Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 19-Sep-2008 04:43 Email | Share | Bookmark
Lagi Juadah Berbuka..

 
 
 
 
Assalamualaikum..

Kita terus layan gambar ajelah yer.. bz sikit la hari ni.. tp nak gak update sbb gambar2 dah ambil.. kalau tak update kang rasa mcm bersalah lak walaupun menu2 berbuka yg sempoi..

Juadah Berbuka 16 Ramadan 1429
Juadah kuih muih tak beli pun sebab menghabiskan stok2 lama ataupun belen2 kuih2 yg tak abis dlm petiais..... panaskan & boleh dimakan lagi.. sayang lak tengok ada kuih2 yg tak abis tu... jgn membazir tak baik.. saudara syaitan nanti...
Pucuk ubi tu yg bwk balik dr kg hubby


Quote:
UDANG GORENG KUNYIT BERSAYUR

Bahan2
500 gm udang ~ buang kepala tinggalkan bahagian ekornya sj (bersihkan)
1 peket kacang peas jenis nipis (tak sure apa namanya)
1 biji bawang besar ~ mayang
2 ulas bwg putih ~ hiris
1 biji cili merah or hijau ~ hiris
garam & kunyit secukupnya
minyak masak

Cara menyediakan
1. Gaul garam & kunyit udang.
2. Panaskan minyak dan goreng udang hingga separuh masak.
3. Masukkan bahan2 mayang dan goreng lagi hingga bawang layu & udang nampak garing.
4. Tambah perisa secukup rasa & akhir sekali masukkan kacang dan goreng hingga kacang layu.


Quote:
PUCUK UBI MASAK LEMAK

Bahan2
1 ikat pucuk ubi ~ ambil pucuk & daun muda saja (celur hingga empuk kemudian dihiris2)
Santan dari sebiji kelapa
garam
serbuk kunyit
1 batang serai ~ dititik

Bahan2 tumbuk
4 ulas bwg merah
1 ulas bwg putih
20 biji cili padi
sejemput ikan bilis
sejemput udang kering

Cara menyediakan
1. Jerang santan bersama semua bahan2 lain hingga mendidih. Kacau sentiasa supaya santan tak berketul2. Biar hingga pucuk ubi betul2 lembut dan rasakan garamnya secukup rasa.


Juadah Berbuka 17 Ramadan 1429
Ni hari cuti Nuzul Quran.. masak sempoi jer sebab walaupun cuti.. sibuk gak.. pagi keluar bwk anak2 pegi gunting rambut & singgah kedai jahit beli penyangkut langsir yg masih tak cukup.. tau2 balik dah kul 2 lebih dah... masak ala kadar jer sibuk menjahit langsir yg belum siap2 lagi tu.. hehehe....


Quote:
BENDI GORENG BERSAMA HATI & ISI AYAM

Bahan2
1 ketul dada ayam ~ potong kiub kecil
1 hati ayam ~ hiris kecil
400 gm bendi ~ dicuci bersih TAPI jangan potong dulu
serbuk kunyit
garam
1 biji bawang besar ~ hiris
2 ulas bwg putih ~ mayang
1 biji cili merah ~ hiris
minyak secukupnya

Cara menyediakan
1. Gaulkan isi ayam & hati dengan garam & kunyit.
2. Panaskan sedikit minyak dan goreng isi ayam & hati hingga garing.
3. Masukkan bahan2 hiris dan goreng hingga layu.
4. Tambah sedikit air.
5. Hiris kacang bendi (hiris semasa nak masukkan dlm kuali supaya lendirnya tak keluar byk waktu memasak)
6. Masukkan bendi dlm kuali lalu dikacau hingga lembut. Masukkan perasa seckupnya dan bolehlah dihidang.


Juadah Berbuka 18 Ramadan 1429
Ni yg hubby beli.. bubur tu mcm biasalah.. tapau dari rumah acuu...


Hari sebelumnya.. hubby beli lagi pucuk paku.. aku call hubby dari opis suruh dia masak dulu pucuk paku tu sbb kalau nak harap aku masak balik kerja takut tak sempat.. yelah.. nak siang pucuk paku tu lambat gak.. so balik2.. hubby dah siap goreng pucuk paku tu... aku cuma masak ayam masak merah tu jer.. ikut resepi Zaiy.... mekasih Zaiy.. selalu akak wat guna tomato puri... yg ni boh sos jer.. sedap


Quote:
AYAM MASAK MERAH
Sumber : Zaiy FP (Zaiy.. akak C&P terus dari FP Zaiy.. minta halalkan yer )

Ayam Masak Merah (3 orang makan), sempoi punya!!

Bahan-bahan:
8 ketul ayam sederhana besar - dibersihkan, digaul garam & kunyit dan digoreng kekuningan
1 batang serai diketuk
1 labu bawang besar - dipotong bulat
3 sb sos cili
2 sb sos tomato
cili merah / hijau - potong serong, optional
sedikit kacang peas, optional
jus asam jawa
garam
gula
minyak
sedikit air

Bahan untuk dikisar:
10 tangkai cili kering (tambah/kurangkan ikut suka)
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia
1 btg serai (MaDiHa tambah)


Cara:
Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar dan serai hingga garing. Masukkan sos cili dan sos tomato, diikuti jus asam jawa. Bila dah pekat, tambah air jika perlu. Setelah itu masukkan ayam, hirisan bawang, kacang peas, garam, gula Gaulkan hingga sebati dan rata. Apabila telah kering bolehlah diangkat.




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net