Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 20-Oct-2008 04:28 Email | Share | Bookmark
Swissroll (Batik) Blueberry & Kiwi

 
 
 
 
 
 
Setelah pulih dari trauma kegagalan/kantoi (patah) membuat swissroll tak lama dulu... akhirnya semangat nak buat swissroll datang kembali setelah digoda & diganggu gugat oleh sifu2 swissroll & juga kawan2 yg telah mencuba & berakhir dengan kejayaan...

Akhirnya.. berjaya juga aku membuat sendiri swissroll yg menjadi pujaan ku ini... walaupun s.roll yang pertama tak berapa cun.. tp alhamdulillah.. 2nd s.roll menjadi juga akhirnya.. Resepi asal swissroll ni dari Ahpek (kalau tak silap).. kemudian di C&P oleh Maklang, then di C&P oleh Jasmeen.. & aku pula C&P terus dari FP Jasmeen... terima kasih pada semua nama2 yg disebutkan..

Adunan swissroll yang pertama sebelum & selepas dibakar.


Adunan swissroll yang kedua sebelum & selepas dibakar.


Inilah hasilnya.. nampak cantikkan


Tapi sebenarnya.. swissroll yang pertama tu retak sedikit.. Tapi aku tau dimana silapnya.. insyaAllah.. lain kali cuba lagi corak tersebut hingga berjaya..
(tengoklah swissroll yg pertama tu dah kontot kena potong sementara menunggu swissroll kedua siap... sebab anak2 dah tak sabar nak merasa )


Inilah rupa paras swissroll yang dah siap dipotong



Ini resepi copy & paste terus dari FP Jasmeen... TQ (adalah edit2 sket)

Quote:
KEK GULUNG/ SWISS ROLL BATIK
Sumber : dr FP MakLang asal Apek
Bahan-bahan
6 biji telur gred A @ B (MaDiHa guna gred B)
4oz gula castor (MaDiHa kisar gula pasir)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar ovelet
3oz tepung gandum
1 sudu besar susu tepung
4oz mentega cair
sedikit coklat emulco /serbuk koko

Bahan sapuan/filling (terpulang anda mahu gunakan apa2 perisa / cream yg disukai)
Blueberry filling & Kiwi filling

Loyang yang MaDiHa gunakan ialah loyang shortbread yg ada 100 petak tu.. ukurannya 12" x 12"

Caranya
1.Telur, gula, ovelet, baking powder, esen vanilla, tepung gandum dan susu tepung dimasukkan dalam bekas dan dipukul dgn kelajuan maksima sehingga gebu (5-7minit)
2.Adunan dah gebu akan bertukar menjadi warna putih.
3.Masukkan mentega cair, kemudian kacau rata ngan sudip kayu.
4.Asingkan sedikit adunan tadi (skit je dlm setengah senduk setakat nak buat line) ke dalam bekas lain yg lebih kecil kemudian bancuh dengan sedikit coklat emulco. Kacau rata kemudian masukkan adunan coklat ini ke dalam piping bag. Potong sikit sj hujung piping bag utk buat line.
5.Tuangkan adunan yg byk tadi ke dalam loyang shortbread td yang telah dialas dengan kertas kuih (MaDiHa guna kertas minyak) kemudian ratakan permukaannya
6.Paipkan adunan coklat td di atas adunan yg diratakan dlm loyang mengikut kreativiti anda sendiri.
7.Lorekkan/corakkan dgn menggunakan lidi dari atas ke bawah atau ikut kreativiti anda sendiri.
8.Bakar dlm oven selama 20 minit dgn suhu 170darjah celcius.
9.Apabila kek sudah masak dan sudah betui2 sejuk, terbalikkan ke atas sekeping kertas kemudian sapukan filling/ cream sehingga rata....tolong jgn sapu kuat2.
10.Setelah jem disapu rata, gulung kek tadi perlahan2 sehingga kemas.

Nota mklang : >>very2 usefull tips...
- jgn lebihkan masa pembakaran nanti terlampau garing susah lak nak gulung..pecah kulit swissroll.
- jgn buat nipis benor..susah nak gulung nanti.
- time nak gulung tu...cubalah berlembut skit ngan swissroll...kalau ganas2 tersiat plak kulit swissroll yg cantik gebu tu..kulit swissroll ni jenis FRAGILE
- korang nak buat batik jawa ke..batik marble ke...batik kalerpul ke...ikut sukahati koranglah ye!
- filling tu boleh jugak letak bcream,choc., jem, blueberi..yg mklang buat tu mklang letak blueberi..sodappp
- pastikan kek sejuk dulu barulah gulung...kalau tak melekat kat paper kuih
- masa sapu jem tu cuba jangan ditekan kek tu sangat...tu sbb kulit dia melekat..
- kalau perhatikan tepung tu nampak skitkan...takpe...jgn risau..
- alas loyang ngan paper kuih tu...biar terjulur dari loyang pun takpe..senang nak angkat...jangan kedekut paper kuih tau...
- nak guna sponge mix pun boleh...tapi rasalah yg original punya dulu..best ke tak
-mklang guna loyang sbread 50 petak tu je... dpt 2 swissroll...loyang tu kan pelbagai guna ~ (MaDiHa guna loyang shortbread 100 petak.. dapat 1 swissroll yang besar & panjang


Selamat Mencuba


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net