Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 7-Oct-2008 03:19 Email | Share | Bookmark
Saki Baki Gambar Sebelum Raya...

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Assalamualaikum....

Ada kawan2 yang dah bertanya gambar2 raya... TAPI.. minta maaflah sebab hari ni aku nak menghabiskan gambar2 sebelum raya dulu.. (ada lagi gambar2 b4 puasa dulu tauuu.... tapi terpaksa dahulukan gambar2 puasa dulu sebab mood puasa lain sikit.... dah basi kot nak masukkan gambar2 tu.. ) Jangan mareeee... nanti esok lusa ku masukkan gambar2 raya eik...

Gambar raya tak byk sangat sebab tak sempat nak bergambar plus.. terjadinya kejadian yg tak diingini... ni gara2 kecuaian ku sendiri... letak kamera atas akuarium.. tiba2 anak sedara aku Ayu gi buka penutup akuarium tu... habis ler kamera aku terjun dlm akuarium... Dini yg terjerit2.. ibuuuuu kamera ibu jatuh dlm akuariummm... ma aku cepat2 gi tengok dan ambik kamera tu.. dah ler aku sengaja buka tutup bateri tu pasal takut bateri cepat habis.. ngan bateri2 sekali masuk dlm air tu... masa tu aku kat dapur... setelah di lap & di jemur... alhamdulillah.. nampaknya rezeki aku ada lagi.. kamera tu masih boleh digunakan (tak taulah berapa lama leh bertahan). Disebabkan tak boleh guna kamera lepas kejadian tu makanya.. (dah balik PJ baru boleh guna) tiadalah gambar2 juadah raya pada tahun ni... yg sempat diambil hanya gambar2 kami jer.. itupun tak sempat nak posing betul2.. gambar ngan ma & seluruh adik beradik pun takde... sebab dok kalut melayan tetamu... pastu kamera lak masuk air.. langsung takde gambar2 lain.. tapi takperlah.. utk record.. aku akan ceritakan serba sikit apa yg berlaku pd hari raya baru ni.. hehehe.. (ni utk kenangan aku dimasa akan datang... kalau u all malas baca.. abaikan saja... )

Oklah.. layan gambar plak...
Sebelum aku pulang ke kampong untuk cuti raya baru ni... aku ada masak2 sikit.. tujuan tak lain tak bukan untuk ajak makcik & pakcik serta sepupu2 aku dtg berbuka puasa kat rumah.. dah terbiasa tiap2 tahun ajak dorang berbuka puasa.. rasa tak sedap pulak kalau tak buat... lagipun.. masih larat lagi masak.. Kebetulan pulak semua anak2 Sujah Syikin & Nakni dah balik ke PJ.. jadi dapatlah kami berkumpul ramai2... Tak lupa selain keluarga Sujah.. aku jemput juga sepupu aku Bie & Nasa suami isteri serta ayah angkat Haziq iaitu kawan baik kami Harun El-Hafiz (saja aku panggil ayah angkat Haziq sebab dia ler yg jemput aku & Haziq dari hospital masa lepas bersalinkan Haziq dulu sebab hubby aku masa tu balik kg untuk cari daun belimbing buluh & lain2 herba sebab masa tu Haziq kena jaundis.. ehh.. dah melalut lak cerita.. ) Ok back to the story.. untuk berbuka 27 Ramadan aritu.. aku masak asam pedas tenggiri, ayam goreng berempah, sayur campur, tenggiri goreng, ikan gelama masin, sambal belacan (Sujah yg buatkan), ulam jeruk petai & pucuk ubi celur. Walaupun lauk pauk sempoi.. alhamdulillah.. kenyang seadanya... Untuk pencuci mulut.. hubby beli betik.. manakala tembikai & honey dew.. Sujah yg bawak.. sempat jugak aku buat agar2 nenas selasih... main hentam jer buat sebab nak buat kuih2 lain rasa malas ler pulakk..

Hubby takde dalam gambar.. biasa ler.. dia memang jenis tak makan nasi terus waktu berbuka.. pasal tu dia tak join makan sekali masa ni...

Haziq yg tak puasa pun join berbuka sama.... auntie Syikin yang kena layan Haziq perisikan ayam goreng.... cian auntie Syikin... nak makan pun tak tenteram


AGAR-AGAR NENAS SELASIH

Quote:
(resepi takde sukatan sebenar.. sebab masa buat main agak2 jer)
Bahan2
1 peket agar2 strip (20g or 25g tu..)
1 tin nenas kiub ~ jusnya disimpan & nenas kiub dipotong 2 bagi kecik sket
1 sudu kecil biji selasih (rendam dlm air hingga kembang)
1/2 tin susu pekat (secukup manis)
3 sudu besar sunquick nenas
gula (jika suka lebih manis)
air secukupnya semasa rebus agar2 (kurangkan sikit sukatan airnya sebab nanti kita guna jus nenas dlm tin tu takut lembik lak)
Pewarna hijau (jika suka)

Cara2
1. Bersihkan agar2 dan rebus dengan air hingga larut (kacau sekali sekala).
2. Bila agar2 dah larut.. masukkan nenas serta jus, biji selasih, susu pekat manis, jus sunquick sambil dikacau2 seketika.
3. Tuangkan dlm loyang dan tinggalkan dlm 2 cawan agar2 cair tadi dan bancuh dengan pewarna hijau.. letakkan loyang tadi ditempat rata (pastikan jgn alih2 loyang sebelum ia mengeras).
4. Step terakhir.. ambil lebihan agar2 yg dah dibancuh warna hijau (warna lain pun boleh) dan tuangkan sikit2 dimerata permukaan agar2 tadi.. pastikan jgn dikacau/diratakan.. biar warnanya bertompok2 gitu.. & lepas tu.. biarkan agar2 mengeras dan simpan dlm petiais sebelum dipotong.



Ok.. habis cerita berbuka di PJ.... ini pula juadah berbuka masa aku dah balik kampong... teringat ambil gambar ni pun masa dah masuk 2 hari berbuka kat sana... layan jelah...buat kenang-kenangan..


KERABU TAUGE KERANG

Quote:
Bahan2
50sen/ semangkuk Taugeh ~ celur sebentar je
1/2 kg kerang ~ rebus & kopek isinya (nak isi lebih pun boleh)
1 biji kelapa saiz kecil (disangai hingga nampak kekuningan sikit2 jer.. pastu asingkan separuh & yg separuh lagi teruskan sangai hingga menjadi kerisik lalu ditumbuk halus/hingga cair)
1 sudu kecil pes asam jawa (kalau guna asam jawa biji.. pastikan bancuh/ramas dengan AIR MASAK)
Garam & gula secukup rasa

Bahan2 Kisar
5 ulas bwg merah
1 ulas bwg putih
1 biji cili merah ~ patah2kan
8 - 10 biji cili padi
3 batang serai ~ dihiris nipis
sedikit belacan (jika suka)
(Bahan2 ini.. digoreng sebentar hingga layu kemudian barulah dikisar halus.. pastikan gunakan AIR MASAK utk tujuan mengisar)

Penyudahnya
Gaulkan semua bahan2 tadi, taugeh, kerang, bahan2 kisar, kelapa sangai, kerisik, air asam jawa serta garam & gula.. rasakan biar secukup rasa.. sedia utk dihidangkan.. insyaAllah.. jika masak utk berbuka.. boleh lagi dimakan utk sahur sebab semua bahan2 dah dimasak & air pun guna air masak..


Dua hari sebelum raya.. ma dah siap2 tempah ngan tauke lembu kat sana nak daging 3 kg, tulang rusuk & tulang belakang 15 kg (hubby aku yg nak... dia suruh ma buat sup) serta kaki lembu 3 batang.. (ini lak aku yg nak) sehari sebelum raya.. pagi2 lagi aku ngan Haziq pun sibuk nak ikut hubby & ma pegi tempat orang jual daging. Tempah2 juga... kalau tak pegi tengok takut gak dikebas org... maklumlah.. org ni.. kadang tu main belasah jer.. tempahan pun tempah gitu jer takut ler tuan lembu tu lupa.. alhamdulillah.. dapat ler apa yg dihajatkan... Daging tu dimasak utk raya buat rendang, tulang tu pulak.. separuh dimasak sup untuk buka puasa hari terakhir puasa tu.. & separuh lagi buat sup utk raya ke dua.. manakala kaki lembu tu pulak.. permintaan aku sendiri minta ma buatkan rojak atau lebih dikenali sebagai rojak kateh kat negeri Trengganu... memang feberet aku sejak dulu lagi.. sejak2 zaman sekolah rendah lagi.. Memang jarang nak jumpa.. pasal tu yg teringin sebab dah musim orang sembelih lembu.. aku pun teringat ler kat rojak kateh.. tapi sayang sungguh laa.. punyalah kusyuk aku makan rojak masa berbuka puasa tu bertambah2 sampai lupa nak amik gambor... korang dengar nama jerlah.. rupa parasnya tak dapat ler aku nak tunjukkan sebab dah pun habis.. mungkin sapa2 yg asal dari Trengganu dah boleh bayangkan cemana rupa rojak kateh tu... menantu ma.. Tasya pun suka rupanya.. walaupun dia tak biasa makan sebelum ni.. tp dia kata sedapp!! siap bertambah2 lagi makan.. cuma menantu lelaki ma jer yg tak layan sangat.. sebab dok asyik masyuk ngan sup tulang..

Inilah kaki lembu untuk dibuat rojak tu... atau lebih dikenali sebagai "Rojak Kateh" di Trengganu..





Lepas berbuka puasa.. seperti biasa rumah kami akan diterangi pelita disekeliling halaman rumah... adik2 aku ler yg rajin buat semua ni...



Budak2 ni apalagi.. seronok sakan ler boleh main bunga api dengan bebasnya... yg kecik2 jer tak join.. Haziq lagilah penakut.. bunga api takut... inikan pula bila dengar mercun.. sibuk dok peluk kaki aku jer masa ni.. sebab kat sana meriah ngan bunyi mercun walaupun mercun dah diharamkan.. tapi mercun tetap juga org jual..


Oklah.. dah abis dah gambar2 pra raya.. esok lusa kalau sempat baru masuk gambar raya.. tunggu....

TAMBAHAN : Ada pula yang nak tengok macamana rupa rojak kateh yang aku maksudkan.. memang terkilan sebab terlupa nak ambil gambar aritu... jadi untuk memberi gambaran pada yg belum pernah tengok & ingin tahu rupa rojak kateh tu... aku pinjam gambar dari wikipedia... lebih kurang ginilah rupanya.. cuma yang aku buat tu aku hiris lebih kecil dari yg dalam gambar ni.. rasanya.. emmm.. wa cakap lu... memang sedapppp.... masam, pedas, manis & masin...


INFO ROJAK KATEH
Rojak kateh merupakan sejenis makanan traditional yang terkenal di Terengganu. Ia merupakan urat keting lembu/kerbau yang direbus selama beberapa jam. Rebusan ini akan menyingkirkan semua lemak yang akan timbul dibahagian atas, meninggalkan bahagian urat yang bebas lemak sepenuhnya. Urat ini kemudiannya akan diambil dan dimasak bersama air cuka berlada.

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Rojak_kateh"

Quote:
ROJAK KATEH (Permintaan Aliza & juga utk koleksi sendiri)
Bahan2
Kaki lembu/kerbau
air secukupnya utk merebus

Bahan2 Kuah/Sos (Bahan agak2 mengikut citarasa sendiri)
Cili kering ~ rebus & kisar halus
Gula nisan/gula melaka ~ masak dengan air hingga larut
Garam secukup rasa
Gula pasir jika perlu
Cuka secukup masam

Cara Menyediakan
1. Bersihkan kaki lembu dengan air dari segala kekotoran.
2. Sediakan bara api utk membakar kaki lembu. Bakar kaki hingga hangus/hingga bulu2 halus2nya terbakar. Kikis bahagian terbakar/bahagian hitam hingga bersih.. jika masih ada bulu2 yg tinggal bakar lagi & kikis lagi. Proses ini perlu dibuat berulang kali hingga semua bulu2 pada kaki lembu tidak kelihatan. Caranya sama kikis dengan menggunakan pisau/parang kecil. Buang bahagian tapak kaki lembu yg keras & hanya ambil bahagian yg lembut/rawan sahaja. Bila kaki lembu dah cukup bersih & nampak putih (nampak isi dlmnya).. hiris/lapah bahagian kulit/keting yg lembut itu hingga semuanya tanggal dari tulangnya termasuk bahagian rawan ditapak kakinya. Kemudian bahagian yg dihiris tadi dihiris pula halus2 memanjang anggaran 1 1/2 inci panjang.
3. Hirisan kulit/keting lembu tadi dibasuh dari habuk2 yg melekat & tapis kemudian direbus dengan air yang banyak sehingga betul2 lembut & kembang. (ambil masa yg lama). Selepas direbus ianya akan mengembang dan akan nampak jadi lebih banyak dari kuantiti asalnya. Bila dah lembut, uangkan air rebusan tadi dan tapis kulit lembu td.
4. Dalam periuk yang lain.. masukkan air, air gula nisan, cili kisar, cuka & garam secukup rasa hingga mendidih. Masukkan kulit lembu tadi dan masak hingga mesra. Rasakan apa yang kurang & boleh tambah mengikut citarasa sendiri. Rojak Kateh mesti ada rasa masam, pedas, manis & masin.. pandai2lah ejas yer..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net