Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 22-Sep-2008 03:51 Email | Share | Bookmark
Juadah Berbuka 19 & 20 Ramadan

 
 
 
 
sebelum dibakar
 
Assalamualaikum...

Angin rajin ambil gambar masih ada lagi.. jadi layankan jelah juadah berbuka kami yg ala kadar ni yer..

Ni juadah berbuka 19 Ramadan
Biasa ler.. kuih2 tunjuk belaka.. masa ambil gambar ni.. org dah berbuka dah.. tu yg satay tu ada yg tinggal lidi jer tuh...


Yang ini lauk yg sempat dimasak..

Quote:
SUP IKAN SEBELAH
Resepi ~ Zaiy... (TQ Zaiy... cilok resepi hang lagikk )

bahan-bahan:
1 ekor ikan merah - ikan ni besar, saya kerat 3 (MaDiHa guna ikan sebelah/ikan sisa nabi)
* 6 ulas bawang merah - dihiris
* 5 ulas bawang putih - dihiris
* 2 cm halia - dihiris
* 2 cm kulit kayu manis
* 1 kuntum bunga lawang
* 2 kuntum bunga cengkih
* 1 st ketumbar biji - dikisar
* 1 st jintan manis - dikisar
* 1 st lada hitam - dikisar
1 keping asam keping
2 biji kentang - dipotong baji
1 batang karot - dihiris halus
sebatang serai - diketuk
buah tomato - potong 4
daun sup, daun bawang
bawang goreng (optional-tapi kalau ada lagi sedap)
air secukupnya
garam
minyak

cara-cara:
1. Panaskan minyak, tumiskan bahan yg bertanda * hingga wangi.
2. Masukkan serai dan air, biarkan ia mendidih seketika.
3. Masukkan kentang.
4. Apabila kentang sudah empuk, masukkan karot dan asam keping.
5. Masukkan ikan, buah tomato dan garam. Biarkan sebentar, dan tutup api.
6. Angkat, hidang dan tabur dgn daun sup/daun bawang dan bawang goreng.


Quote:
SOTONG ORIENTAL
Resepi ~ Aliza (TQ Aliza.. akak tepek resepi kat sini tau.. )

Bahan2
500 gm sotong ~ bersihkan & potong kemudian dicelur sebentar & tos
1 tangkai daun kari
5 ulas bwg merah ~ hiris
3 ulas bwh putih ~ cincang
garam & gula secukup rasa
1 biji cili hijau ~ hiris (MaDiHa tambah)

Bahan2 ini dicampur jadikan pes
2 s/b pes tom yam
2 s/k rempah kari ikan
1 1/2 s/b sos tiram
2 s/k sos ikan
6 s/b air panas

Cara Menyediakan
1. Panaskan minyak dan masukkan daun kari, bawang merah, bwg putih dan tumis hingga kekuningan.
2. Campurkan bahan2 pes tadi dan gaul rata & biar lebih kurang 3 minit.
3. Masukkan sotong dan cili hijau.. kacau rata. Masukkan garam (jika perlu) & gula & masak selama 5 minit. Sedia utk dihidangkan.


Tempe goreng celup tepung ni.. makan cicah ngan cili kicap sup tu... Tempe ni tak sempat siap goreng masa berbuka tu kelam kabut nak masak yg lain lagi... hubby pun tak dan merasa sebab dia dah pergi kerja shift malam..
Bancuh mcm nak goreng pisang aje.. pastu tambah serbuk jintan manis dengan serbuk ketumbar sikit.


Juadah berbuka 20 Ramadan


SUP TULANG
Resepi ~ ikut pada peket rempah bunjut sup tulang aje.. tak puas mkn sup ikan.. buat sup tulang plak


CENDAWAN GORENG CELUP TEPUNG
Goreng guna lebihan bancuhan tepung goreng tempe semalam...


Okey.. & ini kuih raya yg pertama ku buat.. buat lepas sahur hari Sabtu tu... sebenornya terliur tengok kuih yg Jasmeen tayang aritu.. terus ku pun buat jugak memandangkan semua bahan2 memang ada kat rumah.. lagipun si Dini sibuk ajak buat kuih raya... layan jelaa... TQ utk Jasmeen & Maklang share resepi ni yer..

Quote:
BISKUT SAMPERIT
Sumber : Maklang Azie

Bahan-bahan
300g butter (nak rasa lemak guna butter scs)
160g gula aising
100g tepung jagung
160g tepung kastard
240g tepung gandum
2 biji kuning telur

Hiasan
Ikut suka dan kehendak masing2. Pancitan coklat masak putih & coklat, celup dgn coklat pun boleh, ceri, celorak celorik dgn garisan coklat... (MaDiHa guna ceri)

Cara-cara
1. Pukul buter, gula aising hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur, kacau sebati.
3. Masukkan semua jenis tepung, gaul dan uli sebati.
4. Terap atas loyang. Utk hiasan ceri, atau coklat chip, boleh letakkan sekali.
5. Bakar 150C selama 20 minit. (MaDiHa bakar 10-12 min jer)



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net