Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 17-Jul-2008 03:26 Email | Share | Bookmark
Jemu dgn western food... kita masak ala kg lah pulokk....

 
Assalamualaikum......

Mungkin org dah muak dok tengok western food & award2 tuu... hehe.. Oklah hari ni kita masak menu kampong pulak yer....

Baru ni aku cuba buat ikan pekasam... Hmmm... buat pakai hentam jer nih.. tak tau cara yg sebetulnya orang buat... Aku amat mengalu2kan siapa2 yg tau cara betul buat ikan pekasam ni mai tolong habaq mai kat chek nooooooo....

Asalnya.. ikan talapia ni jiranku Laily ler yg bagi.. hehehe.. biasalah kan.. Nuar suaminya tu mmg rajin pegi memancing. Samalah mcm Pakcik Pemancing Ikan kita tuu.... kalau seminggu tak mancing boleh demam dibuatnya hehehee.. jgn mareeeee... gurau jer.... Oleh kerana tak tau nak masak apa ikan talapia ni... (selalu dok goreng jekk) so teringinlah nak cuba buat pekasam... jom tengok camana aku buat.....

Inilah ikannya setelah diperap dengan asam keping & garam kasar selama 3 malam...


Selepas 3 malam.. ikan ditepek pula dengan serbuk beras goreng..


Dann.... taraaaaaaaaaa.... inilah hasilnyaaaaaaaa.....


Ini cara2 serba sikit macamana aku buat ikan pekasam ni..

Quote:
IKAN PEKASAM

Bahan2

1 kg ikan talapia (ikan lain pun boleh.. aku punya dlm 7 ekor gitu)
2 s/b asam jawa
1 cawan garam kasar
3 s/b garam halus
8 ~ 10 keping asam gelugur
3/4 cawan beras

Cara Membuatnya
1. Ikan dibuang sisik, sirip dan segala isi perutnya lalu dibasuh bersih2.
2. Bancuh/ramas asam jawa dengan 2/3 cawan air biasa lalu masukkan ikan talapia tadi dan perap selama 1 jam. (air tu agak2 ikan tenggelam dah cukuplah)
3. Cuci bersih ikan dah gaul dengan garam kasar & garam halus hingga rata.
4. Taburkan sedikit lebihan garam td dlm sebuah bekas khas (besen or bekas bertutup). Susunkan ikan diselang selikan dengan taburan garam & asam keping. Susun bergilir2 sehingga habis ikan, garam & asam keping tadi.
5. Tutup bekas dan peramkan 3 malam. (Aku takut ikan membusuk... aku peram dlm peti ais bahagian tengah... sepatutnya org letak kat luar je rasanya... tp aku tak konfiden.. kekeke..)
6. Setelah 3 mlm... ambil beras dan cuci lalu toskan. Goreng beras hingga kekuningan/coklat muda lalu ditumbuk separa lumat.
7. Ikan yg diperap tadi dibalik2kan supaya badan ikan terkena air garam yg berada dibahagian bwh bekas tu. (tujuan supaya beras tumbuk boleh melekat elok) Ambil sekor ikan lalu ditepekkan dengan serbuk beras tumbuk tadi sekor demi sekor.
8. Susunkan dlm sebuah bekas bertutup dan biarkan selama 1 minggu (luar peti ais).
9. Bolehlah digoreng selepas itu...


Ok... ni lauk mlm tadi... edisi nak menghabiskan stok pucuk ubi lebihan buat pecal aritu... meh jamu mata lauk2 kampong ni.... sambal belacan takdok.. dah malas nak buat... tapi mr. hubby mkn bertambah2 nasi...



Ni menu masa kat kg dulu2....
Quote:
PUCUK UBI & PETAI GORENG PEDAS

Bahan2
1 ikat pucuk ubi (secekak) ~ getus daun & pucuknya sj lalu dicelur hingga lembut lalu toskan & potong 1 inci panjang
1 papan petai ~ diambil isi & dibelah 2 or 4 pun bulehh..
Minyak secukupnya utk menumis (agak byk kerana pucuk ubi jenis menyerap cecair)
garam & serbuk perasa secukupnya

Bahan Tumbuk
2 ulas bwg putih
4 ~ 5 ulas bwg merah
15 - 20 cili padi (boleh kurangkan kalau tak tahan pedas)
1 biji cili merah
sejemput ikan bilis yg dikopek ~ rendam dlm air panas supaya senang ditumbuk

Cara Memasak
1. Panaskan minyak & tumis bahan2 tumbuk hingga wangi & garing.
2. Masukkan sedikit air dlm secawan kemudian masukkan petai.
3. Kacau2 kejap pastu masukkan garam & serbuk perasa.
4. Bila mendidih masukkan pucuk ubi tadi dan gaul rata.
5. Biar sehingga airnya agak kering.. rasakan apa yg kurang bolehlah ditambah.. sedia utk dihidangkan.


Ini pun sama menu dulu2.. kalau tak tau nak msk apa.. masak je macam ni.. selain ayam.. sedap juga gunakan anak ikan tamban kering tuu... buat pedas2.. wow.. terangkatttt!!! Yang aku masak ni.. cili padi tu aku letak kemudian sebab nak ambil sikit bahagian Haziq.. takut dia pedas.. lepas tu baru aku masukkan cili padi tu... sebab tu cili padi nampak segar lagi tuu...

Quote:
AYAM GORENG KUAH SANTAN

Bahan2
1 ekor ayam saiz sedang ~ potong kecil2 & cuci bersih
garam & kunyit utk gaul dgn ayam
6 biji cili hijau ~ hiris kasar
30 ~ 35 biji cili padi ~ belah 2 (ikut kepedasan yg anda mau)
3 ulas bwg putih ~ hiris nipis
1 biji bawang besar (saiz besar.. kalau kecik2 letak 2 biji ~ mayang kasar
1 sudu besar penuh asam jawa ~ bancuh dengan 1 cawan air
2 cawan air lagi..
1 kotak santan segera / sebiji kelapa ambil santan pekat (santan pertama je)
minyak utk menumis
garam & serbuk perasa secukupnya

Cara Memasak
1. Ayam digaul garam & kunyit lalu digoreng separuh garing. Ketepikan dahulu.
2. Panaskan secukupnya minyak lalu tumiskan bahan2 hiris hingga layu.
3. Masukkan air asam jawa, 2 cwn air, garam & serbuk perasa.
4. Bila mendidih masukkan santan dan ayam goreng tadi kacau2 sentiasa.
5. Biar kuah agak pekat dan rasakan apa yg kurang. Kuah ni mesti ada rasa masin, pedas & masam2 sikit kalau tak masam boleh tambah air asam jawa lagi.. pastu masak biar kuahnya pekat.. sedia utk dihidang.


SELAMAT MENCUBA....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net