Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 28-Oct-2008 04:42 Email | Share | Bookmark
Entry & Brownies For Kakak Dini :-D

kakak dini depan sekolah agamanya.. senyum ler sikit kakak...
baru ler nak senyum..
johan penulisan..
brownies dah siap topping & dipotong2
ini utk kakak dini bawa ke sekolahnya
ini utk moksu ku..
ini jer yg tinggal kat rumah... utk rasa & possing.. hehehe..
 
 
 
Salam untuk semua..

Inilah dia brownies yang ku buat minggu lepas khas utk kakak Dini bawa ke jamuan raya kat sekolah agamanya... Dini balik dari sekolah.. dia cakap... brownies ibu laku sangat... Kakak baru je nak pegi ambik.. tengok2 dah habisss.. Memang dia tak sempat rasa pun masa kat rumah tu.. sebab bila brownies tu masak dah lewat sgt.. awal pagi baru aku bangun siapkan toppingnya.. kelam kabut juga ler dok atur dlm papercup dan susun dlm kotak tu.. selebihnya.. bagi kat moksu sikit.. (tak bubuh dlm papercup pun) & tinggalkan sikit kat rumah utk merasa dan amik gambor cantik2


Resepinya ku ambil dari FP Maklang.. (tak pasti siapa empunya asal resepi ini) terima kasih byk2 kepada empunya resepi asal resepi ini & tak lupa tq juga pada maklang..


Quote:
CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES

Bahan:
250 g butter - potong kecik
400 g coklat masakan - potong kecik
6 biji telur
340 g brown sugar (Madiha kurangkan sehingga 300 gm ~ masih manis lagikk )
2 s/k esen vanilla
20 g chocolate emulco (anggaran 1 sudu besar)
80 g tepung gandum (ayak bersama coco powder)
60 g cocoa powder
140g kacang walnut/pecan/ macadamia (optional)-toastkan (Madiha guna almond yg dipotong 4 ~ rasanya guna walnut lagi best sbb almond agak keras sket.. )

Cara:
1) Panaskan oven suhu 160C. Sediakan dan alas tray 11X11. (Madiha guna tray shortbread 12" x 12")
2) Double boil butter dan chocolate hingga cair, ketepikan biar suam sikit.
3) Masukkan telur, gula, esen vanila dan chocolate emulco dalam satu mangkuk yg lain, guna hand whisk , kacau hingga gula cair.
4) Tuang butter dan coklat cair tadi kedalam mangkuk adunan telur tadi dan gaul rata.
5) Masukkan tepung & coco yg diayak sikit demi sikit dan gaul rata. Jangan gaul terlalu lama.
6) Tuang dalam tray dan bakar 160C/50 minit-1jam (bergantung pd oven).
7) Bila masak, biarkan dalam tray hingga sejuk. Lebih sedap kalau disimpan semalaman. Sedap dimakan sama ada begitu shj atau bubuh ganache atau dgn icecream atau dgn sos kastad. (Madiha bubuh coklat topping)

Coklat Topping
Bahan2
250 g coklat masakan
1sudu besar susu pekat manis
3 sudu besar shortening

Cara
Cairkan semua bahan2 cara double boiler sehingga coklat masakan benar2 cair. Tuangkan di atas brownies dan hiaslah ikut suka hati anda


Masa kat sekolah agama tu.. sempat suruh kakak Dini possing kejap.. berkobar2 kakak Dini bangun pagi2 sebab hari tu katanya ustazah suruh pakai baju raya & kasut raya.. Tapi kakak Dini frust sebab ibu tak dapat join sama jamuan hari raya tu... memang ibu bapa dijemput sama hadir utk memeriahkan lagi jamuan tu.. bukan ibu taknak pegi.. tapi sebab esok pagi ibu nak kena pegi hospital pula utk checkup.. takkan hari2 ibu nak cuti.. nanti boss bising pulak..

Mula2 mukanya masam aje.. bila disuruh senyum barulah nak senyumm


Sebelum terlupa.. tahniah ibu ucapkan pada kakak Dini kerana berjaya menjadi johan dalam penulisan/mengarang sempena minggu bahasa melayu & budaya 2008 bagi tahun dua di Sekolah Kebangsaan Assunta, Petaling Jaya. Ibu bangga sangat walaupun ini hanya kejayaan kecil yg kakak bawa pulang..

Hadiah kenangan dari sekolahnya yg kakak Dini dapat 2 minggu lepas..

Ini pula hadiah kakak Dini menyertai action song (nyanyi lagu omputeh ~ 1 group 4 org) sempena minggu pusat sumber sekolah (PSS).. (rasanya.. dah 2 or 3 bulan lepas nihh) dapat hadiah buku cerita..






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net