Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 14-Jul-2008 07:44 Email | Share | Bookmark
Kasihan Kakak Dini Lewat Ke Sekolah!!!

 
 
 
 
Salamm...

Pagi tadi entah kenapa jalan begitu jem..! Bukan sikit2 punya jem.. tapi gila2 punya jem!!! Kebiasaaannya.. aku hanya mengambil masa hanya kira2 15 ~ 20 minit dari rumah nak ke sekolah agama Dini.. tapi pagi tadi terpaksa tunggu sehingga sejam lebih baru sampai sekolah Dini.... keluar dari rumah nampak macam okay.. tapi tiba depan Kolej Taylor a.k.a Leisure Commerce Square... aku dah tersepit di situ... waduh2.... gawat nih!!! Asyik main pedal minyak, clutch & brake.. sampai naik lenguh kepala lutut...

Nak tau kakak Dini masuk sekolah pukul berapa? Paling lewat pun.. Dini ngam2 sampai sekolah pukul 7.30 pagi... TAPIIII... pagi tadi.. Dini masuk sekolah pukul 8.15 pagi... Dini dah hampir2 nak menangis.. terpaksalah aku temankan dia utk ke kelas... dah hampir sejam kelasnya bermula... ni semua gara2 jalan yg jem gila... ataupun gila2 punya jem.. agak2.. ada tak kawan2 yg terkena perangkap jem pagi tadi?? Ni ada gambar yg sempat ku ambil... tapi agak gelap sikit.. almaklum waktu pagi & then ambil gambar dari dlm kereta... tu dia... pesta lampu brake.....

Masa ni baru saja nak menyusuri masuk ke Federal Highway dari arah fly over Bandar Sunway...



Bukan Dini aje yg lambat masuk kelas.. aku pun terlewat 5 minit sampai ofis.. kebiasaan.. 7.40 am kereta aku dah park depan ofis yg belum dibuka.... tapi hari ni.. 8.35am aku baru sampai ofis.. ingatkan aku jer yg terlambat.. rupanya boss ku yg dari Puchong pun tersepit dlm jem jugak... dari radio KLFM kalau tak silap.. jalan ke Parlimen di tutup.. mungkin disebabkan itulah jln jem teruk

Oklah.. habis dah kisah jem.. harap2 esok2 oklah jgnlah jem lagii.. or aku kenalah korban keluar lebih awal dari biasa...

INI BERITA YG KELUAR DALAM KOSMO ONLINE PASAL JALAN JEM TERUK YG KU MAKSUDKAN...
Quote:

Ketua Polis minta maaf - Jalan sesak tapi sekatan berjaya elak perhimpunan haram

KESESAKAN lalu lintas di Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Kuala Lumpur semalam ekoran sekatan jalan raya oleh pihak polis bagi menyekat perhimpunan haram di Parlimen.

KUALA LUMPUR – Polis menyifatkan tindakan pihaknya membuat sekatan jalan raya untuk mengelakkan satu perhimpunan haram yang dianjurkan oleh sebuah parti pembangkang di bangunan Parlimen semalam sebagai berjaya.
Ini berdasarkan, sekatan yang dibuat di semua jalan menuju ke Parlimen dapat membantutkan usaha penyokong setia parti itu untuk berhimpun di hadapan bangunan Parlimen dan kesannya, tiada sebarang perhimpunan berlaku di situ.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata, sehubungan itu, pihaknya ingin memohon maaf kepada orang ramai yang menghadapi kesulitan dan terperangkap dalam kesesakan jalan raya sepanjang tempoh tersebut.

“Kita terpaksa melakukan sekatan untuk menjaga keamanan lebih-lebih lagi ia melibatkan Parlimen iaitu tempat bersidangnya pemimpin negara.

“Antara jalan yang paling teruk dilanda kesesakan termasuk Jalan Parlimen, Jalan Mahameru, Jalan Istana, Jalan Kuching dan Jalan Duta,” katanya kepada pemberita pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.

Kelmarin, akhbar melaporkan, jalan ke Parlimen akan ditutup seawal pukul 7 pagi dan hanya pekerja serta individu yang terlibat dalam persidangan Dewan Rakyat dibenar menggunakan jalan itu.

Ini ekoran polis menerima maklumat satu perhimpunan haram yang tidak mendapat permit akan diadakan di situ.

############################################################################

Malam tadi.. rumah aku menerima kunjungan tetamu... Tapi aku tak sempat nak masak best2 pun...takde persiapan apa2... sebab tetamu last minute baru call ckp nak dtg.. aku hanya sempat masak nasi dan lauk pauk simple jer.. itupun sebagian lauk ada yg tetamu bawa dr rumahnya sendiri.. hehehe... Sebenarnya.. sepupuku Kak Yoh dari Dungun dtg ke PJ rumah Sujah dengan anak2nya (2 org je) sebab nak daftar anak dara dia kat maktab hari ni.. Selain Kak Yoh.. Sujah, Acu & Mirul turut serta & tak lupa adik Kak Yoh Bie & suaminya Nasa... Masa aku ckp nak ajak diaorang mkn nasi kat rumah aku.. dorang kata takyah ler masak byk2 lauk.. sebab lauk kat rumah Sujah byk.. tu ler aku masak ala kadar je tuhh... itupun tak habis lauk2 tu... Terima kasih lah pada Acu, Sujah, Kak Yoh, Bie, Nasa & juga adik2 sekelian yg sudi dtg rumah kaklong ni... hehehe..

Si bujang Amirul & Kamil (anak kak Yoh) sempat lagi mandi kolam... si Dini pun apalagi.. seronok sakanlah ada geng nak mandi pool.... selalu dok ajak ibu dia bo layan... hehehe.. Tu yg budak dua orang tu belenggeng tak berbaju tuhh baru naik dari mandi kolamlah tuu... Diaorang terpaksa makan berasingan kat meja makan ni sebab tak cukup ruangan kat bawah tuu... almaklumlah rumah ku sempitttt


Malam tadi hubby kerja... sampai rumah pukul 8.30pm.. bila dia tau sepupu & anak sepupu tengah mandi kolam.. dia pun turun join sama.. Haziq dah turun awal lagi dengan tokcu dia.. bila balik.. habis semua dah basah kuyup.. cuma tokcu dia jer tak terjun kolam sama... tengok tu.. hubby pun berlenggeng tak berbaju... aiseyyy.. tayang bodylah pulokk...
Aku hidang cincai2 jer.. tak kisahlah anak beranakk...



Ni pulak menu aku & anak2 pagi & tengahari semalam... (ayah dia kerja.. aku masak cincai jelah!) kes malas masak byk kali.. masak terus byk2... aku masak seperiuk besar setengah ekor ayam & letak sayur byk2... tak sangka pulak habis dikerjakan kami 3 beranak.. anak2 semua suka benor mkn meehun tomyam ni.. aku buat tak pedas sangat.. utk Haziq.. masa hidang aku tambahkan kicap utk hilangkan rasa pedas.. alhamdulillah.. dia mkn byk jugak... best jugak sekali sekala layan meehun tomyam ni...

Quote:
MEEHUN TOMYAM

Bahan2
3 keping meehun ~ dicelur & tos
setengah ekor ayam ~ dipotong kecil & bersihkan (madiha buang kulit)
1 peket kecil fish ball
sesuku kobis ~ hiris kasar
setengah cauliflower ~ potong ikut suka besar mana
1 biji carrot ~ potong memanjang or ikut selera masing2 (boleh tambah apa2 sayur kegemaran anda)
2 batang serai ~ diketuk
3 helai daun limau purut ~ disiat dua
1 biji bwg besar ~ mayang memanjang
beberapa biji limau nipis ~ ambil jus ikut masam yg anda suka
2 sudu besar pes tomyam
air secukupnya utk kuah
garam & perasa secukupnya

Bahan Kisar
1 biji cili merah
10 biji cili padi
1 biji tomato saiz besar
1 biji bawang besar
3 ulas bwg putih
1 cm lengkuas
1 cm halia

Cara menyediakan
1. Rebuskan ayam & bahan kisar dan semua bahan2 lain kecuali sayur.
2. Bila ayam dah masak.. masukkan sayur dan perasakan secukup rasa.. senang banget..
3. Hidang meehun dengan kuah tomyam yg disediakan.. yum yum..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net