ni.. tapi tak terbuat2 jugak.. sampai epal hijau dlm petiais dah naik kuning.. hehe.. last2 baru projek jalan.. tp masa nak buat tu.. dah lupa mana aku letak resepi yg ku print dari FP Maklang.. last2.. aku buat jer intinya ikut resepi dlm majalah & kulitnya resepi hentam kromo aku..

Quote:
APPLE PIE ala MC.D

Bahan2
Minyak masak utk menggoreng

Bahan2 Inti
7 biji epal hijau ~ kopek kulit, buang biji & didadu kecil2
3 sudu besar kismis kuning
7 ~ 8 sudu besar gula pasir (nak manis tambah lagi)
½ ~ 1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
1 sudu besar mentega
1 sudu kecil jus lemon
1 sudu besar tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air

Bahan2 doh
4 cawan tepong gandum
½ cawan mentega sejuk
½ cawan shortening
air secukupnya utk menguli

Cara Menyediakan Inti
1. Cairkan mentega dalam kuali dan masukkan kesemua bahan2 inti lalu dimasak sehingga inti kering & secukup rasa. Ketepikan hingga inti sejuk.

Cara Menguli Doh & Menyediakan Pai
1. Masukkan tepong, mentega & shortening dlm satu mangkuk besar lalu digaul ramas sehingga menjadi serbuk roti.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil diuli menjadi doh yg lembut. Rehatkan selama 15 minit.
3. Ambil sedikit doh dan canai nipis (spt nak buat karipap). Potong doh yg dicanai dengan ukuran 6 inci x 8 inci.
4. Letakkan sikit inti diatas doh yg dicanai tadi. Sapukan sikit air (guna jari) di sekeliling pastri yg dicanai tadi lalu tutup inti. tekan2 sekeliling pai kemudian tekan sekali lagi dengan menggunakan garfu. (step ni aku lupa nak sapu air.. bila aku testing goreng... ada pai yg terbuka sikit.. keke.. last2 aku klim tepi pai macam nak buat karipap... selamat.. pai tak terbuka & inti pun tak keluar.. )
5. Bila siap semuanya.. barulah digoreng dlm minyak byk yg sederhana panas sehingga garing.
6. Waktu nak mkn.. hati2 sebab inti dlmnya panas... ala2 McD ler katakan...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net