Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 24-Sep-2008 06:17 Email | Share | Bookmark
Mood Memasak Dah Kurang.. hehe..

 
Salam...

Rasanya.. dlm byk2 hari berbuka puasa.. semalam 23 Ramadan ler yg paling sempoi sekali.. hahahaha... dengan kuih2nya tak berbeli (sebab hubby kata malas nak turun beli kuih rasa dah jemu tak tau nak beli apa) dan masak lauk pun sejenis jer... sebab dalam gulai tu dah ku letakkan bendi byk2.. kiranya tu sajian sayur jugaklahh punyalah dah takde mood nak memasak.. Ikan goreng tu plak khas utk Haziq.. pastu ada kuah sup utk meehun sup yg Laily bagi tu ada lagi.. panaskan jer.. bolehlah dijadikan kuah utk Haziq.. haha.. punyalah malas aku skrg ni.. tp tulah.. tak boleh nak mengelak.. tetap kena gak masak sebab kenangkan hubby nak bawak bekal


Oklah.. ni pulak cookies raya yg sempat aku buat last Sunday lepas sahur.. dapatlah 2 balang biskut ni.. resepi ni ambil dari FP Jama.. sedap!! Wangi sangat bau oren.. bila makan terasa orennya serta paduan rasa coklat.. memang sedap! TQ Mummy Jama sebab sudi share resepinya ni.. Madiha letak resepi kat sini pulak ye untuk rujukan akan datang..


Quote:
ORANGE CHOCOLATE CHIPS COOKIES

300 gm tepung gandum ]
1 s/k baking powder ] bahan2 ini diayak bersama
1/4 s/k of bicarbonate soda ]
170 gm butter
180 gm gula halus (MaDiHa kurangkan ke 150 gm)
1 biji telur (MaDiHa guna kuning telur sahaja)
2-3 s/b parutan kulit oren
1/2 cawan coklat chips
5 s/b jus dari buah oren

Cara Menyediakan
1) Pukul butter & gula hingga berkrim, masukkan telur dan pukul lagi.
2) Masukkan parutan kulit oren serta jus oren, kacau sebati diikuti dengan campuran tepung dan kacau sebati. Waktu ni gunakan tangan saja untuk menguli.
3) Tuangkan coklat chips dan gaul sebati.
4) Rehatkan doh sebentar sebelum dibentuk. Sementara itu panaskan oven 175C.
5) Bakar dengan suhu 175C lebih kurang 15 minit. (bergantung oven masing2 MaDiHa guna 160C)

*Mummy Jam tambah almond cincang dalam cookies & rasanya lebih sedap. Madiha tak bubuh pun.. tapi tetap sedap..




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net