Want your
own Fotopage?






















































 
Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 19-Nov-2008 02:56 Email | Share | Bookmark
Loh Mai Chi a.k.a Snow Ball

 
Salamm..

Sekarang dah masuk cuti sekolah.. rasa lega sikit ngan jadual harian. Pagi2 takdelah kelam kabut sangat nak bersiap & hantar anak sekolah.. & yg paling best.. petang balik kerja lepas ambil Haziq kat nurseri boleh terus balik rumah... (takdelah nak kena tunggu Dini balik sekolah petang tu) jadi.. sampai rumah pun awal dari biasa. Minggu ni.. hubby kerja shift malam.. jadi pagi2 Dini ku tinggalkan kat rumah aje.. dlm pukul 8.30 am ayah dia dah sampai rumah. Tapi semalam dia merungut boring kat rumah.. tau jelahh.. ayah dia walaupun ada kat rumah.. siap mkn & baca surat khabar terus berdengkur utk cover tidur yg tak cukup.. Dini ler sorang2 melangut mati kutu.. dok tengok tv ajelah.. & bila boring sangat kadang tu dia pun sama tidur.. kesian juga.. tp apa nak buat.. ayah dia kata.. nak hantar ke kg.. tapi belum tau bila mungkin hujung minggu ni kalau jadi sebab ayah dia pun cuti dan dah abis kerja shift malam minggu ni. Kalau tak jadi blk lagi minggu ni.. bila ayah dia kerja shift siang nanti.. terpaksalah kot tumpangkan Dini kat rumah tokcu dia (Sujah) .

Balik dari kerja.. sampai rumah awal.. memasak pun takdelah kelam kabut sangat. Kalau tak sebelum ni.. bila time hubby kerja shift mlm aku masak mana yg sempat jelah utk hubby makan sebelum dia pegi kerja malam..

Ini yg sempat ku masak utk dinner petang semalam..



Quote:
PERIA GORENG TAUCHU & TELUR
Bahan2
2 biji peria katak (anggaran yg besar sejengkal tu) ~ dipotong2 ikut suka
4 ~ 5 sudu besar cili kering + bawang besar + bawang putih kisar
1 sudu besar tauchu
1 cawan air
2 biji telur
minyak masak
garam & serbuk perasa secukupnya

Cara Menyediakan
1. Panaskan minyak dan tumis cili kisar hingga wangi. Masukkan tauchu & 1 cawan air.
2. Masukkan peria, serbuk perasa & garam secukup rasa.
3. Bila peria sudah lembut dan air dan agak kering pecahkan telur. Biar seketika sebelum dikacau hingga telur masak. Sedia utk dihidangkan.

Hari ni Dini minta sungguh2 suruh hantar ke rumah Liza tempat dia transit time sekolah tu sebab katanya.. ada juga kawan2 sekolah dia yg duduk kat rumah Liza tu time cuti sekolah ni.. ada ler kawan dia kat sana.. tapi aku kata cuma hari ni jer.. sebab takmau ler dikatakan ambil kesempatan sebab duit yg aku bayar pd Liza tu hanya utk transit (makan + upah Liza hantar Dini gi sekolah jer). Walaupun bulan ni hanya 2 minggu jer sekolah & bayaran transit memang ku tahu kena bayar penuh (tambang bas sekolah pun org lain bayar penuh juga) tapi takkan itu nak ku jadikan alasan utk tumpangkan Dini time cuti sekolah ni.. unless kalau aku bayar extra itu mungkin takperlah kot... Tapi aku rasa.. utk satu hari ni.. oklah kot..

Pagi tadi ku goreng meehun kunyit ni jer utk sarapan.. Dini makan sikit kat rumah.. pastu ku bekalkan utk dia kat rumah Liza nanti & juga utk aku sendiri pun tapau jugakk.. (pagi2 tak lalu nak mkn..) pastu tinggalkan sepinggan utk hubby. Haziq pulak.. sebelum sampai ke nurseri.. ku berhenti kat tepi padang / taman mainan berhampiran nurseri tu utk suap meehun tu kat dia.. pastu baru hantar ke nurseri..


Oh ya.. malam tadi.. sempat juga aku buat eksperimen resepi baru Ni semua gara2 ternampak satu kuih kat FP Kak Roylazim baru2 ni. Kuih tu kuih dari masyarakat Cina.. dari namanya pun dah tau.. Nama kuih tu Muah Chee. Bila tengok bahan2 kuih tu.. aku teringat pula kat satu kuih yg selalu aku tengok colleague aku bawak kat opis ni sebab kuih tu juga diperbuat dari tepong pulut & kacang tanah. Kuih tu dia beli dari gerai kuih Cina. Teringin sangat nak rasa.. tapi takdelah aku rasa.. Oleh sebab sangat teruja utk tau macamana rasanya. Aku pun dok tercari2 resepi kuih tu dari internet. Tapi malangnya aku tak tau nama kuih tu.. Akhirnya baru ni aku jumpa juga resepi yg ku cari tu di My Resepi. Resepinya di kongsi oleh Che'Iza & nama kuih tu ialah Loh Mai Chi ataupun Snow Ball. Terima kasih pada Che'Iza sudi kongsi resepi ni yer.. tapi aku minta maaf sebab aku dah alter sikit2 resepi asal ikut selera aku Aku buat sikit jer untuk try jer.. tapi Dini suka.. sedap katanya.. Aku pun suka gakk.. sebab ada kacang tuu.. mmg best.. Haziq jer kureng.. & hubby lom rasa lagi pasal mlm tadi dia keje


Quote:
LOH MAI CHI a.k.a SNOW BALL
Bahan2 Kulit
1 cawan tepung pulut
½ cawan tepung beras (resepi asal 1 cawan)
½ sudu teh garam halus
½ cawan air biasa (tak sukat sebenarnya.. tuang agak2 ikut lembut doh yg dikehendaki)

Bahan2 Inti
½ cawan kacang tanah ~ goreng tanpa minyak/bakar hingga masak (buang kulit & kisar separuh halus)
3 ~ 4 sudu besar gula pasir ~ kisar halus (ikut manis yg anda suka)

Bahan Lain
½ cawan tepung beras ~ disangai/goreng tanpa minyak sebentar

Cara Menyediakan
1. Goreng ½ cawan tepung beras tadi (jangan sampai jadi kuning pula).
2. Untuk doh, campur tepung pulut, tepung beras & garam. Tuangkan air sikit demi sikit sambil diuli rata. JANGAN tuang air sekaligus takut terlembik pula. Dapatkan doh yg lembut spt doh membuat onde2. (Jika terlembik boleh tambah sedikit tepung pulut)
3. Jerang air dalam periuk.
4. Campurkan kacang tanah & gula halus & gaul rata.
5. Ambil sejemput doh (agak2 mcm nak buat onde2). Leperkan dan isikan 1 sudu kecil inti kacang tanah tadi lalu ditutup kemas. (Agak MENCABAR utk isi inti ni sebab kuih mudah berkecai kerana intinya berdebu gitu).
6. Rebus kuih dalam air yg mendidih sehingga timbul. Angkat kuih & golekkan di dalam tepung beras yg digoreng tadi. Sedia utk dimakan.

TIPS MENGISI INTI KUIH: Pastikan semasa meleperkan doh jangan terlalu nipis. Leperkan doh buat seperti mangkuk. Jangan leperkan macam lempeng tu.. Masukkan inti dan tutup inti mulakan dari tepi sebelah kanan tekan doh seperti anda tekan kulit karipap (masa nak klim karipap tu). Tekan dari tepi dan seterusnya sampai tepi sebelah lagi.. kuih akan jadi bentuk lonjong.. lepas tu terus kepal2 kuih & jadikan bulat. JANGAN tutup inti cara punjut gitu sebab cara tersebut akan membuatkan ada udara terperangkap dlm kuih dan akan menyebabkan kuih anda pecah. JANGAN digentel guna tapak tangan alamat kuih anda akan berkecai sebab intinya yg relai & sensitif itu.. Itu saja tips cara mudah utk isi inti dlm kuih ni..




SELAMAT MENCUBA

BIHUN PUN SODAP GAK ...HARINIE MMG NAK BUAT BIBUN PUN.. Wed 19-Nov-2008 03:02
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
Loh mai chi ni ala2 macam kuih tepung gomak tu kut no...(iyer kut kuih tepung gomak, kalau tersilap tolong betulkan ya) bahan dia tepung pulut juga inti kelapa dan kat luar tu salut dengan kacang hijau yang dah dijadikan serbuk/tepung.......jumpa kat pasar malam mesti kita nak beli kuih ni....
Wed 19-Nov-2008 04:47
Posted by:Haniss  - [Link]
bertuah akak ni..selera ngandung mcm2.. i gak time ngandung...1 hingga 6 bulan x lalu makan.. 7 bulan baru ceria skit..
nasib masing2 kan..
re: nanti i email address yer..
Wed 19-Nov-2008 04:48
Posted by:bungamekar  - [Link]
laponye nengok menu akak nih...dah ler sejuk2 kat sini nih...perut nak kene isi je... Wed 19-Nov-2008 05:23
Posted by:aishah@ummiaqil  - [Link]
sedap ke kuih ni..kalo aku buat agak2 ada tak org lam rumah ni nak mkn.....jawapannye...hampehhh.... Wed 19-Nov-2008 05:25
Posted by:anir  - [Link]
kak..
bagi ler resepi buat bihun tu...
macam sedap jer...
biasa ct buat pakai kicap atau cili merah..
nak merasa kelainan
Wed 19-Nov-2008 05:27
Posted by:Siti Faridah  - [Link]
ko mmg rajin la madiha....kalo tgk resipi kuih2 ko ni, mmg unik....
aku x penah makan kuih ni, tp penah tgk kat stall yg jual kuih2 nyonya tu...kuih2 cina ni aku suker...sbb dia free oil...aku rasa mcm nak try..tp kalo aku buat aku plan nak tuko inti pd lotus paste...sbb maleh nak wat inti kacang...guna lotus paste lg betul2 cinnerrrr...
Wed 19-Nov-2008 07:46
Posted by:jasmeen  - [Link]
Salam. MaDiHa. Eee lama sungguh saya tak jale sini. Bukan apa...hati dok serabut mikir UPSR anak. Dan skarang dah lega. Trima kasih kerana tak serik-serik mengunjungi FP saya tu. Lama gak saya tak hapdet...tu. Bila jale sini lapar perut plak dah nengok masakan MaDiHa...sedap-sedap. Tak penah rasa Loh Mai Chi tu..camana ye? Wed 19-Nov-2008 07:48
Posted by:Shapurah  - [Link]
Cari & cuba buat kueh2 Cina lepas tu boleh komersial - Kueh Cina melayu. Tak jamin pun halal Wed 19-Nov-2008 08:23
Posted by:Pemancing Ikan  - [Link]
mak aiii...terliurnye tgk menu2 kat atas ni....
paling menggoda kalbu lemak cili padi ikan merah tu.....
mesti sedap kan.....
Wed 19-Nov-2008 09:05
Posted by:fiza  - [Link]
mak aiii...terliurnye tgk menu2 kat atas ni....
paling menggoda kalbu lemak cili padi ikan merah tu.....
mesti sedap kan.....
Wed 19-Nov-2008 09:06
Posted by:fiza  - [Link]
laju betul akak update skrg ni yer, penat2 keje ngan diri yg berbadan dua pun akak rajin lagi menerai macam2 kuih2.
agaknya ni penangan yg dalam perut tu kot kak
susah gak nak boh inti snow ball tu yer, siap ada tips2 lagi, kalau main belasah je sure terbarai seme
sempat lagi akak stop kat tepi padang suapkan haziq makan..mesti tambah berseleralah haziq makan sambil dapat bermain kat playground8-)
Wed 19-Nov-2008 10:24
Posted by:zaiy  - [Link]
wahhh kuih ni nampak sedap!!
nak..nak..mesti kenyal2 kan rasa dia..
kalau tgk nyonya yg jual mesti x konfiden nk beli...
Wed 19-Nov-2008 10:27
Posted by:shima  - [Link]
kak madiha ni rajin la...then masakan smua yg pelik2 tapi benar... Wed 19-Nov-2008 11:24
Posted by:imah riezma_4eva@yahoo.com  - [Link]
papepun..
masakan kampung still the best..
ikan masin dgn puck ubi masak lemak n sambal belacan..

Wed 19-Nov-2008 14:46
Posted by:K a K i F o T o  - [Link]
dah Muhibbah dah ni,,,org Melayu buat kuih Cina,,,,
nanti buat kuih bulan edisi Melayu lak noo,,,, ,,,,

# Tanjung Bungah ni kampung nelayan pinggir pantai saja rasanya,,,sebab dari pemerhatian saya,,,bot2nya kecik2 saja,,,perkampungan Nelayan yang besaq area Teluk Bahang,,,,situ botnya besaq2,,,untuk laut dalam,,,
# kalau kat Ganu ada Masjid Terapung,,,,Penang pun ada jugak,,,,,kalau mai Penang,,,jgn lupa singgah nooo,,,
Wed 19-Nov-2008 15:01
Posted by:Mohd Azhari Azizan  - [Link]
salam...bestnya kuih snow ball tu
re: tak gi bercuti pun tapi taufan 'm' datang... tu yg tak berupdate fp tuh
Wed 19-Nov-2008 17:06
Posted by:Hajar  - [Link]
# keluar dari hutan batu minta transfer mai utara Wed 19-Nov-2008 22:59
Posted by:Pemancing Ikan  - [Link]
salam kak madi....wah...peria goreng tu kalo makan dgn nasi panas best sehhh... ...
snow ball tu mcm best...ayi nak cuba la kak madi....
Wed 19-Nov-2008 23:43
Posted by:Ayi herymarlinda@yahoo.com  - [Link]
menariknya nmpak snow ball tu....
kuih cina rupanya ye....
Thu 20-Nov-2008 01:45
Posted by:nurul  - [Link]
Macam2 la menu akak nie..rajin sungguh la... Thu 20-Nov-2008 07:24
Posted by:wAtie  - [Link]
kat sini kita orang cina panggil mochi, tapi adonan nya kena masak atas api dulu baru letak inti. Tak payah rebus macam kuih koci. Mummy suka yang inti kelapa. Thu 20-Nov-2008 08:13
Posted by:mummy jam  - [Link]
Akak dah pernah makan snow ball tu...kat sini di panggil Mochi...memang sedap!!!!! Fri 21-Nov-2008 04:02
Posted by:roylazim  - [Link]
terliur tgk ni.. Fri 21-Nov-2008 09:11
Posted by:kay  - [Link]
muar chee ni mmg sedap kak. dulu saya selalu beli kt psr mlm. tp x pulak bulat² ni. depa potong camtu² ja. akak ni rajen betoi menguli Mon 24-Nov-2008 11:54
Posted by:norsham ~ mommy sofie  - [Link]
Hi, madiha cuti sekolah lah membuatkan diri ini terasa relaxnya boleh g kerja santai-santai, bangun pagi bole lewat sikit .... kalau kak mis lepas subuh siap boel tidur lagi.... Tue 25-Nov-2008 08:35
Posted by:misliha misscreativecakes@yahoo.com  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.