Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 15-Sep-2008 02:51 Email | Share | Bookmark
Ini Baru Betul Menu Kampong!!

 
 
 
Salamm....

Maaf lama tak update.. Jumaat lepas MC.. tak masuk opis.. pagi pg PPUM checkup.. siap lambat.. terus mintak MC sebab kepala ku pening2.. lagipun.. dah dekat pukul 2 baru siap.. kaunter ubat plak dah tutup & buka pukul 2.45pm sebab org yg jaga tu pegi solat Jumaat. Terpaksalah tunggu sampai kaunter ubat buka... Hubby call kata dia pun MC gak sebab sakit mata ler pulakk... Balik jer dari hospital.. jemput Dini dari sekolah agama.. hubby kata kita balik kg lepas solat Jumaat & Dini takyah sekolah ler aritu.. hehehe.. balik rumah terus kemas2 barang nak balik kg & bila hubby blk dari solat Jumaat.. kami terus berlepas..

Dlm perjalanan.. singgah satu gerai buah kat jalan Bentong.. hubby ternampak satu gerai ada byk buah nangka.. siap dia u-turn tu.... Nangka tu mmg feberet hubby. Dia beli setengah biji je... itupun dah byk... beratnya dlm 8kg.. kalau ikutkan dia jual timbang dengan kulit RM4 sekilo.. tp anak pakcik tu baik hati plak.. dia bagi diskaun... semua sekali harganya RM25.00 jer... huhuhuhu.. alhamdulillah.. isinya mmg cantik.. masih mengkal mmg pakcik tu dah ckp nangka tu masih mengkal.. rasanya toksah citer ler... walaupun masih mengkal.. tetaplah manis.. mmg sedapp.. lepas jer berbuka ari Jumaat tu.... terus kami kerjakan nangka tu... Tahan sampai 2 hari tuu... yelah bulan puasa kan.. mkn time waktu berbuka & waktu sahur jer.. tu yg tahan 2 hari tu..


Sampai bandar Raub.. hubby singgah PaRam kat sana.. pusing punya pusing.. akhirnya jumpa jugak kuih idaman aku.. pulut sambal.. hubby beli murtabak, air tebu, bubur jagung, vadai.. aku plak teringin tengok ikan kembong percik.. belilah 2 ekor pastu beli 3 keping paceri nenas. Habis pusing PaRam.. singah pasaraya Tung Fat (err.. betul ke ejaannya nih?) beli lauk2 & sayur mentah sikit.. Sampai rumah.. mak dah siap masak dah.. lagipun mmg dah dekat waktu berbuka pun.. tak sempat amik gambar pun juadah berbuka aritu.. Cuma juadah berbuka hari Sabtu jer sempat amik gambor.. Itupun gambor lauk pauk jer.. sebab family hubby mmg jenis mkn nasi lambat sket.. berbuka kuih muih & air dulu.. lepas solat maghrib baru mkn nasi..
Inilah lauk pauk untuk berbuka puasa 13 Ramadan masa kat kg mertua ku baru2 ni.. Ini barulah betul2 menu kampong!!!


Mak mertua terpaksalah menurut selera menantu dia yg teringin nak mkn gulai lemak cili padi pisang muda.... Masa kat PaRam tu ada ler nampak gulai pisang muda ni.. tp teringat kat kg mesti byk pisang muda... baik masak sendiri.. hmm.. mmg puas ler mkn mlm tu.. Ada pulak pucuk ubi rebus.. cicah ngan budu.. mmg masyukkk Ish ish ishhh... puasa ni woii!!

Quote:
GULAI LEMAK CILI PADI PISANG MUDA

Bahan2
1 sikat pisang muda (boleh guna pisang emas, pisang putar/masam atau pisang 40 hari) ~ dipotong ikut suka lalu direndam dlm sebesen air (utk elakkan pisang menjadi lebam)
4 ~ 5 ulas bwg merah ~ ditumbuk
1 ulas bwg putih ~ ditumbuk
15 biji cili padi ~ ditumbuk
1 cm kunyit hidup ~ ditumbuk
Sejemput ikan bilis ~ dikopek bersih ~ rendam & ditumbuk
1 btg serai ~ dititik
1 biji kelapa ~ ambil santan secukupnya (agak2 tenggelam pisang & lebihkan santan dlm 2 inci dari paras pisang)
garam secukup rasa

Cara Menyediakan
1. Masukkan pisang yg siap dipotong dan dibersihkan ke dalam periuk.
2. Tuangkan santan secukupnya diikuti dengan bahan2 tumbuk & serai.
3. Masak di atas api sederhana sambil dikacau2 sentiasa supaya santan tak membuak.
4. Masukkan garam secukup rasa. Jika suka boleh tambah sekeping asam keping.
5. Biarkan hingga pisang empuk dan sedia utk dihidangkan.


Ini pulak.. petai jeruk yg mak buat sendiri... mmg sodapp..

Quote:
PETAI JERUK

Bahan2
Petai secukupnya
Air masak (agak2 petai tenggelam waktu menjeruk)
garam secukup rasa

Cara Menyediakan
1. Petai direbus dengan kulitnya sekali. Tetapi jangan terlalu empuk. Rebus separuh masak sahaja.
2. Angkat petai lalu sejukkan.
3. Kopek isi petai yg telah direbus tadi lalu dikumpulkan dalam satu bekas.
4. Sediakan botol/balang utk menyimpan petai tadi.
5. Masukkan isi petai yg telah dibersihkan lalu curahkan air masak ke dalamnya sehingga petai tenggelam.
6. Masukkan garam secukupnya (agak2 lah byk mana petai & air yg digunakan.. (rasakan air garamnya secukup rasa). Biarkan beberapa malam sebelum boleh dimakan. Jeruk petai boleh disimpan lama sehingga berbulan2 jika cukup garamnya.


Sekian sahaja utk kali ni... jumpa lagi dilain episod


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net