Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 15-Jul-2008 03:06 Email | Share | Bookmark
Lasagna

 
Salam....

Amboi Meen.. aku belum siap hidang.. kau dah dtg ye.. haa.. meh la tolong aku angkat pinggan kat dapur ni.. kita hidang sama2

Hari ni takde nak tayang menu malam tadi pasalnya mlm tadi daku tak masak apa2 pun... seriusss..!! mmg tak masak apa2... sebabnya lauk pauk malam sebelumnya banyak berbaki ku simpan dlm petiais... ada ikan goreng, pekasam goreng, asam pedas ikan parang, sambal belacan pun ada.. malah nasi pun berlebih.. jadinya.. aku hanya panaskan aje nasi & lauk2 tu... pastu basuh kacang botor buat ulam cicah sambal belacan... selamat dinner kami mlm tadi.. edisi menghabiskan stok..

Ini sebenarnya sarapan hari Sabtu baru ni.... entah apa2 yg aku masak utk anak2.. janji kenyang sudah.. ayah dia takde (kerja) takper.. takde org nak komplen..

Ku goreng popia otak2 segera, nugget ayam & nasi + yee mee goreng.. hehehe.. ada tak org yg pernah goreng nasi + mee?? agaknya aku sorang jer kot.. hehehe.. ni gara2 nasi tinggal sikit nak goreng alang2.. jadi aku celur yee mee.. pastu goreng campur sekali... sonang keroje... Dini ckp sedap gak bu.. hehehehe.. (dini semua sedappp... ) Masak lebih.. jadilah menu 2 in 1.. sarapan & lunch sekali... memang pemalas betul aku ni kan.. bila mr hubby takde jer mesti cari jalan mudah jer masak sekali arung jekkk


Okeh.. petang Sabtu baru ni hubby balik awal dari biasa... selalu mlm baru sampai.. aku ckp kat hubby mlm ni ibu tak masak nasi.. sebab nak buat lasagna... hubby pun tak tau apa ke bendanya tuu.. aku tunjuk ler gambor pada kotak kulit lasagna tu.. dia ckp ikut jelahh.. sebenarnya aku buat ni sebab tak puas makan lasagna yg sepupu aku bagi aritu.. bukan aku je tak cukup.. tp anak2 pun sama.. lagipun masa tu hubby pun tak sempat rasa gara2 aku sampai rumah lewat & hubby dah pergi kerja mlm.. so inilah aku nak buat sangat ni.. jd dapatlah hubby rasa... lagipun mmg dah lama berhajat nak buat benda ni... tunggu waktu yg sesuai jer.. org lain dah berzaman buat.. aku jer yg baru nak belajar.. heheeh.. aritu masa gi Tesco nampak lasagna dlm kotak tu.. terus rembat.. pastu masa gi Bagus terus ku beli mozarella cheese... sygnya cheese tinggal seketul jer kat situ.. ishh.. lupa plak nak gi jenguk kat De Manis...

Ok jom tengok menjadi ke idok lasagna aku ni....
Sos putih, sos daging & lasagna dlm loyang yg dah siap dimasak...



Resepi ni aku ambil dari resepi.net... tq kepada empunya resepi.. tp mcm biasa ler.. adalah yg aku ejas2 sikit.. ikut cara aku... Memang sedap & lazat.. lemak berkrim.. hehe.. lasagna sedap dimakan waktu panas2.. kalau dah sejuk cepat muak..

Quote:
LASAGNA
Resepi.net

Bahan2
1 bungkus (225 gm) Kulit Lasagna kering (MaDiHa beli jenama San Remo dlm kotak.
1 s/b marjerin
½ s/k garam
Air secukupnya , untuk merebus
(Kalau dapat beli lasagna instant lagi senang tak payah nak merebus)
125 gm mozarella cheese ~ diparut halus

Bahan2 Sos Daging
2 s/b marjerin
2 biji Bawang Putih, cincang halus
1 biji Bawang Bombay, cincang halus
500 gm Daging cincang (Madiha guna jenama ramlee sepeket 400 gm tu)
250 gm Tomato, kupas, parut (Madiha guna 3 biji ~ just potong2 & terus blend dlm blender basah tanpa air.. tak parut pun)
300 gm Sos Tomato dlm botol
100 cc Air (madiha guna setengah cawan jek)
3 blok kiub maggi lembu
1 s/k Oregano serbuk
½ s/k Garam,
½ s/b Gula pasir

Bahan2 Sos Putih
50 gm marjerin (tak timbang pun.. bubuh dlm 3 sudu besar)
50 gm Tepung gandum ~ bancuh jadikan pes likat dengan sedikit air
400 cc Susu Cair Evaporated (Madiha guna 1 tin susu cair)
100 cc Air (Madiha guna 100 ml)
125 gm Keju Cheddar parut (Madiha guna mozarella cheese)
1 blok kiub maggi lembu
¼ s/k serbuk lada putih
¼ s/k serbuk buah pala

Cara Menyediakan Kulit Lasagna
1. Panaskan air hingga mendidih, tambahkan marjerin dan garam. Masukkan kulit lasagna satu persatu ke dalam air mendidih dan masak hingga kulit lasagna lembut. (Jgn terlalu lembut sgt.. nanti terkoyak) Toskan dan masukkan dlm sebesen air biasa.

Cara Masak Sos Daging
1. Panaskan marjerin, tumis bawang putih dan bawang bombay hingga harum dan layu. Masukkan daging cincang, kacau rata hingga daging berubah warna & masak.
2. Tambahkan tomato parut (tomato blend) dan sos tomato dan air. Bubuh kiub pati lembu MAGGI, oregano serbuk, garam dan gula pasir. Masak hingga mendidih & sos agak kering.

Cara Masak Sos Putih
1. Panaskan marjerin, masukkan pes tepong gandum & kacau rata. Tuang susu cair dan air sedikit demi sedikit sambil dikacau rata. Tambahkan keju parut, kiub pati lembu MAGGI, serbok lada putih & serbok pala.
2. Masak hingga mendidih dan mengental.

Penyediaan Terakhir
1. Sapu loyang atau caserole empat segi dengan marjerin di sekeliling, (Madiha guna loyang 4 segi 10" x 10". susun kulit lasagna pada dasar loyang.
2. Ratakan ½ bahagian sos daging diatasnya dan ½ bahagian sos putih. Ratakan perlahan2. Susun kembali kulit lasagna diatasnya.
3. Ulangi proses sama spt tadi diakhiri dengan susunan lasagsa di atas sekali menutup sos putih.
4. Taburkan cheese parut atasnya.
5. Bakar dengan suhu oven 180°C (atas bwh) hingga kuning kecoklatan (± 40 minit). (suhu bergantung oven masing2)
6. Angkat. Sajikan panas.




Kepada sesiapa yg nak menggemokkan diri.. bolehlah cuba buat sendiri lasagna ni... jimat belanja & puas makan.. kalau mkn kat luar.. tak tau berapa hingget sepinggan tuhh...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net