Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 25-Aug-2008 02:02 Email | Share | Bookmark
Happy 8th Birthday Kakak Dini...!!

mee sizzling.. ala kadar jer..
chilled blueberry cheesecake sebelum dituangkan blueberryfilling
dah siap pun.. sempoi jer..
kakak Dini & adik Haziq..
susah benor nak bergambar elok2..
happy birthday kakak dini...
kakak bengang jer asyik adik jer yg tiup lilin tu dulu..
bila letak 2 lilin barulah dua2 boleh tiup..
 
senyum simpul kakak dini potong kek..
adik haziq mkn kek..
dah kena potong dah..
aunty laily bagi hadiah.. adik pun dapat..
adik tak sabar2 buka hadiah..
hadiah besday dari aunty Laily & Zetty
TQ Laily.. jom tengok apa isi dlmnya..
kusyuk buka hadiah..
inilah hadiahnya.. terima kasih byk2 Laily & Zetty susah2 je bg.
chilled blueberry cheesecake
jom makan!!
 
 
 
 
Assalamualaikum...

23hb Ogos 2008 kelmarin genaplah 8 tahun usia anak sulungku Wan Amalia Nur Dini bt. Mohd Rozi Pada kakak Dini.. ibu minta maaf kerana takde buat sebarang sambutan istimewa sempena besday kakak. Yang hanya mampu ibu buat hanyalah sebiji kek sahaja itupun keknya terlewat sehari dari hari jadi sebenar. Entah kenapa.. rasa mcm takde mood jer ibu nak masak2 sekarang ni. Tambah2 pulak takde sapa2 kat rumah.. ibu tak larat nak masak sorang2... & tokcu (Acu & Sujah) sekeluarga pun bercuti ke Trengganu sebab tokcu Daud (salah seorang ahli kumpulan Al-Khawatib (betul ke ejaannya ni??) ) kena buat persembahan sempena majlis Tilawah Al-Qurah di sana. Bila diaorang takde.. memang rasa mcm tak best jer nak buat makan2. Sebab rasa mcm tak lengkap jer tetamu...

Sudahnya.. 23hb tu.. ibu hanya masak mee sizzling untuk makan2 keluarga aje.. buat pun guna bahan2 yg ada dlm esbok jer.. & keesokannya barulah kek besday kakak siap.. itupun ibu hanya buat chilled cheesecake aje & takde berdeko2.. hanya semata2 kek aje.. takpelah kan kakak.. janji ada kek..

Inilah mee sizzling kami hari tu.. resepi ni dari majalah SAJI.. tapi yang aku buat tu tak ikut betul2 sukatan dlm majalah.. sebab aku buat utk 4 org mkn.. so pandai2 ler ejas mana2 yg patut.. resepi yg aku bagi ni resepi asal dari majalah SAJI tu..

Quote:
MEE SIZZLING
Sumber : Saji Jun 2008

Bahan2
200 gm mee kuning
450 gm ayam ~ potong saiz sederhana
1 liter air
1 cm halia ~ hiris halus
1 sudu besar lada hitam ~ tumbuk kasar (Madiha kisar halus)
3 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
sedikit minyak bijan (dlm sesudu besar)
2 ulas bwg putih ~ tumbuk
2 ulas bwg merah ~ tumbuk
1 sudu besar stok/pati ayam
garam (jika perlu) dan serbuk perasa secukupnya
3 keping cendawan tiram (Madiha guna cendawan butang dlm tin)
3 tangkai cili kering ~ potong2 & goreng
3 sudu besar tepung ubi ~ dibancuh dgn sedikit air (Madiha guna tepung jagung)
1 biji telur
sedikit sayur sawi

Cara Membuatnya
1. Rebus ayam dengan 1 liter air dlm kuali kemudian masukkan halia, lada hitam, kicap pekat, kicap manis, sos tiram, cendawan tiram, cili kering, stok ayam, minyak bijan, bawang putih & bawang merah tumbuk, garam dan serbuk perasa ke dalam air rebusan ayam dan masak lagi.
2. Tuangkan air tepung ubi dan kacau sebati. Setelah mendidih, ketepikan.
3. Panaskan pan sizzling, masukkan mee kuning, tuang kuah semasa masih panas dan pecahkan telur ditepi. (Madiha takde pan sizzling.. so terus pecahkan telur dlm kuah dan masak kejap)
4. Jika suka tambahkan sayur sawi dan hidangkan semasa panas. (Madiha masukkan sekali sawi tu dlm kuah)


Ini pula chilled blueberry cheesecake sempena besday kakak Dini.. sempoi aje tanpa sebarang dekorasi.. ibu tak berapa rajin nak buat deko2...


Happy Birthday Kakak Dini.. semoga kakak Dini beroleh kejayaan dalam hidup & jadilah anak yg taat pada agama & ibu bapa..


Bila pasang lilin jer.. adik yg laju meniup.. kenalah letak lilin lagi satu.. ibu dah malas nak letak lilin byk2... sebatang jer buat syarat...


Kakak Dini potong kek.. & kek selepas dipotong.. dapatlah bagi Laily sikit.. & selebihnya simpan utk tokcu bila dia balik nanti..



Quote:
CHILLED BLUEBERRY CHEESECAKE

Bahan2 untuk dasarnya

200 gm biskut (boleh guna sebarang biskut spt, marie, chipsmore, oreo, digestive & cream crackers) MaDiHa guna biskut cream crackers aje.. sebab takmau manis2
75 gm mentega (dilembutkan terlebih dulu - keluarkan dari peti ais)

Bahan2 keknya

2 sudu besar gelatin halal (Halalgel)
150 ml air panas
500 gm cream cheese
120 gm gula kastor (MaDiHa blend gula pasir je ~ kalau nak manis lagi.. boleh tambah lagi gulanya..)
300 ml yogurt perisa blueberry (2 cups)

Hiasan
Blueberry filling
Whipping cream (MaDiha tak sapu sebarang cream pun)

Cara Menyediakannya
1. Kisar halus biskut lalu digaul sebati dengan mentega.
2. Ratakan ke dasar acuan spring foam (acuan yg boleh dibuka tepinya) lalu ditekan2 padat.
3. Bakar dengan suhu 170C selama 8 - 10 minit. Bila siap.. keluarkan dari oven dan sejukkan.
4. Sementara tu.. larutkan gelatin ke dalam air panas dah kacau sebati hingga hilang ketul2 gelatin tersebut. Ketepikan sebentar.
5. Pukul cream cheese bersama gula kastor hingga kembang & rata menggunakan mixer.
6. Masukkan yogurt perisa blueberry dan pukul lagi hingga rata.
7. Akhir sekali tuangkan larutan gelatin (yg dah sejuk) ke dalam bancuhan dan pukul perlahan hingga rata.
8. Tuangkan ke dalam acuan yg sediaada lapisan biskut tadi dan sejukkan ke dalam petiais semalaman. (jangan letak kat tempat beku pulak)
9. Esoknya.. buka tepi loyang spring foam & cungkilkan perlahan2 tepi base biskut tadi dah alihkan perlahan2 ke atas alas kek atau pinggan lain sebelum dideko & dihias dengan blueberry filling mengikut kreativiti masing2.


Sebelah malamnya.. tanpa disangka2.. Zetty ketuk pintu dah hulurkan hadiah utk Dini.. ya Allah..!! Buat apalah susah2 bagi hadiah.. segan pulak rasanya terima hadiah ni sebab aku tak buat sebarang majlis atau makan2 pun.. bagi kek tu pun takde niat nak minta balasan apa2.. Terima kasih byk2 ye Laily & Zetty.. bukan setakat Dini jer dapat hadiah.. Haziq pun dapat sama.. bukan main seronok lagi diaorang buka hadiah malam tu.. ibu pun tak sempat bagi kakak Dini apa2 hadiah lagi.. tak sempat nak pegi mencari.. lain kali ye kakak.. selain tu.. TQ juga untuk advanced hadiah buat Dini dari Srsfeqah..


Tengoklah tu.. adik yg tak sabar2 nak buka hadiah dia.. dapat kereta kontrol lagi..


Ini pula hadiah yg kakak Dini dapat.. Terima kasih Laily & Zetty...


#############################################
Yang ni.. saja nak masukkan gambar2 kakak Dini masa baby & gambar sebelum dia sekolah dulu... rasa rindu pula nak tatap gambar2 dia masa kecik2 dulu...



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net