Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 17-Nov-2008 04:11 Email | Share | Bookmark
Udang Goreng 2 Rasa & Tepong Boko Ubi Kayu

 
 
Salam...

Ini saja jer wat cuci mata.. nasi goreng sempoi sarapan pagi Sabtu baru ni.. kakak Dini mintak nasi goreng pedas.. terpaksa ler ibu masak 2 jenis sebab adik Haziq tak tahan mkn pedas2..


Hubby balik dari kerja malam sampai rumah kul 8.30 pagi ada bwk blk nasi lemak yg dibeli dari S.Alam.. (sambal nasi lemak dia mmg best!!) lorr.. dah byk lak makanan pagi tu.. dia ingat aku lom masak sarapan lagi.. jadi t'hari tu takde ler ku masak apa2.. dok perabis makanan yg ada jer lerr tambah2 plak aku skrg ni mcm malas semacam jer nak memasak..

Lauk ni masak dah lama dahh.. hari ni baru nak load gambarnya.. tak tau nak letak nama apa.. hentam jerlaa.. selalu dgn masak 3 rasa.. kali ni kita letak nama 2 rasa lak sebab guna 2 jenis sos



Quote:
UDANG GORENG 2 RASA
Bahan2
400 gram udang sederhana besar ~ buang kepala dan bersihkan
2 peket kecil cendawan tiram ~ belah 2 dan basuh (perah sikit air jika terlalu byk air menyerap pd cendawan ketika membasuh)
20 ~ 25 biji snow peas (kacang peas leper) ~ buangkan kepala & ekornya & basuh.
4 sudu besar bawang besar + bawang putih kisar (bwg dah siap kisar)
4 sudu besar cili kering kisar
4 - 5 sudu besar sos tiram
3 - 4 sudu besar sos hoisin
Garam (jika perlu)
Minyak utk menumis

Cara Menyediakan
1. Panaskan minyak lalu tumiskan bawang & cili kisar sehingga wangi.
2. Masukkan sos tiram & sos hoisin. Masukkan sedikit air jika terlalu kering.
3. Masukkan udang, cendawan & snow peas dan kacau rata. Masak seketika sehingga udang masak. Rasakan garamnya.. jika perlu tambahkan garam.
4. Sedia utk dihidangkan.



Ini pula kuih tradisi dari Kelantan.. resepi dikongsi oleh Kak Jie baru2 ni.. kebetulan hubby dok beli ubi kayu lagi.. sebenarnya dia suruh rebus jer.. tp oleh sebab aku terliur tengok kuih yg Kak Jie tayang kat FP dia.. jadi aku buatlah kuih ni.. jangan maree.. kuih dari ubi kayu lagii...

Nama kuih ni mungkin agak pelik dikalangan anda semua.. yup.. boko tu yg korang tak pernah dengar kan Actually boko tu bermakna talam ataupun loyang yg digunakan utk masak kuih tu ler... kalau kat Kelantan atau Trengganu sebut boko pasti tau.. mungkin kalau ubah ke nama komersial.. jadilah tepong talam ubi kayu tapi resepi ni versi dari Kelantan ada kelainannya dengan tepong talam yg biasa org dok buat tu.. jom tengok apa bezanya

Bezanya ialah.. tepong boko ni adunan ubinya dimasak lembut2 gitu.. & dimakan dengan sos santan yg pekat begini dengan cara scopping.. so yummy.. sedap dimakan panas2 mahupun setelah disejukkan dlm peti ais.. mmg sedap gilozzz


Quote:
TEPONG BOKO UBI KAYU
Sumber : Kak Jie Jie
Bahan2
1 ketul ubi kayu yg besar ~ (dapat anggaran 3 cawan ubi parut)
1 ½ cawan gula pasir (MaDiHa guna 1 cawan saja sbb nak kurangkan manis)
10 helai daun pandan ~ kisar dengan 2 cawan air dan ambil patinya.
sedikit pewarna hijau jika perlu
secubit garam

Cara Menyediakan
1. Ubi dikopek kulitnya (jangan dipotong) dan dibasuh bersih. Belah 2 untuk membuang urat tengahnya. Parut ubi sehingga habis. (MaDiHa dapat anggaran 3 cawan ubi parut). (Boleh juga dikisar menggunakan blender tp pastikan juga uratnya dibuang terlebih dulu.)
2. Perahkan/ toskan air dari ubi parut tadi. Tak perlu terlalu kering. Perah sikit jer tapi kalau kisar campur air pastikan perah guna kain maslin sebab ubi terlalu halus.
3. Panaskan periuk kukus.
4. Campurkan parutan ubi, gula pasir, air daun pandan, garam & sedikit pewarna hijau sehingga rata.
5. Masukkan adunan ubi di dalam loyang dan kukus selama 30 minit.
6. Hidangkan bersama kuah / sos santan dengan cara scopping.

Sos Santan
Bahan2
1 kotak santan (200 ml) (nak lebih lemak boleh lebihkan santan lagi.. kurangkan sukatan air)
500 ml air
4 ~ 5 sudu besar tepong beras
2 sudu kecil rata garam (rasa dulu b4 tambah garam)
sehelai daun pandan ~ disimpul

Cara menyediakan
1. Bancuh tepong beras dengan sedikit air sehingga rata (ambil air dari 500 ml tadi). Tapiskan.
2. Campurkan santan, air & air bancuhan tepong beras, garam dan daun pandan dalam periuk.
3. Masak di api sederhana sehingga kuah menjadi pekat & masak.
4. Sedia untuk dihidangkan bersama kuih ubi yang dikukus tadi.




Thanks Kak Jie utk resepi tu yer.. memang tak rugi mencuba.. Untuk resepi asal dari Kak Jie.. sila klik Di Sini

Ini award dari Aishah@UmmiAqil.. mekasih yer Aishah sudi share award ni.....




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net