Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 10-Nov-2008 05:22 Email | Share | Bookmark
Kaswi Pandan

 
Dah lama teringin nak buat kaswi pandan ni.. biasanya dok buat kaswi biasa aje yg warna coklat tuu... selalunya buat kuih kaswi tak pernah ikut resepi.. pakai hentam ajer.. tuang tepung pun main cebur jer dlm besen tuu.. sukatan pun main agak2 jer ikut pekat cair adunan. Kebetulan baru2 ni boss aku bawak ke ofis satu perdu daun pandan yg sungguh subur & daun pandan tu dia bagi kat aku.. sebab dia tau aku rajin buat kuih (katanya kat rumah dia byk sgt daun pandan.. dah naik semak pulak.. ) Bila daun pandan dah ada.. mlm tu aku pun godek2 ler buat kuih kaswi ni.. dapat ler 1 loyang.. bagi kat Laily sikit.. bekalkan Dini ke sekolah & tinggalkan 4 ketul utk hubby buat sarapan. Selebihnya ku bawa ke ofis bagi boss rasa.. tak sangka pulak boss aku suka kuih sempoi tuu.... aku mkn 2 keping jekk... melepaskan kempunan.. hehe.. Aku cakap kat dia sy buat kuih kurang manis tuu... dia cakap ok.. dah ok dah manis macam ni (org Cina memang kurang suka manis2 sangat ) Oleh kerana nak masukkan resepi dalam FP ni.. jadi kenalah aku sukat2 juga utk panduan adik2 yg tak pernah buat kuih kaswi ni. Kalu ma tengok ni... mesti dia kata.. kuih kaswi ni pejam mata pun boleh buat.. maknanya tu.. inilah kuih yg paling senang nak dibuat... sesuai sgtlah utk org yg malas mcm aku ni...


Quote:
KASWI PANDAN
Bahan2
3 cawan tepung gandum
½ cawan tepung ubi
2 sudu besar tepung jagung
1 ½ cawan gula pasir (Madiha guna 1 cawan jer)
1 sudu kecil air kapur (kapur sirih/kapur makan)
800 ~ 850 ml air
8 ~ 10 helai daun pandan ~ dihiris kasar

Bahan Sampingan
Kelapa parut yg agak muda (parut putih)
sedikit garam halus

Cara Menyediakan
1. Kisar daun pandan dengan 300 ml air lalu ditapis dan ambil jusnya sahaja.
2. Gula dikacau dalam air lebihan tadi sehingga gula larut.
3. Masukkan semua bahan dalam satu besen lalu dikacau rata.
4. Untuk memudahkan adunan rata.. masukkan adunan ke dalam jug blender (buat dlm 3 kali bergantung berapa besar jug blender anda) lalu kisar adunan sehingga rata.
5. Tuang adunan ke dalam loyang lalu dikukus selama lebih kurang 30 minit atau sehingga kuih masak.
6. Sejukkan kuih sebelum dipotong dan digaul bersama kelapa parut yg digaul sedikit garam.
7. Sedia utk dihidangkan


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Award ni MaDiHa terima dari Shima & Haniss. T.kasih banyak2 yer kawan2 sebab sudi kongsi award ni denganku Nak kata rajin sangat memasak tu takdelah jugakk.. memasak tu kerana kewajipan ajer... hehe.. Oklah.. aku nak share ngan kawan2 yg lain pula ya especially yg rajin memasak & yang rajin update ke FP laa (Ramai yg rajin masak... tp tak ramai yg rajin nak update/ share ke FP atau blog )Yang tak tersenarai namanya kat sini minta maaf yer.. kalau ikutkan hati nak bagi kat semua.. tapi dah panjang dah list ni..

Ok.. teman2 yg bertuah utk terima award ini adalah.. jeng jeng jengggg...
1. MamaFami
2. Hanieliza
3. Hajar
4. Kak Jie
5. Zaiy
6. Zana Raman (Ana Penang)
7. Jasmeen
8. Mamasya
9. Kak Amal
10. Jun Yummilicious


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net