Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 12-Nov-2008 02:31 Email | Share | Bookmark
Paung Ubi Goreng

 
Salam semua...

Hari ni nak perkenalkan salah satu kuih tradisi negeri Trengganu Darul Iman Kat sana kalau sebut jer paung goreng ni.. semua pun kenal. Tapi kalau kat negeri lain.. sebut kuih ni mesti ada yg terpinga2 tak tau macamana rupa kuih tu kan Kalau tak silap aku.. paung goreng ni ada 2 versi. Satu diperbuat dari ubi kayu yang diparut dan yg satu lagi diperbuat dari tepung pulut. Kat Lembah Klang ni memang payah nak jumpa org jual kuih ni.. tp kalau kat T'ganu mmg adalah..

Buat paung ubi goreng ni dah lama dah sebenarnya.. ingat tak masa ku masukkan resepi gulai ubi kayu tu? Kan hubby beli 2 ketul ubi kayu yg agak besar... seketul dah digulai & seketul tu ku buat ler paung ubi goreng ni sebab dah rindu sangat nak makan... kalau tak buat sendiri jawabnya tak merasa lerrr... Itupun.. cuti hari Sabtu baru aku sempat buat.. hehehe.. Sebenarnya aku dah beberapa kali juga cuba buat kuih ni.. tp selalu jer tak puas hati sebab kulitnya tu kdg2 jadi keras.. Sebelum ku buat baru2 ni.. ada ler tanya ngan moksu (mak saudara) kat Dungun tu sebab dia memang pakar buat kuih ni.. Dari cara2 yg moksu ajar.. sama jer mcm aku buat sebelum ni.. tp cemana aku buat jd keras eikk... Finally aku pun cuba2 ler buat juga.. main sesedap rasa jer buat ikut cara sendiri.. tawakkal jerlahh.. bab inti tu no problem sebab intinya sama jer ngan inti pulut lepa Trengganu (ada resepi kat link). Ok.. jom tengok cemana cara buat kuih ni.. anak2 Trengganu yg merantau tu pasti ada yg rindu ngan kuih ni kan



Quote:
PAUNG UBI GORENG
Bahan2 Untuk Kulit Paung
1 ketul ubi kayu yg besar ~ diparut dpt anggaran 3 cawan (buang urat tengahnya dulu b4 parut)
1 cawan kelapa parut putih yg muda
4 sudu besar tepung pulut
¼ sudu kecil garam
Minyak untuk menggoreng

Cara Menyediakan
1. Toskan ubi yang diparut dalam penapis kelapa. Biarkan airnya menitik sendiri. Biar seketika sementara itu sediakan intinya. (resepi inti dibawah)
2. Bila air berhenti menitik masukkan ubi parut ke dalam besen bersih dan campurkan dengan kelapa parut, garam dan juga tepung pulut. Gaul rata semua bahan hingga menjadi doh yg lembut.
3. Ambil sedikit doh lalu dileperkan di atas tapak tangan dan isikan 2 sudu kecil inti ikan kemudian ditutup kemas. Buat berhati2 yer sebab doh agak lembut. Jangan buat bebola terlalu besar. Buat kecil2 agak2 sebesar buah limau nipis saiz kecil tu jer bebola yg dah siap digentel tu.
4. Bila semua doh siap diisikan inti.. bolehlah digoreng sehingga kekuningan. Sedap dimakan panas2 utk sarapan atau minum teh.

Bahan2 Inti Ikan
5 ekor ikan kembung ~ rebus bersama garam, 3 keping asam gelugur & sikit air.
4 ulas bawang merah ~ dihiris
½ inci halia ~ dihiris nipis & lalu hiris memanjang
½ sudu kecil halba
1 cawan santan pekat
Garam & serbuk perasa secukup rasa
1 sudu besar gula

Cara Menyediakan Inti
1. Asingkan isi ikan lalu ditumbuk lumat.
2. Masukkan isi ikan, bawang merah, halia, halba, santan, garam & gula dalam kuali lalu dimasak dengan api perlahan sehingga inti menjadi kering. Rasakan garamnya secukup rasa.
3. Sejukkan seketika dan sedia digunakan.






Quote:
Jawapan pertanyaan Rizuana : Akak pun tak pernah try lagi paung tepong pulut tu.. akak rasa mungkin sama je kot kulitnya dengan kuih bom tu.. intinya tetap sama.. guna inti ikan


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net