Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 11-Sep-2008 02:49 Email | Share | Bookmark
Hepi Besday Hubby;Hepi 9th Anniversary;Menu berbuka 9&10 Ramadan

 
Assalamualaikum..

Hari ni nak buat dedication sikit khas utk hubby tersayang.. walaupun dah terlewat tapi takperlah.. still boleh bagi ucapan kan... sebelum ni dah ucapkan siang2 pada hubby masa besday dia hari tu... Hari ni baru sempat nak buat entry ucapan ni utk dia..

HAPPY BELATED BESDAY TO HUBBY

Untuk abang.. ibu ucapkan Happy Belated Besday yang ke 35 tahun pada 7hb September 2008 yang lalu.. Doa ibu semoga abang diberikan kesihatan yang baik2, dimurahkan rezeki & dipanjangkan umur......


HAPPY 9TH ANNIVERSARY TO US

Dan.. hari ni 11hb September 2008 adalah hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke 9 tahun.. Doa ku semoga kebahagiaan ini akan berkekalan hendaknya hingga ke akhir hayat... amin...

Jika sesiapa nak tengok gambar bersanding kami... silalah klik di SINI

p/s: aku tak reti nak buat LO yang cantik2 mcm org lain... ini just simple entry aje...


MENU2 BERBUKA SEMPOI 9 & 10 RAMADAN

Alhamdulillah.. hari ni dah masuk 11 hari kita menjalani ibadah puasa... another 19 days to go.... Jom tengok menu2 sempoi kami berbuka posa baru ni..

MENU BERBUKA 9 RAMADAN
Macam biasa.. kuih muih beli semuanya.. hanya bubur lambuk tu ambil kat rumah Sujah.. sempat juga ambil utk jiran2 aku kat rumah... Hari tu.. terliur sangat tengok sticky chicken wing yg Mamasya buat... nak buat sendiri rasa malas.. lagipun takut mkn byk itu kepak ayam ada taruk madu maaaa... jadi utk kontrol supaya tak mkn byk.. aku pun beli ajelah kat PaRam... beli 8 ketul aje.. seketul rm1.50.... Nilah menu berbuka aku & Dini & juga Haziq.. (hubby balik kerja lepas waktu berbuka) oh ya.. terlupa.. Dini tak puasa hari tu.. sebab dia sakit perut.. kena gastrik plak.. tahun2 sebelum ni tak pernah lak kena gastrik time puasa.. hmmm sayang betul.. doktor tak bagi puasa buat sementara waktu sebab nak makan ubat.. jadi dah 3 hari Dini ponteng.. hari ni baru dia start puasa balik.. harap2 jgnlah sakit lagi....


Ok... ni yg sempat aku masak siap lepas waktu berbuka khas utk hubby & Dini yg nak makan nasi (aku mkn bubur jer). Selain kepak ayam tadi.. aku just masak sambal tempe & sayur labu jipang atau aku suka panggil buah penumbuk sebab rupa buah dia mcm sarung tangan boxer tu...


Labu jipang ni.. nama panggilan org Indon.. resepi ni pun aku cilok dari blog milik org Indon.. nanti ku tepek resepinya ya.. aku tak pasti kat M'sia panggil sayur ni apa..

Quote:
LABU JIPANG TUMIS SANTAN
Sumber : Internet


1 biji labu jipang ~ dipotong panjang2
2 s/b minyak, untuk menumis
1 biji cili merah besar ~ dihiris serong
1 helai daun salam
1 cm lengkuas ~ diketuk
500 ml santan

Bahan Tumbuk:
1 biji cili merah
3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
1/4 s/k belacan
garam secukup rasa
1/2 s/k gula pasir

Cara membuat:
1. Panaskan minyak & tumis bahan tumbuk bersama daun salam dan lengkuas hingga harum.
2. Masukkan cili merah dan labu jipang, kacau hingga layu.
3. Tambahkan santan & bahan2 perasa secukupnya.
4. Masak hingga labu jipang lembut.



MENU BERBUKA 10 RAMADAN
Ini saja rezeki kami untuk berbuka semalam... teringin sangat nak makan nasi goreng. Aku pun cilok resepi nasi goreng tomyam dari FP kak Liza.. memang sedappp.. tapi aku buat sempoi aje sebab tak cukup alat... but.. tetap sedapp... TQ Kak Liza sebab share resepi nasi goreng ni ye... ni MaDiHa C&P jer dari fp akak.. tp ada ejas2 sikit..


Quote:
NASI GORENG TOMYAM
Sumber : Kak Liza

Bahan
2 mangkuk nasi [peroikan] (lebih kurang utk 3 org makan
100 gm udang [buangkan kulit]
100 gm sotong [potong kecil]
100 gm isi ayam [hiriskan nipis] (Madiha guna ayam semata sebab udang & sotong takde stok)
100 gm carrot [potong dadu] (Madiha tak bubuh takde stok)
100 gm kobis bulat [potong kecil]
1 biji telur (Madiha guna 2 biji)
daun ketumbar [racik] (ganti dengan daun bawang)
ciliapi tumbuk [kalau nak lebih pedas]
minyak
garam

Bahan Sos Tomyam [mesinkan]
10 tangkai cili kering
1 batang serai
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 s/b udang kering

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan sos tomyam sehingga wangi.
2. Masukkan ayam dan carrot. kacau rata sehingga masak.
3. Masukkan udang, sotong, kobis dan garam. Kacau rata.
4. Masukkan nasi dan kacau rata.
5. Pecahkan telur dan kacau rata bersama semua bahan. (Madiha masukkan telur dulu baru masukkan nasi )
6. Rasakan garam dan tutup api.
7. Taburkan daun ketumbar dan gaulkan sekali lagi.
8. Hidangkan.



Malam tadi.. hubby balik dari kerja (dia habis kerja 8 pm) dia singgah pasar malam. Beli stok sayur2 & yg paling menggembirakan aku sebab ada tapai ubi.. hehehe.. entah kenapa teringin sangat mkn tapai ubi yang dibuat pindang/ pengat. So.. malam tadi.. walaupun perut ku dah kenyang mkn nasi goreng.. ku masak juga pindang tapai ubi ni sebab rasa dah tak sabar2 nak makan Aku buat tak manis sangat just lemak2 jer.. sebab takleh mkn manis kan.. so kalau u all nak cuba.. boleh buat ikut citarasa sendiri.. Hubby kata.. hmmm.. dah tak meleleh ler air liur baby kita nanti sebab dah dpt makan tapai ubi tuu...

Quote:
PINDANG TAPAI UBI
Sumber : Ma ku tersayang

Bahan2
1 peket tapai ubi (harga RM2.00)
1 kotak kecil santan (Madiha guna santan trim ayam brand)
1 cawan air
1 sudu besar gula pasir (nak manis tambah lagi)
1/4 sudu kecil garam
1 helai daun pandan ~ disimpul

Cara menyediakan
1. Masak santan bersama gula, daun pandan & garam hingga mendidih sambil dikacau2 sentiasa.
2. Masukkan tapai ubi dan masak seketika hingga kuah agak pekat.
3. Tutup api dan bolehlah dihidang.



& untuk sahur.. aku just goreng pucuk paku & buat telur dadar boh bawang merah & cili padi hiris nak bagi pedas sket.. lauk sahur.. semedang sempoi... janji ada pedas2 sikit dah ok..



Ini pula.. aku beli kuih raya utk dibawa balik umah mertua.. menantu dia malas / tak sempat lagi nak buat kuih raya.. sebab petang esok kami dah nak balik kg umah mertua.. jd aku bawak balik kuih tunjuk ajelahhh


Sekian saja untuk hari ni... jumpa lagi dilain hari..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net