Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 21-Oct-2008 02:09 Email | Share | Bookmark
Family Gathering & Mkn2 Sempena Syawal..

mirul, hubby & acu..
haziq entah apa yg ditengoknya.. intai anak dara yerr...?
angah & sujah
wahh.. penuh rumah sempit ku.. hehe..
ustazah dini & pengasuh haziq kat nurseri pun turut datang..
kami bergambar ngan kak ram.. my kakak angkat tercayang..
nasa, ayu & abg gee
jaja, bie & nasa..
kak liza & baby
tetamu lagi..
faezah & fazira (anak dara abg gee) & jaja
tetamu last.. liza & co.. dini ngan baju tidur dh sbb dah mlm..
ini kuih raya yg ku cilok dari angah..
kuih raya ku.. ini sj yg tinggal..
kukis raya yg sujah bagi..
try wat swissroll sendiri
pastu buat kek carrot pulak
swissroll dah siap gulung
ni pun sama.. swissroll juga
kuah mee bandong dah siap masak..
swissroll dah siap potong
& disusun rapi
antara juadah yg dihidangkan.. simple aje..
just 2 jenis juadah ku masak.. hehe..
set mee bandong muor
& set nasi ayam.. resepi ma tersayang
ini plak carrot cake with cheese frosting
Salamm...

Hari Sabtu yg lalu 18 Oktober bersamaan 18 Syawal aku ambil kesempatan menjemput semua family & kaum kerabatku yg berada di Lembah Klang ni datang ke rumah.. juga tak dilupakan jiran2 & kawan2 terdekat pun ku jemput sekali.. senang sikit.. masak2 sekali arung & jemput semua berkumpul kat rumah ku yg kecik molek tu.. hehee.. Ramai yang tanya aku tak buat open house ker?? Memang aku tak sanggup nak buat open house.. selain bajet takde.. rumah aku ni pun tak mengizinkan.. hehe.. masak2 kali ni pun.. aku syukur sangat2 sebab kebetulan ma ada kat sini.. jadi adalah pembantu (sebenarnya ketua chef!!) ma pun awal2 dah offerkan diri nak tolong aku masak2.. jadi khamis mlmnya aku ngan anak2 (suami keje mlm) pegi rumah angah kat Klang jemput ma kat sana.. Bila ma ada.. aku ringan banyak ler.. heheeh.. itupun aku tidur lewat juga mlm sabtu tu sebab siapkan segala mcm bahan2 yg boleh diprepare awal serta aku sempat juga buat 2 biji swissroll & sebiji kek carrot..(kek yg ku kempunan nak merasa kat rumah Aliza tempohari ) kul 2.30 pagi barulah segalanya siap dah barulah dpt masuk tidur..

Juadah kali ni.. masak lain sikit dari tahun lepas.. tapi tetaplah juadah2 yg mudah aje menjadi pilihan aku.. hehe.. kali ni takde laksa asam & laksa lemak or pulut kuning bagai.. tapi kali ni aku pilih menu paling mudah iaitu mee bandung & juga nasi ayam.. masak tak byk mana pun.. mee bandung dlm 4 kg & nasi ayam 3.5 kg serta 5 ekor ayam saje... alhamdulillah.. semuanya habis licin tak membazir..

Ini saja antara gambar2 yg sempat ku rakamkan..

Angah & sujah.. mujur angah & family dtg awal sebelum kul 12 t'hari.. dapatlah dia tolong apa2 yg patut.. TQ kakngah!!


Mirul, hubby & acu..
Acu, sujah & Mirul plak jd tetamu ke dua umah kami.. sayang sekali Syikin & Naknie takde... kalau tak.. sure lebih meriah...


Seterusnya.. Bie, Nasa & Jaja plak datang.. hehee...


Abang Gee & Kak Liza sekeluarga dari Semenyih pun datang juga sebagai membalas kunjungan kami aritu.. hehehe..



Anak bujang & anak dara Kak Liza yg comel lote.. baju hijau & baju pink.. yg kanan sekali Jaja anak sepupu aku yg kat Trengganu tu..


Ini kakak angkat ku tersayang yg dok kat Meru turut datang.. berjumpa sekali setahun aje.. Angah & ma lagilah jarang2 jumpa.. tu yg ambil kesempatan bergambar


Meriah kejap rumahku yg kecik molek ni dengan tetamu2 yg datang...


Anak dara yang duduk semua tu.. pengasuh di nurseri tempat aku hantar Haziq.. manakala yg baju hijau kanan sekali tu ustazah Dini masa tadika dulu....


Ini adalah tetamu kami yang terakhir.. datang serbu ngan kaum keluarganya 2 kereta (ada lg takde dlm gambar) rasanya masa ni dah pukul 9.00pm lebih dah ni.. tu yg Dini pun dah pakai baju tidur tuhh.. Liza (tudung hijau) kawan lama aku masa dok Kawasan Melayu.. kat rumah dialah aku hantar transit Dini lepas sekolah agama sekarang ni...


Sebenarnya ada juga gambar2 yg tak sempat diambil.. antaranya gambar2 jiran2 aku iaitu family Laily & juga family Kak Ina... sorry yer sebab terlupa nak snap gambar plus segan pun ye jugak.. asyik sibuk nak ambil saja.. hehehe.. Manakala Ida & Lan adik ipar aku kat Kajang pulak tak dpt datang sebab hari tu dia kena kerja malam.. dia nak dtg pun bukannya ada transport sendiri.. kena dtg ngan komuter.. takperlahh.. takde rezeki dialah kali ni.. Oh ya.. papa angkat Haziq si Harun-El Hafiz (Ronny) pun tak dpt hadir juga sebab kebetulan kat rumah mamanya pun buat open house juga.. dah seri pulak.. kami sama2 takleh pegi dah masing2 buat hari sama..

Masa ni tetamu belum sampai lagi..


Inilah saja juadah yg sempat ku sediakan.. nasi ayam & mee bandung.. (terpaksa guna telur rebus sebab kalau nak campur sekali dlm kuah bimbang telur hancur plak coz byk sgt) ringkas saja..





Pemanis mulut.. swissroll & kek carrot



Quote:
CARROT CAKE WITH CREAM CHEESE FROSTING
Sumber : Ishikawa Ayumi - MyResepi

Bahan-bahan ( 9 inch ) (Madiha guna loyang 4 segi 10" x 10" sebab maukan kek yg nipis)

Bahagian Kek
1 1/4 cawan minyak jagung (Madiha guna minyak soya)
4 biji telur gred B (asingkan putih dan kuning)
120 gm gula castor (Madiha bubuh 100gm)
120 gm gula perang (Madiha bubuh 100gm)
100 gm walnut cincang ( panggang sebentar)
250 gm tepung high protein (guna tepung gandum saja)
1 sudu kecil baking soda
1/4 sudu kecil garam
1/4 serbuk kulit kayu manis
1 1/2 cawan carrot yg telah disagat
1 cawan golden raisin (Madiha guna 1/2 cawan saja)
1 sudu besar susu pekat

Cream Cheese Frosting (untuk sapu keliling kek) (Madiha buat 1/2 adunan saja sebab hanya utk sapuan atas kek sj)
120gm gula icing (Madiha kurangkan sukatannya)
250gm cream cheese
120gm unsalted butter (guna butter biasa aje)

Cara-cara
1. Pukul kuning telur, masukkan minyak, sebatikan. masukkan pula gula perang dan gula castor dan pukul lagi hingga rata.
2. Masukkan carrot parut, walnut dan juga kismis kuning. Sebatikan.
3. Kemudian, masukkah bhn2 kering yg telah diayak (tepung, baking soda, serbuk kulit kayu manis dan garam). Kaup balik dengan senduk kayu.
4. Dlm bekas lain, pukul putih telur hingga menjadi soft peak. masukkan ke dlm adunan kek td sikit demi sikit. Kaup balik dn sebatikan.
5. masukkan dlm loyang 9 inci yg telah di alas kertas minyak. Bakar selama 45 minit pada suhu 180C. guna lidi utk pastikan dalam kek masak.
6. bila kek masak, keluarkan dari oven dan sejukkan dahulu sebelum disapu cheese frosting.

Cream cheese frosting
1. Masukkan cream cheese, gula icing yg telah diayak dan butter dan dipukul hingga gebu menggunakan mixer.
2. Kemudian bolehlan disapukan atas kek & hias ikut kretiviti anda sendiri.


Nota : Utk lebih sedap, chill kan semalaman.
note that frosting tu senang melt kalo letak kt luar lama2. so, bila btul2 nk makan baru bring out.



Ini pula kuih raya yang ada kat rumah ku...




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net