Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 6-Nov-2008 02:35 Email | Share | Bookmark
Sayur Lemak Labu Manis & Kerabu Ikan; TAG Breast Cancer

 
 
Assalamualaikum...

Ini lauk2 yg ku masak minggu lepas. Tak sempat nak update.. resepi ala kampong yg mudah2 sajorr...



Quote:
SAYUR LEMAK LABU MANIS
Bahan2
1 biji labu manis@ labu kuning (pilih yg tua kulitnya warna coklat muda)
1 biji kelapa ~ ambil santan sederhana pekat
1 biji bawang besar ~ dihiris memanjang kasar2
1 ulas bawang putih ~ hiris
2 biji cili merah ~ belah jgn putus (ku ganti ngan cili padi)
1 sudu besar udang kering ~ rendam & tumbuk halus
1 helai daun kunyit (simpul) / 1 btg serai (diketuk)
garam secukup rasa

Cara2
1. Kopek kulit labu dan potong dadu kasar2.
2. Jerang santan, bersama semua bahan2 hingga mendidih. Pastikan sentiasa dikacau2 supaya santan tak membuak.
3. Biar sehingga isi labu agak empuk (jangan terlalu empuk sampai lunyai pulak) dan rasakan garamnya. Sedia utk dihidangkan.



Kerabu feberet daku...



Quote:
KERABU IKAN
Bahan2
3 ekor ikan kembong rebus (rebus ikan bersama asam keping, garam & sikit air) (jika ikan kecil guna 4 ekor)
7 ~ 8 biji kacang botor / kacang kelisa ~ dihiris
1 biji bawang besar ~ mayang halus
6 biji cili padi ~ hiris halus
1 batang serai ~ hiris halus (takde stok lak kat rumah so ku tak bubuh pun tp sodap jugak )
1 biji limau kasturi ~ ambil jus (ku guna 1 hiris lemon)
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
sikit gula

Cara2
1. Ikan rebus digoreng hingga agak garing. Biarkan sejuk sebentar sebelum diambil isinya sahaja.
2. Tumbuk isi ikan separuh lumat.
3. Campurkan semua bahan2 yg ada diatas dan perasakan dengan jus limau, garam, serbuk perasa & sikit gula mengikut citarasa anda. Sedia utk dihidangkan.


Selamat memasak


Ini pula aku diTAG oleh Nurul. T. kasih Nurul sebab sudi share TAG ni dengan akak.. Sememangnya wanita seharusnya lebih prihatin mengenai breast cancer (barah payudara) pembunuh utama kaum wanita. Breast Cancer harus dicegah dari awal sebelum ianya merebak lebih teruk. Sudah ramai wanita yg menjadi korban kerana breast cancer akibat kealpaan diri sendiri. Dari itu.. marilah kita (kaum wanita terutamanya ~ kaum lelaki pun ada juga yg kena breast cancer tauu.. cuma bilangannya tak ramai) sama2 membuat pemeriksaan awal utk kebaikan bersama.. pemeriksaan boleh dibuat sendiri di rumah (dengan cara yg betul) atau di klinik / hospital melalui doktor yang bertauliah

SESSI TAG
Breast Cancer ~ Cegah Sebelum Parah


Kanser Payudara...merbahaya utk wanita..ramai yg tdk mengambil berat tentang benda nie....
Dan ramai juga antara kita yang malu utk mmbuat pemeriksaan..
Untuk tau lebih lanjut..klik di sini.. BREAST CANCER

MaDiHa harap SEMUA rakan2 yang berkunjung ke FP MaDiHa ini dapat memanjangkan TAG Breast Cancer ini di FP masing2.. sama2lah kita perangi breast cancer pembunuh utama kaum wanita!!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net