Want your
own Fotopage?







 
Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 2-Sep-2008 02:04 Email | Share | Bookmark
Pulut Lepa aka Pulut Panggang Versi Trengganu

 
Assalamualaikum...

Hari ni masuk hari ke dua umat Islam menunaikan ibadah puasa... mudah2an.. dipermudahkan segala ibadah & segala urusan kita sepanjang hari ni & hari2 berikutnya.

Untuk hari ni.. aku ingin berkongsi resepi pulut lepa ataupun kebiasaannya orang panggil pulut panggang ataupun pulut udang. Sesuai juga dibuat utk berbuka puasa.. Bezanya di sini.. pulut lepa ni adalah nama yang biasa digunakan oleh masyarakat Pantai Timur (Trengganu). Kalau dah sebut Trengganu.. sikit sebanyak adalah bezanya pulut panggang di sana dengan pulut panggang biasa tu. Bezanya adalah dari segi penggunaan inti.. pulut lepa ni menggunakan inti ikan & tak dicampurkan kelapa parut... & rasanya tidak pedas seperti pulut panggang yang biasa dijual di bazar Ramadan sekitar Lembah Klang ni...

Sebenarnya.. pulut lepa ni dibuat masa aku balik Kg tempohari.. Aku tak rancang pun nak buat.. konon2 nak buat BBQ biasa aje.. tup tup.. ma ajak kitorang buat pulut lepa & satar sebagai menu tambah selain ayam, daging & udang bakar.. Emm.. hilanglah rindu aku nak makan pulut lepa.. masa balik Trengganu dulu dpt juga mkn pulut lepa yg dibeli di pasar malam.. tapi nampaknya.. tak sesedap yang buat sendiri.. pulutnya tak terasa lemak & intinya pun rasa hambar aje.. maklumlah org niaga.. so.. mlm BBQ tu.. puaslah kami adik beradik mkn pulut lepa ni selain juadah yang lain.. jom tengok mcmana kami sediakan pulut lepa ni..


Quote:
INTI PULUT LEPA
Bahan2
1 kg ikan selayang / ikan uji rashid / ikan kembung
1 sudu kecil garam & 4 keping asam keping (untuk merebus ikan)
½ biji kelapa (ambil santan pekat anggaran 2 cawan)
6 ulas bawang merah ~ dimayang halus
1 inci halia ~ dihiris memanjang halus
1 sudu kecil halba
garam & gula secukup rasa
serbuk perasa jika suka

Cara Menyediakan Inti

1. Rebus ikan dengan garam, asam keping & sedikit air.
2. Sejukkan ikan & asingkan isinya sahaja.
3. Tumbuk isi ikan hingga lumat
4. Dalam kuali.. masukkan santan, bahan2 hiris, halba, isi ikan, garam & gula secukup rasa.
5. Masak bahan2 tersebut hingga menjadi betul2 kering & berderai.
6. Angkat & ketepikan sedia utk digunakan.



Quote:
PULUT LEPA aka PULUT PANGGANG VERSI TRENGGANU
Bahan2
1 kg pulut ~ direndam semalaman atau sekurang2nya 3 jam
1 biji kelapa ~ ambil santan pekat anggaran 3 cawan (kalau rasa kering sgt.. boleh tambah lagi)
garam secukup rasa
Daun pisang utk membungkus ~ potong anggaran selebar 7 inci setiap sekeping dan lap permukaannya.
Lidi yang dipotong runcing sepanjang 1 ½ inci (untuk cucuk daun pisang) atau boleh juga gunakan stapler saja.. (org dulu2 guna lidi)
kapur makan (untuk di lengserkan pd jari jemari utk mengelakkan pulut melekat2 pd jari)

Cara Menyediakan

1. Toskan pulut yang direndam tadi & masukkan ke dalam pengukus (elok guna pengukus lubang halus agar pulut tak jatuh jika pengukus berlubang besar.. alaskan dengan daun pisang). Kukus selama 30 - 40 minit.
2. Angkat pulut dan masukkan ke dalam besen dan arong dengan santan yg dicampurkan dengan garam. Kacau hingga rata dan kukus sekali lagi selama 30 minit atau hingga pulut masak.
3. Sediakan daun pisang (letak atas meja atau papan pencanai atau atas kekuda kalau buat kat lantai).
4. Sapukan jari dengan kapur makan agar pulut tak melekat pada jari. Sudukan anggaran 2 ~ 3 sudu besar pulut atas daun pisang dan ratakan. (rujuk pada gambar).
5. Sudukan inti anggaran 3 sudu kecil lalu balutkan inti tadi dengan pulut dengan beralaskan daun pisang. Pastikan inti tertutup dengan pulut dan berada ditengah2 pulut supaya inti tak berterabur waktu nak makan
6. Potong lebihan daun pisang kiri & kanan balutan pulut tadi anggaran 1 inci.
7. Dengan menggunakan jari.. tekan/cucuk2 pulut ke dalam balutan daun pisang tadi agar ia kemas & mampat.
8. Cucuk dengan lidi atau stapler untuk mengemaskan balutan.
9. Bila dah siap.. bolehlah dibakar menggunakan dapur gas ataupun arang.



Inilah dia pulut lepa yang dah siap dibakar... harap maaf disebabkan sedap sangat makan.. sampai terlupa nak ambil gambar rupa pulutnya disebelah dalam. Pulut ni enak dimakan waktu panas2...

SELAMAT BERPUASA & SELAMAT MENCUBA


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net