Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 21-Aug-2008 05:42 Email | Share | Bookmark
Ole-ole dari Srsfeqah & Gulai Lambok Ikan Sardin

 
 
 
 
 
 
Salam buat semua teman2. Mohon maaf byk2 sebab dah seminggu tak update. Sampai ada yg kata dah naik jemu dengan lauk asam pedas ikan pari aku tu.. hahaha.. ko memanglah Salleh.. pasal nak pekenakan org mmg pandai.. tp aku tak marah ngan ko.. malah aku tergelak baca komen ko tu.. hehe.. Sebenarnya bukanlah sibuk sgt... tapi sebenarnya aku bercuti 4 hari balik kg baru2 ni.. dan semalam pulak ada appointment kat PPUM & terus dpt MC.. mmg tak masuk ofis laa sejak hari Isnin.. hari ni baru masuk kerja balik... tu yg FP tak sempat nak jenguk tuu.. bukan setakat tak sempat update FP sendiri.. FP kawan2 pun tak sempat nak jenguk.. ada masa nanti insyaAllah aku akan jenguk ye...

Ni nak citer sikit kisah aku pada petang Khamis 14hb Ogos baru ni.. betul kata Kak Jie.. bila kita ngandung.. ramai yg rasa simpati & ingat kat kita.. pantang sebut teringin atau sedap.. tengok2.. ada yg sanggup hantar apa makanan yg kita teringin.. hehehe.. nak dijadikan cerita.. si Feqah dengan relahatinya telah sanggup meredah kesibukan kotaraya dari Kg. Kerinchi hingga ke Petaling Jaya dengan menaiki motor kesayangannya.. semata2 nak hantar sambal daun yang dipelawanya.. mula2 tu aku ingat dia main2 je.. rupa2nya dia memang nak bagi aku rasa.. hehe.. Kebetulan masa dia hantar tu dah petang.. dah nak balik pun waktu tu.. Jadi tak sempatlah nak ajak Feqah menge'teh' kat kedai.. hanya sempat bancuhkan nescafe kegemaran dia dari ofis aje... sebab aku bergegas nak pegi jemput Haziq & Dini kat sekolah pulak.. Dalam pada nak cepat tu.. masih sempat lagi berborak ngan Feqah yg sangat peramah.. Kepada Feqah.. terima kasih banyak2 ye sebab sanggup hantar kan akak sambal daun tu.. memang sedap sgt2.. akak balik rumah agak lewat petang tu sebab lepas jemput anak2.. akak pegi Amcorp Mall sebab adik kirim cucikan gambar.. jadi blk rumah dah lewat.. akak sempat goreng telur dadar & panaskan lauk semalam aje.. mmg berselera makan sambal daun tu.. bukan itu aje.. siap ada kek batik, jajan2 kenduri Fidah & juga ole2 utk Haziq & juga Dini.. Bukan main suka Dini dapat cekak rambut ngan pengikat rambut tu.. Yg si Haziq lak.. sampai rumah tak lepas dok pegang kereta kecik yg Feqah belikan utk dia..

Ni gambar yg sempat diambil kat opis aku.. walaupun saiz kita berbeza.. (Feqah kecik molek.. aku plak saiz western.. hahaha) akak tepek jugalah utk kenang-kenangan kita..



Yang sempat diambil gambar.. ole2 yg lain dah dikerjakan dek anak2.. Kek batik tu.. siap dpt bawak blk kg & adik2 akak merasa lagi... sebab akak sendiri takleh mkn manis2 sgt.. hehehe..




Okey... yg ni pulak.. gambar Gulai Lambok dengan Ikan Sardin yg aku cerita masa blk Raub aritu. Gulai lambuk dengan sardin ni mmg femes gak kat kg hubby.. Lambuk ni rupanya sama macam keladi juga.. tapi batang lambuk tak seperti keladi yg mana batang keladi bila dimasak ia akan jadi lembek.. tapi batang lambuk bila kita makan terasa rangup2 gitu.. pendek kata.. lambok lebih sedap dari keladi sebab tak lembek & yg penting lambuk langsung takde rasa gatal2 waktu makan atau masa menyiangnya.. malah hubby kata lambuk boleh dibuat ulam mentah cicah sambal belacan.. itu menunjukkan lambuk tak gatal langsung walaupun rupanya sebijik macam keladi.. mungkin ramai yg tak reti nak bezakan antara keladi dengan lambuk.. aku sendiri pun tak kenal sangat. Cuma boleh bezakan bila kita mkn.. kalau sayur keladi.. teksturnya lembik longlai gitu bila kena masak.. tapi lambuk tetap pejal & rangup2 gitu.. ingatkan org sebelah Raub je panggil lambuk (aku tau pasal lambuk ni pun lepas kawin ngan hubby) rupa2nya org Perak pun (Jasmeen) dah biasa ngan lambuk ni.. memang sedapkan Meen

Quote:
GULAI LAMBOK + IKAN SARDIN

Bahan2
seperdu batang lambuk (agak2 untuk sekali menggulai) ~ disiat kulit luarnya & potong2 & rendam dlm air.
1 tin besar ikan sardin/mackerel
2 batang serai ~ diketuk
1 keping asam gelugur
1 kotak kecil santan / 1 biji kelapa ambil santan secukupnya
garam secukup rasa

Bahan2 ditumbuk lumat
20 - 30 biji cili padi (ikut pedas masing2)
1 inci kunyit hidup
1 ulas bwg putih
4 ulas bwg merah

Cara Memasak
1. Celurkan batang lambuk agak2 air mendidih dan biarkan dlm 3 minit tutup api dan tapiskan batang lambuk.
2. Dalam periuk lain.. jerangkan santan, bahan2 tumbuk, serai, asam gelugur & garam sambil dikacau2 sentiasa.
3. Masukkan batang lambuk dan biarkan mendidih dengan api sederhana.
4. Masukkan isi sardin serta sosnya sekali dan kacau rata. Jika tak suka sardin hancur.. kacau perlahan2. Hubby MaDiHa suka ikannya hancur.. jadi boleh ler kacau sukahati.. sebab mmg nak bagi ikannya hancur..
5. Masak hingga agak2 pekat. Rasakan garam & asamnya.. dan bolehlah ditutup api dan dihidangkan.


Inilah resepinya kalau ada yg nak mencuba.. gulai ni femes kat kg hubby.. selain lambok.. boleh juga digantikan dengan nangka muda.. Biasanya.. diaorang masak utk lauk kenduri kecil2lan seperti majlis tahlil atau cukur jambul.

Selamat Mencuba


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net