Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 5-Sep-2008 06:27 Email | Share | Bookmark
Scanned Pic Baby; Menu2 Berbuka 1, 2, 3 & 4 Ramadan..

 
 
 
 
 
 
 
 
 
Assalamualaikum semua...

Tu dia.. tajuk berjela2.. nilah gara2 FP sering kali buat hal & ada byk gambar2 yg masih terbengkalai.. jadi aku masukkan jelah sumer at one go Takmo citer panjang2.. sbb ada byk gambor & resepi yg nak share..

Tapi untuk gambar ni.. special sikit kena gak bercerita..
Pagi tadi.. buat kali ke 3 aku jalani scan baby dlm perut ni.. & hanya kali ni berkesempatan ambil gambar & sebab tu nak jugak tepek sini utk kenang2an. Untuk scan 2 kali yg lepas.. masih terlalu kecil utk diukur.. hanya nampak kantongnya saja.. So kali ni baru nampak janin dengan jelas. Walaupun usia kandungan masih baru.. tp terpaksa juga pegi scan sebab nak dapatkan tarikh due yg lebih tepat. Hmm... mesti ada yg bertanya.. kan boleh tengok dari tarikh awal period?? A'ahh.. memang betul.. mungkin kebanyakan org lebih mudah nak dapatkan due date hanya dengan berpandukan tarikh awal period. Tapi aku ni lain sikit.. sebab utamanya ialah.. period aku memang tak pernah regular. Memang selalu saja datang lambat, lambat, lambat & lambat.. sebelum ni.. pernah lewat sehingga dua bulan... tp tak peknen pun bila chek UPT. Kesimpulannya.. kalau ikut tarikh period ditakuti tak begitu tepat. Kedua2 anak sebelum ni pun.. semua due date berpandukan scan (dengan cara mengukur janin dlm kandungan). Setakat ni.. tarikh lahir Dini yang paling tepat sekali.. due date scannya 23hb Ogos.. dan nyata.. Dini keluar pun 23hb Ogos.. mengikut tarikh due dari cara scan tersebut.

Okey.. inilah gambar yg sempat aku ambil di hospital td.. yg best.. nampak jelas sgt susuk badan, tangan & kaki baby walaupun saiznya masih kecil & paling excited bila masa staff hospital tu sedang scan.. tiba2 baby angkat tangan & letak kat muka dia


13Weeks 3 Days
Due 10th March 2009


Jika ikut tarikh period.. usia kandungan dah masuk 17 minggu 4 hari. Tapi bila scan tadi.. staff hospital tu kata.. usia kandungan baru masuk 13 minggu 3 hari & due datenya ialah pada 10hb Mac 2009. Hmmm.. beza sebulan tu.. kalau aku takde masalah period.. sure bulan February aku dah bersalin..


##################################################

Okey.. habis kisah peknen.. ni saja nak tunjuk menu2 sempoi kami utk berbuka tempohari... takde apa yg special pun.. kami berbuka ala kadar jer... hanya juadah berbuka jer yg sempat layan gambar.. menu sahur tak sempat nak ambil gambar.. lagipun.. masak mmg xtra sempoi plus ada lauk2 yg sama jugakk..

Nak menghabiskan roti yg masih berbaki.. takut dah puasa takde sapa nak layan.. so aku buat roti inti sardin goreng. Masak lauk pun sempoi jer..

Juadah 1 Ramadan 1429 Hijrah


Quote:
ROTI INTI SARDIN GORENG

Bahan2
1 buku roti putih
1 tin besar sardin ~ ambil isinya saja lalu dihancurkan
5 ~ 6 sudu besar sos sardin tadi
3 sudu besar mayonis
1 biji bawang besar ~ didadu halus
5 biji cili padi ~ dihiris halus
lada sulah penambah rasa
1 sudu besar jus lemon/limau nipis/kasturi
garam secukup rasa

Bahan2 Batter
1 cawan tepung gandum
5 sudu besar tepung jagung
garam secukup rasa
2 sudu kecil rempah kari
1 biji telur
air secukupnya untuk membancuh batter

Bahan2 lain
Minyak untuk menggoreng

Cara2 Menyediakan
1. Bancuh semua bahan2 batter menggunakan whisker hingga mendapat bancuhan yg diingin kepekatan lebih kurang mcm nak goreng pisang.
2. Campurkan isi ikan sardin yg dihancurkan tadi dengan semua bahan2 intinya.
3. Ratakan inti tersebut pada setiap keping roti kemudian dilipat dua. Tekan2 sedikit di sekeliling agar elok melekat (tak tak lekat sgt.. lekat ala kadar je) Buat hingga habis.
4. Panaskan minyak yg banyak dlm kuali. Pegang lipatan roti tadi dengan kedua2 belah tangan anda dibahagian terbuka tu.. (tujuan supaya roti tak terbuka masa mencelup) kemudian celupkan ke dalam bancuhan batter tadi hingga terbenam/bersalut rata & terus masukkan ke dalam minyak yg sedang panas.
5. Ulangi proses hingga memenuhi kuali. Goreng & balikkan hingga agak garing. (Jangan dibalik2kan berulang2 kali agar tidak resap minyak) Angkat & tos di atas paper towel. Sedia utk dihidangkan. Boleh makan begitu saja ataupun dicicah dengan sos cili.


Malam rasa nak mkn masam2... aku pun buat ler collek cuka ni.. campur cuka, garam, gula, belacan & cili padi.. yumm.. ish ish ish.. puasa ni beb!


Juadah 2 Ramadan
Hari ke dua puasa dah mula kerja balik.. masak juga.. tapi lauk tak sempat siap masak waktu berbuka dan masuk.. yelahh.. nak tunggu daging empuk bukannya sekejap.. jadi kami (aku, Dini & Haziq (tukang kacau)) berbuka juadah2 yg dibeli di PaRam ni dulu.. pas hubby balik kerja barulah mkn nasi pulak.. huhuhuuu.. berapa kali mau mkn haaa



Quote:
DAGING MASAK MERAH + NENAS

Bahan2
600 gm daging lembu ~ hiris nipis & rebus hingga separuh empuk
1/4 biji nenas ~ dihiris nipis (kalau nak bubuh lebih pun ok)
Minyak
Garam, gula & perasa secukup rasa

Bahan2 kisar
20 biji cili kering ~ dipotong2 & rebus sebentar
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia
1 batang serai ~ dititik

Cara menyediakan
1. Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar serta serai hingga wangi & terbit minyak.
2. Masukkan daging yg direbus serta air rebusannya. Biar hingga daging betul2 empuk sambil dikacau2 selalu. Tambah air jika daging masih belum lembut.
3. Masukkan perasa, garam & gula secukupnya.
4. Masukkan hirisan nenas dan kacau2 hingga agak kering.
5. Bolehlah dihidang.


Juadah 3 Ramadan
Masa pegi pasar hari cuti tu.. hubby ada beli bebola daging.. so.. apa lagi.. terbayang2 ler mee bakso.. singgah PaRam beli kuih sikit.. balik rumah terus masak sup utk bakso dan juga sediakan bahan2 lain. Macam lipas kudung haa siapkan juadah.. nasib baik sempat. Hari tu berbuka tak makan nasi.. tapi sahur nasi lah


Quote:
MEE BAKSO
Sumber : Mat Gebu (resepi asal Bakso Ayam) Terima kasih Mat.. minta izin tepek resepi kat sini ye Mat!


Bahan Untuk Bebola Ayam:- (MaDiHa guna bebola daging ready made)
500 g daging ayam, bahagian dada
1 biji bawang besar, dadu kecil
2 inci halia*
3 ulas bawang putih*
1 camca teh lada hitam*(*ditumbuk halus)
3/4 camca teh garam
2 camca besar hirisan halus daun sup
4 camca besar tepung jagung
1 putih telur
1 camca teh baking powder

Bahan Sup:-
2 liter air (atau lebih)
3 biji bawang putih*
2 inci halia*
4 ulas bawang merah kecil*(*kisar halus)
2 inci lengkuas, diketuk
3 ketul kiub stok daging lembu/ayam "MAGGI" (MaDiHa guna kiub tulang rusuk lembu.. 2 ketul sj)
1 camca besar ketumbar biji*
1/2 camca teh jintan halus*
1/2 camca teh jintan kasar*
1 camca besar lada hitam biji*(*ditumbuk halus dan bungkus punjut, gunakan kain muslin)
1 batang kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
3 - 4 camca besar kicap cair

Bahan Lain:-
500 gm Mee kuning
Hirisan daun sup/bawang
Hirisan halus kobis
Hirisan halus lobak merah
Taugeh
Bawang goreng
Cili kicap*(tumbuk 10 cili padi (MaDiHa bubuh 20 biji) + 1 ulas bawang putih + 1/2 cawan kicap manis)
Sos cili*
Sos tomato*
Sos tiram*(*jenis2 sos yg digunakan dicampurkan sekali)

Cara membuatnya:-
1. UNTUK BEBOLA AYAM:- Satukan semua bahan2 untuk bebola ayam dalam alat pengisar makanan dan kisar hingga semua sebati dan kenyal. Buatkan bebola (bergantung pada masing2, jika suka boleh buat besar atau pun comel2). Rebus bebola tadi dalam 2 liter air mendidih selama 10 minit. Angkat dan toskan. Simpan air rebusan untuk kegunaan kemudian.

2. UNTUK SUP:- Dalam periuk, tuang 3 camca besar minyak, dan tumis kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang dan bahan2 kisar hingga wangi. Masukkan lengkuas titik dan tuang air dan juga air rebusan bebola tadi. Masukkan kiub pati daging lembu/ayam, dan rempah yang telah dipunjut. Biar mendidih perlahan 20 - 25 minit. Masukkan kicap cair dan biar mendidih lagi. Rasa kuahnya dan jika OK..boleh padamkan api. Jika kurang "berangin", boleh tambah lada hitam serbuk...

Cara Nak Menghidang
Mudah saja.. isi mee dalam pinggan, taburkan dengan ulam2an, sendukkan kuah sup serta bebola tadi.. curahkan cili kicap & terakhir taburkan bawang goreng & daun bwg/daun sup.. siap!! Bolehlah di makan


Juadah 4 Ramadan
Hmm.. semalam yang paling jimat sekali.. langsung tak singgah PaRam ataupun beli apa2 tauu... sebab nak menghabiskan stok makanan yg berbaki. Karipap & roti john hari sebelumnya tak abis pun.. pastu mee pun ada lebih serta bahan2 rencah yg lain pun ada stok dlm peti ais.. aku pun.. just goreng mee & keropok jer utk berbuka semalam. Jimat kan Tak elok membazir2 makanan.. makan jelah apa yg ada Syukur ngan nikmat Allah yg dikurniakan...


Okeh.. itu saja utk entry kali ni.. untuk resepi nanti ku masukkan slow2..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net