Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 13-Nov-2008 03:03 Email | Share | Bookmark
Pasta Rotini Goreng Simple

 
Assalamualaikum..

Hari ni lari sket menu sarapan kita yer... hari2 asyik mkn kuih-muih jer pun jemu jugakkan.. nak juga mkn yg agak 'heavy' Sarapan kami kali ni.. western ala2 melayu gitu.. hantam sajalah.. Pasta ni dah lama terperuk dlm almari ku.. baru ni ler tergerak hati nak dimasak.. bukan apa tu tauu... takut expired... bukan sebab rajinn..

Pasta ni ada bermacam jenis namanya.. kadang tu tengok macam serupa.. tapi rupa2nya lain namanya.. Pasta yg ku gunakan kali ni ialah 'Rotini' jenama San Remo. Ditulis kat situ ialah Vegeroni Spirals. Pasta ni ada kandungan sayuran dalamnya.. sesuai utk anak2 yg sedang membesar yg mana anak2 tak suka mkn sayur tu.. elok sgtlah gorengkan pasta ni utk diaorang secara tak langsung dpt juga vitamin dari kandungan sayuran dlm pasta tu..

Sumber : Cook's Thesaurus : Pasta Shapes

rotini = rotelle = spirals = twists Notes: These pasta shapes look like short springs made from spaghetti. They're good with chunky sauces, or in pasta salads. Substitutes: fusilli OR ruote OR gemelli OR torchio OR penne

Sekali tengok pasta Rotini tu serupa mcm Fusilli kan tapi lain sebenarnya.. cuba tengok beza rupa bentuknya...

Pasta Fusilli spiralsnya tu agak rapat gitu...

Oklah jom tengok hasilnya yg ku masak baru2 ni... Aku masak guna whatever yg ada dlm petiais aku ajer... sebab tak rancang pun nak goreng pasta ni.. hentam sajalah labu.. kalau nak masak.. boleh campur whatever yg anda suka.. Ini resepi sempoi ajer yer.. jangan ada yg bagi komen yg tak sepatutnya yer sebab share resepi mudah mcm ni (mcm MamaFami kena aritu )


Quote:
PASTA ROTINI GORENG SIMPLE
Bahan2
200gm pasta Rotini (jenama San Remo ~ Vegeroni Spirals) = nak guna pasta lain pun bulehh..
10 batang crab stick ~ potong 3
5 batang sosej (ku guna sosej daging Ramlee) ~ potong 5 serong2
1 ketul brokoli sederhana besar ~ potong
ΒΌ biji kubis ~ dihiris kecil
1 biji tomato ~ belah 6
4 sudu besar cili kering kisar
4 sudu besar bawang besar kisar
3 ulas bawang putih ~ diketuk
4 ~ 5 sudu besar sos tiram
3 ~ 4 sudu besar cili sos
3 ~ 4 sudu besar tomato sos
garam & serbuk perasa (jika perlu ~ rasa dulu b4 masuk garam sbb sos2 digunakan dah masin)
minyak utk menumis

Cara Menyediakan
1. Rebus pasta dlm air & sedikit minyak masak hingga lembut. Angkat & toskan.
2. Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih ketuk. Biar hingga wangi. Masukkan cili kisar & bawang kisar & tumis hingga masak.
3. Masukkan crab stick, sosej dan segala sos. Gaul rata. Campur sedikit air jika terlalu kering. Biarkan sosej & crab stick masak.
4. Masukkan sayuran & kacau rata & last sekali masukkan pasta & juga buah tomato. Kacau mesra & rasakan apa yg kurang. Jika perlu tambahkan garam & serbuk perasa.
5. Sedia untuk dihidangkan.




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net