Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 3-Nov-2008 02:34 Email | Share | Bookmark
Buah Nona; Gulai Lemak Ubi Kayu; Garlic Bread Snack

 
 
 
Salam...

Hari ni takde cerita panjang nak share.. share gambar2 lama ni jelahh.. Ni lah antara buah eksotik yg aku jumpa (selain buah delima) kat pasaraya Hero tempohari.. Selain dari buah delima & nona.. ada juga nampak buah yg agak susah nak jumpa kat bandar2 ni spt buah durian belanda.. ingat nak beli tapi nampak mcm tak berapa tua ajee.. (duri2nya rapat2 jer) tak jadi nak ambil sebab takut tak masak elok plak nanti.. kami beli buah delima, nona, betik, lai bulat yg besar tu (tak tau apa nama) & buah oren utk stok minggu lepas..

Inilah buah nona kesukaan aku masa kecik2 dulu.. buah ni pun dulu arwah ayah ada tanam juga kat kg.. tapi yg warna hijau tuu.. yg ni warna seakan2 meroon gelap ni dulu2 aku tak pernah nampak lagi.. Rasanya takde beza pun yg kulit hijau atau meroon gelap ni.. dua2 pun manis & sedapp Ada orang tak reti makan sebab buah ni byk biji..


Minggu lepas hubby ada beli ubi kayu 2 ketul dari pasar mlm.. Ingatkan dia nak suruh wat cekodok or rebus/goreng.. tp rupanya dia nak suruh buat gulaii.. Petang blk kerja baru je sisip lengan baju nak masak utk mkn mlm.. pastu dpt SMS dari hubby pesan suruh wat gulai lemak ubi tuu.. Aku dulu2 memang tak pernah makan ubi kayu dibuat gulai macam ni.. tapi sejak kawin ngan hubby baru tau yg ubi kayu boleh digulai. Selain digulai lemak macam ni.. boleh juga dibuat masak asam & gulai asrong. Rasanya kalau buat gulai lemak campur ngan benda2 lain spt daging, ikan masin, udang dll pun sedap juga kot.. tp kali ni hubby suruh gulai ubi kayu aje.. tak bagi campur2.. agaknya rindu sgt ngan gulai ubi kayu mak dia kottt... inilah rupa gulai ubi kayu tuu.. Makan ratah mcm tu pun sedapp.. umpama makan ubi kayu rebus yg dicicah ngan gulai lemak !!


Quote:
GULAI LEMAK UBI KAYU
Bahan2
1 ketul ubi kayu ~ buang kulit, potong kecil2 & bersihkan
Santan secukupnya dari sebiji kelapa (kena lebihkan santan kerana ubi kayu jenis menyerap cecair. Jika tak cukup santan kuah akan jadi terlalu pekat)
4 ulas bwg merah ]
1 ulas bwg putih ]
1 gengam ikan bilis ~dikopek ] Bahan2 ni dikisar halus
cili padi secukupnya (ikut pedas yg anda mau) ]
1 inci kunyit hidup ]
2 batang serai ~ diketuk
garam secukup rasa

Cara memasak
1. Campurkan santan, ubi kayu, bahan2 kisar, serai & garam secukup rasa. Masak hingga ubi kayu empuk. Sedia utk dihidangkan.


Ini lauk2 yg dimakan bersama gulai ubi kayu tu... sempoi ajer...


Ini pula garlic bread snack yg kucilok idea dari FP Jasmeen.. aku ni kalau bab2 kerja mudah ni memang suka nak try.. heheheeh.. TQ Jasmeen.. anak2 aku suka snack ni.. lain kali boleh wat lagi.. yg penting mudah, cepat & sedap



Quote:
GARLIC BREAD SNACK
Bahan2
Roti (ku guna roti gardenia)
3 sudu besar mentega (atau secukupnya) ~ dilembutkan suhu biasa
6 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
garam & lada sulah secukupnya

Cara menyediakan
1. Gelek roti hingga nipis & potong 4 setiap keping.
2. Campurkan mentega, bawang putih tumbuk, garam & lada sulah hingga rata.
3. Sapukan mentega tadi di atas setiap keping roti.
4. Susun di atas tray pembakar & bakar hingga roti kelihatan kuning keemasan/sehingga garing.
5. Sedia utk dinikmati utk minum petang or sarapan pagi.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net