Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 9-Sep-2008 02:38 Email | Share | Bookmark
Menu berbuka 8 Ramadan & Ucapan

 
Salam buat semua...

Diam tak diam.. hari ni dah masuk 9 hari kita berpuasa yekk.. kejap je ye... syukur alhamdulillah.. aku dpat berpuasa tanpa sebarang masalah.. & paras gula pun stabil walaupun berpuasa... harap2 tahun ni dptlah puasa penuh tak payah nak ganti2 nanti.. hehe.. Jom tengok menu berbuka semalam... Macam biasa.. kuih muih hari2 main beli jer.. pastu bubur lambuk tu.. pegi collect kat rumah Sujah.. sebab dia masih lagi diamanahkan memasak bubur lambuk yg orang sponsor/sedekahkan duit tu.. dengar khabar sampai hari Khamis ni dia kena masak 1 periuk besar tu setiap hari.. kat PJ ni.. ramai insan yg bermurah hati nak bersedekah.. datin2, dato'... apalah sgt setakat keluar duit buat bubur tu... sedangkan org kebiasaan pun tak kisah hulur.. dapatlah org ramai & penduduk sekitar merasa bubur lambuk selagi collection mencukupi utk masak bubur. Tahun ni.. masjid kat Kawasan Melayu tak buat kot bubur lambuk.. sebab masjid baru belum siap sepenuhnya.. walaupun dah boleh digunakan utk solat & berterawih sebab masjid dibuka beberapa hari sebelum masuk bulan Ramadan.. cuma aktiviti masak bubur lambuk tak diadakan tahun ni..

Macam biasa.. aku & Dini berbuka bubur lambuk & kuih muih dulu... hubby balik kerja baru mkn nasi... aku plak.. just mkn bubur & kuih2 jer..


Hmm.. baru masuk 8 - 9 hari puasa.. aku dah bler tak tau nak masak apa... fikir punya fikir.. last2 daging tu aku buat singgang ajelahh.. pastu goreng kangkong & panaskan sambal sardin utk sahur yg 2 hari lepas..


Okeh.. utk resepi hari ni.. nak share resepi sambal tumis tempoyak petai ni. Masa aku tunjuk aritu.. ramai pulak yg bertanyakan resepi ni... so hari ni.. aku share resepinya ya... sebenarnya.. dah byk kali aku masak sambal ni.. cuma tak amik gambor jer.. so aritu (b4 puasa) bila aku masak lagi.. aku pun ambil ler gambor... aku masak ni utk sarapan pagi mkn dengan cekodok kelapa (permintaan hubby). Memang sodapp sangat..

Quote:
SAMBAL TUMIS TEMPOYAK PETAI

Bahan2 asasnya..

4 papan petai ~ kopek kulit & belah 4
secekak besar ikan bilis dibersihkan
1 biji bawang besar ~ dimayang
Garam secukup rasa
Gula (jika guna tempoyak lama/masam)
Minyak

Bahan2 ditumbuk
20-30 biji cili padi
1 cm kunyit hidup
3 ulas isi durian
3 sudu besar tempoyak (seeloknya tempoyak yg baru)
1 cawan air (untuk bancuh ramuan tumbuk tadi)

Cara2 Membuatnya
1. Tumbuk cili padi & kunyit hidup hingga lumat kemudian campurkan isi durian & tempoyak. Bancuh dengan 1 cawan air hingga menjadi pes yg pekat.
2. Panaskan minyak dlm 1 cawan. Goreng ikan bilis hingga agak garing. Angkat dan ketepikan.
3. Goreng pula bawang besar hingga layu kemudian angkat & ketepikan.
4. Gunakan minyak yg sama.. tumiskan bahan2 tumbuk/pes tadi hingga masak.
5. Masukkan 1 cawan air / lebih jika perlu (jika suka sambal cair). Masukkan petai dan masak hingga petai lembut/masak. Masukkan bwg & ikan bilis dan masak lagi.
6. Perasakan dengan garam, perasa & gula (jika perlu).
7. Jika terlalu pekat boleh tambah air lagi.. rasakan biar secukup rasa. angkat & bolehlah dihidangkan samada dengan nasi, cekodok ataupun lempeng.


Ok selamat mencuba..


UCAPAN DARI KAWAN2

Ucapan ini dari Mira yang comel lote tuu... TQ Mira.. akak doakan semoga Mira cepat2 sembuh & kembali ceria seperti sediakala selepas keguguran tempohari. Semoga lepas ni.. cepat2 dikurniakan rezeki lagi.. insyaAllah..


Ucapan kedua pula dari adik Feqah yang baik hati tuu... terima kasih yo dik... aritu melemang sebelum poso takdo ko gamba ehh...


Ok.. itu saja rasanya utk kali ni... jumpa lagi dilain hari.. selamat berpuasa


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net