Want your
own Fotopage?








 
Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 27-Aug-2008 01:44 Email | Share | Bookmark
Award, Memancing & Buah Kerkuk

orang berdua ni entah apa bikin..
kakak pun mancing gak..
cewahh.. tasya org pertama yg berjaya dapat ikan..
kusyuk menunggu ikan mkn umpan..
anak seluang jinak2.. dok main2 kat tepi2 tu..
kalau tau.. aku bawak sauk dari rumah.. kekeke.. mcm budak2
 
sungai bukit serok
hubby pasang umpan
bila nak dpt ikan ni...
tu dia.. ikan2 yg dpt.. udang galah pun ada..
ini buah apa ye?
buah ni jarang ditemui..
kami panggil buah ni.. buah kerkuk..
Assalamualaikum...

Quote:
Terlebih dulu.. nak ucap terima kasih pada sahabat2 FP yg tak jemu2 bagi award pada MaDiHa..

Ini Hadiah yg sungguh bermakna dari Pakcik Pemancing Ikan.. terima kasih pakcik..



Award berantai ni datangnya dari Kak Jie Jie.. terima kasih kak...



Ini pula award friendship juga hadiah dari Kak Jie Jie.. alahaii.. double thank you ye akak..


Ini pun award friendship juga... yg dihadiahkan oleh Zira .. TQ ye Zira..


Ini pula hadiah dari adik Syafiq yg ensem tu.. terima kasih dik..


MaDiHa rasa.. dah ramai yg dapat award2 ni kan.. tapi takpelaa.... MaDiHa nak hadiahkan juga pada kawan2 iaitu award friendship ni kepada SEMUA yang mengunjungi FP ini.. silalah ambil & hias di FP masing2 yer... Maaflah sebab tak sebut nama sorang2.. takut ada yg berkecil hati bila tak terpilih.. jadi lebih baik ku hadiahkan utk semua orang...


Hari ni.. sekadar nak berkongsi gambar2 kami semasa pulang ke kampong ku tempohari. Kami sekeluarga balik ke Keratong Jumaat lepas kerja.. nak kata lepas kerja tak juga.. sebab malam baru bertolak.. maklumlah.. masa tu nak balik.. masa tu lah nak berkemas.. kekeke.. Hari Sabtu tu.. takde kemana2.. petang tu rasa boring pulak sebab takde xtvt.. hubby ajak adik2 pi mancing.. puas fikir nak mancing kat mana.. akhirnya.. adik bawak di mancing kat sungai Bukit Serok... betul2 dibawah jambatan Bukit Serok. Bukit Serok tu.. sebenarnya.. sebuah kg orang asli.. tapi orang asli kat sana semua dah moden2 dah.. dah takde lagi yg dok pakai cawat.. semua dah pandai bergaya ranggi... Masa kami sampai tu.. hari pun dah teduh.. ada beberapa kereta yg dah sampai lebih awal dari kami.. jadi kami terpaksa ambil port yg agak jauh sikit dari org2 tu.. kat sini.. ikannya takdelah besar2 sangat.. tapi sajalah.. suka2 memancing sambil santai2 & makan2...

Aksi kakak Dini memegang joran.. poksu dia yg tolong balingkan umpan...


Senyum lebar Tasya.. maklumlah jadi orang pertama yg dapat ikan.. ikan apa aku tak kenal.. kena tanya P.I


Memancing memerlukan kesabaran..


Bila joran abang nak mengena ni..


Inilah Sungai Bukit Serok.. masa kami memancing.. si burung enggang asyik dok terbang ke sana sini... monyet pun byk kat seberang sana..


Inilah hasil yg kami dapat.. udang galah pun dapat gak sekor.. hehehe.. ehh.. takdelah.. ni sebenarnya.. ikan yang hubby & Dee memancing keesokan harinya (Ahad) kat Kg Inui.. kami pompuan2 tak pegi.. ikan yang kami pancing kat Bukit Serok tu.. terlupa pulak aku nak ambil gambar sebab balik2 je.. adik terus masukkan dlm peti ais.. ada 2 ekor yg idup.. dia masukkan dlm akuarium..

Ikan2 & udang ni telah selamat dimasak goreng sambal pedas oleh hubby.. (lupa nak amik gambor)

Oklah.. cukup ler kisah memancing.. kang ada pulak yg boring.. hehee.. ni aku nak tunjuk sejenis buah... ada tak yg kenal buah ni?? Buah ni diambil dari rumah MIL adik aku si Angah.. aku pun tak tengok macamana rupa pokoknya.. dorang buat blk buahnya je.. buah ni.. kami panggil buah kerkuk.. pelikkan namanya.. tak taulah org negeri lain panggil nama lain.. kalau ada bagitau ye.. Cara nak makan buah ni.. kita kena gentel dulu buah ni dengan kedua2 tapak tangan sehingga jadi memar.. pastu barulah digigit.. rasa buah ni takdelah sedap sangat.. masam2 manis gitu.. kalau dicicah garam sedap kot.. mungkin sebab tu buah ni tak popular.. lagipun.. rasanya ni sejenis buah hutan.. boleh dikategorikan sebagai buah eksotik... sajalah nak tunjuk sini agar anak2 cucu akan datang kenal biarpun mereka tak berpeluang merasa.. sekurang2nya mereka tahu kewujudan buah ni..

Sekali imbas tengok mcm buah kopi.. tapi bukan... inilah buah kerkuk..


Nak makan buah ni.. kena gentel dengan kedua2 tapak tangan sehingga jadi memar/lembut.. barulah dimakan.. masam2 manis gitu..


Oklah.. itu saja entry hari ni.. sehingga berjumpa lagi di lain episod.. (gambar byk.. tp tak edit lagi..) Sebelum tu.. aku nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadan & selamat berpuasa kepada semua kawan2 & kenalan FP... serta kepada semua pengunjung2 FP yang menjadi silent reader tu.. Jumpa lagi..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net