Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 23-Sep-2008 04:25 Email | Share | Bookmark
Juadah Berbuka Di Akhir2 Puasa....

 
Assalamualaikum buat semua para pengunjung setia FP ku ini... doa dari MaDiHa sekeluarga agar semuanya berada dalam keadaan sihat & sejahtera selalu hendaknya yer.. yelahhh.. dah dekat nak sambut raya ni... kalau boleh biarlah semuanya sihat2 belaka.. kalau sakit tu.. rajin2lah makan ubat.. tp makan masa berbuka & bersahur jelah yer.. melainkan kalau memang memudaratkan.. janganlah puasa sebab nak kena mkn ubat kan... tp lain kali kenalah ganti balik puasa tu..

Hari ni.. masuk 23 hari dah kita semua menjalani ibadah puasa. Dah semakin hampir kita semua nak meninggalkan Ramadan kali ni.. walaupun hati melonjak gembira sebab tak sabar2 nak balik kampong jumpa ibu & adik2.. serta menyambut Aidilfitri.. namun.. rasa sedih pula sebab memikirkan apakah sempat kita mengerjakan puasa dan ibadah2 lain di tahun depan InsyaAllah.. jika dipanjangkan umur.. harap2 masih sempat menjalani ibadah puasa di tahun depan...

Tiada apa cerita menarik.. melainkan cerita2 biasa saja. Takde gambar2 lain.. melainkan juadah2 berbuka saja yg ada.. (ada lagi gambar2 lain.. tapi tunggu lepas raya ler kot.. sebab mcm tak sesuai jer nak tunjuk bulan puasa ni.. itupun kalau rajin nak update.. sebab rasa mcm dah ketinggalan keretapi jer nak tayang.. hehehe...)

Dah akhir2 puasa ni.. macam dah tak tau nak masak apa dah.. nak beli lauk2 kat PaRam.. takut tak sedap.. lagipun mr. hubby kurang suka lauk pauk PaRam sebab takut terkena yg dah hampir nak basi maklumlah.. dia kan jenis makan nasi lewat sikit.. Tambah pula sekarang ni dia kerja shift malam.. dia lebih suka bawak bekal nasi yg wife dia masak sendiri walaupun lauk pauk sempoi. Sebab biasanya.. nasi & lauk2 yg dibekalkan tu.. mr. hubby makan masa sahur nanti. Masa berbuka kat rumah dia hanya makan kuih muih & minuman saja. Sampai tempat kerjanya nanti.. kalau dia nak makan nasi.. dia akan makan/tapau dari kedai aje. Masa sahur agaknya dah malas dia nak keluar lagi.. itu yg dia makan nasi yang dibekalkan tu... sebab tulah aku tiada pilihan terpaksa juga masak walaupun kdg2 terkejar2 dibuatnya masak balik dari kerja.. Tapi demi suami tersayang.. kenalah jugak masak...

Ini menu berbuka 21 Ramadan bersamaan hari Ahad baru ni..
Hubby kata dia malas nak beli kuih petang tu.. dia suruh goreng nugget ayam aje.. aku ngan anak2 ok jer.. lagipun kdg tu rasa jemu juga sampai dan tak tau nak beli kuih apa.. time hubby kerja shift malam ni.. kuih muih semua dia yg beli.. aku.. kalau hari kerja.. keluar jer dari opis terus ambil Haziq kemudian tunggu Dini keluar sekolah & terus balik rumah.. pastu apa lagi.. tanpa membuang masa terus bersilat ler kat dapur...


Ini pula menu berbuka 22 Ramadan...
Semalam masak paling sempoi.. sebab rasa dah jemu ngan lauk2 masak sendiri.. dah takde idea nak masak apa.. last2 goreng taugeh & buat telur dadar aje.. pastu kutip segala lauk pauk lebihan dlm peti ais dan panaskan. Pastu.. Laily plak hantar meehun sup.. (lupa ambil gambar) dah semua anak2 pakat tak makan nasi termasuk aku.. (ayah dia jer bwk bekal) semua pakat makan meehun sup.. TQ Laily.. rajin betul awak ni tau masak byk2.. tak tau apa nak di isi dlm periuk kuah sup tu


Oklah.. share resepi plak yer.. walaupun ramai yg dah tau masak lauk ni.. tepek gak la sini utk rujukan anak2.. gulai kunyit lengkuas ni tak pedas.. kalau ikutkan hati nak masak gulai cili padi.. tapi mengenangkan takut Haziq tak tahan pedas.. masak jelah gulai yg tak pedas ni.. sebab udang ni feberet dia.. (sotong dia tak suka sgt) tapi tulah.. risau gak sebab Haziq ni allergi kulit dia.. kalau mkn udang lebih2.. mulalah kena gatal2.. tu yg jarang sgt nak beli udang.. kesian kat dia.. tak bagi makan kang tak sampai hati.. kalau beli sure dia balun cukup2.. last2 allergi pulak..

Quote:
GULAI KUNYIT LENGKUAS UDANG

Bahan2
600 gm udang ~ buang kepala & bersihkan
10 urat kacang panjang ~ kerat 2 inci panjang
Santan dari sebiji kelapa (MaDiHa guna santan kotak aje)
1 hiris lengkuas yg lebar
1 batang serai ~ diketuk
1 keping asam gelugur
1/2 sudu kecil kunyit serbuk (jika perlu)
garam secukup rasa

Bahan2 kisar
7 ~ 8 biji cili kering ~ rebus sampai kembang
1 biji bawang besar
1 inci kunyit hidup
2 ulas bawang putih

Cara Memasak
1. Masukkan santan, bahan2 kisar, kunyit serbuk, lengkuas, serai & garam dalam periuk lalu masak sambil dikacau2 sentiasa.
2. Bila mendidih, masukkan kacang panjang & asam gelugur. Kacau lagi jgn berhenti.
3. Bila kacang separuh empuk masukkan udang. Masak hingga udang bertukar warna. Biar secukup rasa dan bolehlah ditutupkan api.


Ok.. ini pula nak menunaikan hajat yg dah lama terpendam sejak si Feqah hantar sambal ni aritu.. Cari punya cari resepinya akhirnya terjumpa dlm blog Mat Gebu. Terima kasih cik Mat yer share resepi nya.. Madiha C&P kat FP MaDiHa halalkan yer Yang sebenarnya.. hajat nak buat sambal daun ni sejak balik kg hubby tempohari. Tau jelah kan.. kat kg semua bahan2 mudah dicari.. tp oleh kerana byk sgt menu yg nak dimasak masa kat kg tu.. last2 tertunda.. Tapi takper.. sebab bahan2 asas memang ada bwk balik sekali iaitu pucuk ubi, daun kaduk & juga daun kunyit tu... Buat sambal ni dapat agak byk juga... dapatlah bagi kat Laily & kat Sujah sikit...(nak bagi pd Kak Ina (jiran sebelah).. Kak Ina balik Pahang) tapi tak taulah yer.. dorang pandai makan ke tak.. aku pun 1st time makan masa ke rumah kakak angkat kakak ipar di Mempaga.. pastu terus tersuka plak.. then 2nd time jumpa lagi kat kedai R&R Seremban.. & terakhir baru2 ni yg Srsfeqah bagi tu... so yg ku buat ni adalah kali yg ke 4 ku makan.. Jom tengok resepinya

Quote:
SAMBAL DAUN a.k.a TEMPOYAK DAUN KAYU

BAHAN-BAHANNYA
1 cekak pucuk ubi, dimayang halus (MaDiHa bubuh 2 cekak yg dah siap digetus dari tangkainya)
1 cekak pucuk labu, dimayang halus (MaDiHa tak bubuh sbb tak jumpa)
15 helai daun kaduk muda, dimayang halus (bubuh 20 helai)
20 helai pucuk kacang panjang, dimayang halus (tak bubuh)
7 helai daun kunyit, buang tulang tengahnya & dimayang halus
3/4 cawan isi petai
1 cawan ikan bilis, belah dua, rendam 5 minit, toskan dan tumbuk kasar
1 1/2 cawan pati santan
1 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
2 cawan air (ni Madiha tambah)

Bahan2 Kisar
5 batang serai, dihiris halus
2 inci kunyit hidup
3 camca besar tempoyak (MaDiHa bubuh lebih.. hampir secawan rasanya)
1/2 cawan cili padi (MaDiHa lebihkan lagi)

CARA MEMBUATNYA
1. Masukkan bahan kisar halus ke dalam kuali bersama pati santan dan ikan bilis. Masak hingga mendidih.
2. Bila kuah tadi menjadi pekat, masukkan petai dan asam gelugor, kacau rata, biar sekejap dan masukkan pula semua jenis dedaun yang telah dimayang halus serta 2 cawan air, gaul rata dan tambah garam secukup rasa.
3. Masak dengan api perlahan sambil dikacau hingga pekat dan sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Alihkan ke dalam bekas sesuai, hidangkan bersama nasi hangat....


Ini gambar pokok daun kaduk yang aku ambil masa balik kg hubby baru2 ni.. manalah tau ada yg tak kenal pucuk kaduk.. bolehlah buat rujukan


Akhir kata.. mohon maaf jika ada terkasar bahasa dlm coretan sebelum ini.. & tak lupa nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN buat semua saudara mara, sahabat handai & semua pengunjung FP yg disayangi.. semoga Aidilfitri kali ni memberi seribu rahmat & kenangan manis buat kalian semua AMIN...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net