Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 4-Nov-2008 02:14 Email | Share | Bookmark
Masak2 Sabtu & Ahad Lepass.. :-)

 
 
 
 
 
Salam buat semua yg mengikuti FP ku ini... harap2 u all semua sihat2 sokmo..

Saja nak share apa yg ku masak cuti Sabtu & Ahad baru ni.. hehe.. tangan ni agak rajin nak amik gambor walaupun hanya masakan harian aje.. takde apa yg special pun.. saja suka2 amik gambor sekadar utk kenangan anak cucu nanti

Sabtu
Brunch hari Sabtu baru ni... nasi goreng simple.. (hubby kerja weekend minggu lepas) cadang2 malas nak masak utk lunch.. makan nasi goreng ni jelahh..


Tup2 kul 11.30 am hubby call dari tempat kerja dia bagitau sepupu dia dari Raub nak datang hari tu.. dorang masa tu dah sampai kat Bentong dah. Cepat2 kuarkan lauk dari petiais utk thaw dulu (lauk2 basah sumer di letak tempat beku). Jadi terpaksalah ku masak juga utk lunch. Kelam kabut juga ler aku masak sorang2. Hubby ambil cuti separuh hari balik kul 12 tengahari. Teringat ada ikan patin yg hubby beli 3 ~ 4 hari lepas.. (aku tak suka ikan patin pasal tu tak masak2 ) aku cadang nak masak gulai tempoyak.. tp bila hubby balik dia suruh buat gulai asrong. Inilah antara yg sempat aku masak utk sepupu hubby yg datang dari kampong baru2 ni. Petang sempat buat swiss roll 2 biji. (Kakak Dini dah lama order.. mintak buat) Yang satu letak krim keju & yang satu letak filling bluberi + kiwi sebab dua2 filling pun dah nak abis.. campur jelah dua2 tuu...


Dorang sampai agak lewat juga sebab tersesat jalan sampai ke Cheras.. maklumlah drivernya baru 1st time datang rumah aku. Hanya sorang dari mereka yg pernah sampai rumah aku itupun dah lama.. tak ingat jalan katanya.. Syam pula dulu dah pernah sampai ke Sunway Lagoon masa family day tempat kerja dia.. jadi kami bagitau.. cari jalan nak ke situ ajer.. senang ler kitorang nak guide dorang nanti.. jumpa Sunway Lagoon.. pasti akan jumpa rumah kami..
Hubby & sepupunya sedang menjamu selera.. Dini pun tak ketinggalan.. (masing2 pandang satu tempat tu dok tengok tv sebenarnya) Haziq dah tertidur masa ni..


Edisi Lepas Geram
Petangnya.. hubby & sepupunya keluar kejap sebab ada hal yg nak diuruskan. Masa aku tunggu dorang balik.. hubby called bagitau kereta kami kat bawah dah kena clamp. Uhh.. sakit hati aku dibuatnya.. apa taknya.. seingat aku.. aku tak buat sebarang kesalahan pun.. apasal lak tayar kereta kena clamp?? Hubby ckp.. kereta yg aku parking petang semalam dah sampai ke depan laluan ke Tower A padahal aku tak parking situ pun.. biasalah dok kat apartmen mcm ni.. parking memang tak cukup. Dah jadi kebiasaan kereta diparking jd double. (Parking belakang kereta org lain) Tapi sapa2 yg nak parking belakang kereta orang tu.. jangan pula tarik handbrake. Yup..! aku yakin aku tak tarik pun handbrake semalam.. so org yg nak keluar boleh tolak kereta aku. Biasalah tu dah kena tolak memanglah kereta aku akan ke depan.. itulah agaknya kereta aku dah masuk ruangan laluan pejalan kaki keluar masuk ke Tower A tu.. tp apa masalah? Bukan kah boleh ditolak semula ke belakang? Guard tu tuduh kata kereta aku ada masuk gear.. kalau masuk gear macamana org boleh tolak sampai ke depan?? Huhh.. mmg bengang giler aku masa tuu.. Lepas hubby called tu jd tak tenteram hati aku. Hubby suruh aku turun tengok kereta tu sebab katanya kalau nak suruh guard tu buka clamp kena bayar RM50 Selesai solat Asar.. aku berdoa bersungguh2 minta tuhan tunjukkan kebenaran yg aku tak buat kesilapan. Bila hubby dah selesai urusan dia called suruh aku turun.. dia tunggu aku kat guard house tu. Sebelum aku turun sempat aku minta tolong Nuar jiran aku mintak backing aku sikit.. hehehe.. sebab petang semalam masa aku blk kerja aku ada bertembung ngan Laily & Nuar yg baru nak keluar.. dorang pun nampak aku parking kat mana.. Mujur ada Nuar.. Hubby mmg dah tunggu kat guard house tuu.. aku & Nuar pun pegi ler kat situ.. Nuar pun sound ler kat guard tuu.. (India) bla bla bla.. aku & hubby pun masuk campur gaklaa wat bising sket kat situu.. dia tgk ramai ckp mcm2 agaknya dia pun takut kot.. masa hubby sorang2 td dia suruh bayar dulu.. (bnyk cantik!!) Bila guard tu buka jer clamp tu.. cepat2 aku test tolak ke belakang.. memang ternyata kereta aku takde masuk gear pun.. elok jer boleh tolak.. saja jer guard tu suka2 hati dia nak clamp tayar kereta aku.. dengan tersengih2 tersipu2 malu guard tu tak jadi ler mintak bayaran.. yelahh.. dah terang lagi bersuluh kereta kami takde tarik handbrake ataupun gear.. memandai jer dorang pegi kunci.. huhh.. (ni edisi melepas geram ler pulokkk ) Lega aku sebab semua dah settle. Alhamdulillah.. Tuhan makbulkan doa aku.. syukur sangat2. Lagipun.. mmg betul aku tak buat salah pun.. T. kasih juga pada Nuar sebab susah2 kena turun sama tolong aku.. sori ye Laily sebab kita pinjam husband awak kejap aritu..

Okeh.. dah abis dah episod melepas geram.. hehehe.. Lepas semua selesai.. kitorang ke Kajang bawak sepupu hubby tu sekali. Kebetulan makcik hubby (mak salah sorang sepupu yg dtg td) pun ada kat Kajang rumah anaknya. Sebenarnya baru ni adik lelaki hubby (Lan) yg dok Kajang tu terjatuh motor.. takdelah teruk sangat.. tersagat jer.. tu yg semua ada kat rumah Ida tu.. dok melawat org sakit.. So malam tu kitorang makan mlm kat rumah Ida jer.. Berborak2 sambil tengok tv tau2 dah dekat kul 12 mlm.. barulah masing2 balik. Sepupu2 hubby plak terus balik malam tu juga..

Ahad
Esoknya.. Ahad.. hubby kerja juga hari tuu.. aku goreng mee jer wat sarapan.. opss.. brunch sebenarnya.. hehehe


Hubby takde rumah mulalah malas nak masak utk lunch. Lagipun mee goreng ada lagi.. petang tu aku buat roti khamak / kayu khamak (gelaran org Trengganu) ataupun sebenarnya dorang nak sebut 'keramat' tp oleh kerana ikut gaya percakapan org sana & ikut loghat t'ganu.. 'keramat' dah jadi 'khamak' Orang utara pula panggil pak tongko (1st time aku tau org utara panggil nama ni). Ni gara2 teringat roti khamak yg moksu bagi aritu.. (masa aku hantar brownies dulu tu.. moksu ada bagi roti khamak.. panas2 lagi sebab baru siap goreng.. sedapp ) Tu yg aku buat tuu.. aku makan cicah ngan nescafe panas2.. kalau ada gulai kari ataupun gulai lemak pun masyukk juga.. cicah ngan kuah gulai Kalau ikut resepi.. dorang makan cicah kuah kacang.. aku tak pernah try lagi..

Roti khamak yg aku buat ni tak selembut yg moksu buat.. kena tanya moksu lepas ni kalau nak buat lagi.. hehehe... resepi ni aku ambil dari FP Soulha.. ada ejas2 sikit.. TQ Sue!

Ini resepinya yg ku ambil dari FP Soulha... lain kali ku masukkan resepi roti/kayu khamak resepi dari moksu ku pulak
Quote:
PAK TONGKO
Sumber : Soulha FP

Bahan2
* 300g tepung gandum
* 3 sudu besar gula pasir
* 2 sudu besar mentega
* 1 biji telur
* 2 sudu teh yis (mauripan)
* 50-75 ml air (MaDiHa tambah air lagi sehingga mendapat doh yg lembut)
* secubit garam

Cara-cara

1. Campur semua bahan (kecuali air) dan gaul/ramas dengan tangan sekejap sehingga menjadi serbuk roti.
2. Masukkan air sikit demi sedikit dan uli hingga licin, perap 30 hingga 45 minit.
3.Canai pak tongko lebih kurang 1cm tebaL dan potong dengan pisau mengikut bentuk kesukaan anda. (Madiha tak canai.. jemput sikit dengan jari & hiris dengan pisau untuk mengambil doh dan bentuk2kan menjadi bentuk memanjang (ditarik2) lalu dimasukkan terus dlm minyak yg panas.
4. Panaskan minyak, dan goreng seperti menggoreng kuih donat.


Malam tu barulah masak utk dinner.. teringat ada buah binjai & jering yg ma kirim dari kampong kat Abang Lee tempohari. Padahal dah dpt dah makan binjai yg aku mengidam dulu.. (ma juga yg kirim beli dari pasar Dungun) tp yg dulu tu binjai masam.. kali ni ma jumpa binjai yg manis plakk.. tu yg dia kirim juga kat aku tuu... mekasih la ma.. sentiasa ingat kat anak dia kat sini.. tp pd aku.. aku lagi suka binjai masam tu.. mkn campur dlm budu punyalah sedapp Binjai manis ni.. biasa2 jelahh.. nak mkn saja rasa mcm tak berapa nak lalu.. last2 aku buat sambal.. barulah masyukk



Yg ni dah jadi sambal.. Buat banyak terus.. Pedas gilozz sambal ni.. takleh mkn banyak2.. bolehlah tahan 3 ~ 4 hari sambal ni..


Quote:
SAMBAL BINJAI MANIS

Bahan2
4 biji cili merah (yg besar2)
20 biji cili padi
1 ulas bawang putih
2 inci belacan
1 biji isi binjai manis
garam secukup rasa
gula jika suka
1 biji limau kasturi (ambil jus)

Cara2
1. Bakar belacan sebentar.
2. Tumbuk bawang putih, cili padi & cili merah hingga agak lumat. Masukkan belacan, garam dan gula lalu tumbuk lagi sebentar hingga belacan bercampur rata.
3. Masukkan isi binjai & tumbuk separa lumat. Perahkan jus limau dan kacau rata. Sedia dihidangkan.


Ini jer dinner kami mlm tuu.. Jemput makan sumerrrr



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net