Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 20-Nov-2008 03:36 Email | Share | Bookmark
Kari Pari Daun Kesum & Kuih Lapis

 
Salamm...

Agak rajin nak update.. jangan jelak plak.. hehe..
Ini dinner kami mlm tadi. Ini jer yg sempat ku masak. Balik dari opis.. singgah kedai beli daun kesum & tomato.. pastu jemput Haziq kat nurseri then bergegas pula ambil Dini kat rumah Liza. Kalau dah lalu Federal Highway tu.. faham2 sajalahh.. jalan jem ler juga walaupun cuti sekolah... makanya sampai rumah pun lewat sikit ler.. Kalau tak kerana Dini duduk rumah Liza semalam.. aku terus jer balik lalu ikut jalan Klang Lama (lalu shortcut lari tol).... dekat sikit & jem pun takde.

Sampai rumah 6.45.. masa dah suntuk.. ini ajer yg sempat ku masak utk dinner kami. Alhamdulillah.. walaupun sempoi.. tp yg penting hubby sempat juga makan mlm kat rumah sebelum dia pegi keje


Ikan pari ni.. selain sedap dimasak asam pedas, bakar ataupun masak sambal pedas.. aku suka masak kari campur daun kesum. Memang sedap & ada kelainan dengan kari biasa tu. Masa aku zaman sekolah2 dulu.. kawan mak pernah masak macam ni waktu dia jemput kami mkn kat rumah dia.. oleh kerana kena ngan selera aku.. sampai skrg aku dok terikut2 masak kari pari ni & masukkan daun kesum.. Resepinya tak pernah pulak ku tanya makcik tu.. aku main taram ikut suka aku jer.. macam biasa ler.. resepi sempoi aje.. tp memang kenalah dengan selera aku.. hehehe.. sapa2 nak rasa kelainan masak kari bolehlah try.. try on your own risk..



Quote:
KARI PARI DAUN KESUM
Bahan2
4 ketul ikan pari anggaran besar 3 atau 4 jari ~ kerat dua kalau takmo panjang2 sgt dlm piuk
3 biji terung panjang atau nak bubuh bendi pun boleh (ikut suka nak letak apa)
1 biji tomato ~ belah 4
1 senduk besar cili kering + bwg besar + bwg putih kisar (biasanya ku kisar siap2 & simpan peti ais.. senang nak masak)
4 sudu besar rempah kari ikan (ku guna baba's)
asam jawa (ikut suka sukatanya ikut selera anda.. nak msm letak lebih) ~ campur air & ambil jus
garam & serbuk perasa
100 ml santan kotak (aku guna ayam brand setengah kotak jek) (kalau guna santan yg diperah.. anggaran dlm 3 cwn & tak perlu ler guna air biasa tu)
3 cawan air biasa (nak kuah lebih leh lebihkan)
1 ikat daun kesum (ambil daun & pucuk muda saja... lg byk lagi sedap!)
minyak utk menumis

Cara Menyediakan
1. Panaskan minyak dan tumiskan cili & bwg kisar hingga wangi. Bila nampak cili agak garing masukkan rempah kari ikan. Kacau2 & biar seketika.
2. Masukkan air asam jawa & air biasa dan biar mendidih.
3. Masukkan ikan pari & terung. Biar kejap. Masukkan santan, garam, serbuk perasa, daun kesum. Biar mendidih & ikan masak. Last sekali masukkan tomato. Rasakan garamnya biar secukup rasa. Sedia utk dihidangkan.


Ini kuih lapis yang ku buat utk sarapan Isnin baru ni. Kebetulan hubby ada kerja kena pegi PNB.. so dia hantar Dini kat rumah Sujah kejap & aku dah pesan suruh bawak ke rumah Sujah sikit kuih tu.. Kuih lapis ni sama gak mcm kuih kaswi.. aku buat tak pernah ikut resepi.. kekeke.. main taram jer.. kebanyakan resepi yg ku perhati.. takde bubuh telur.. tapi resepi aku ni aku letak telur sebab nak bagi lagi sodap... Tau jelah selera org Pantai Timur.. kuih2nya takleh lari dari telur.. (manalah muka tak tambah bulat )



Quote:
KUIH LAPIS (my style)
Bahan2
3 cawan tepong gandum
½ cawan tepung beras
1 ½ cawan gula pasir
4 ½ cawan santan sederhana pekat
¼ sudu kecil garam
2 biji telur
sirap ros secukupnya
pewarna merah (kalau nak guna warna lain pun boleh.. tp dlm adunan masukkan sikit esen ros) ~ ku tak bubuh pun pewarna.. tu pasal kuih tu agak pucat .

Cara Menyediakan
1. Bancuhkan kesemua bahan2 di atas kecuali sirap ros & pewarna merah.
2. Untuk memudahkan kerja.. masukkan dalam blender dan kisar adunan hingga sebati.
3. Jerang air dalam periuk kukus. Balut tudung piuk kukus dengan kain bersih utk elak air menitik atas kuih. (ku tak balut pun.. tp masa nak buka tutup tu kena hati2 supaya air tak menitik atas kuih)
4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian sama banyak. Satu dibiarkan kosong & satu lagi dimasukkan sirap ros & pewarna merah secukupnya.
5. Masukkan 1 ½ ~ 2 senduk adunan warna kosong dlm loyang dan kukus selama 4 ~ 5 minit. (pastikan air kukusan dah mendidih waktu ni) (sukatan adunan yg dimasukkan waktu melapis bergantung pd berapa besar loyang & senduk yg digunakan.. jadi pandai2lah agak2 yer.. tp pastikan guna sukatan yg sama utk semua lapisan)
6. Buka tutup pengukus hati2 kemudian masukkan 1 ½ ~ 2 senduk adunan warna merah pula & masak lagi selama 4 ~ 5 minit.
7. Ulangi proses melapis bergilir2 sehingga habis.
8. Untuk lapisan terakhir.. kukuskan kuih selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kuih masak.
9. Sejukkan kuih sebelum dipotong.

TIPS : Untuk mendapatkan kuih yg cantik & tak lekat pada loyang waktu memotong.. alaskan dasar loyang dengan plastik. Gunting plastik mengikut saiz dasar loyang dan alas sebelum menuang adunan. Tips ini ku peroleh dari sifu yg mengajar kelas membuat kuih-muih tak lama dulu. Semoga berguna kepada anda semua. TETAPI ingat..!! tips ini hanya sesuai untuk kuih-muih yg dikukus sahaja



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net