Want your
own Fotopage?







 
Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 25-Nov-2008 01:09 Email | Share | Bookmark
Surprise Utk Nakni (Hepi Besday!); Kari Kepala Ikan Ala Mamak

 
 
 
 
Assalamualaikum....

Apa khabar semua..? harap semua sihat2 ler yer..
Terasa lama pulak tak update... padahal baru jer 4 hari tak update.. kekeke... semalam tak sempat nak update... agak sibuk sket.. hari ni agak tenang sikit.. bolehlah layan FP

Cantik tak cuppies ku ini???

Agak2 boleh ambil tempahan tak?? hehehe... so sapa2 yg berkenan nak tempah cuppies jangan lupa contact kita yer... Wah wah wahhh.. jangan nak perasan ler Puan MaDiHa.....
Sebenarnya.. cuppies ni aku tempah dari tauke kek kita Ana yg berada di Penang nunnn.... Kek ni adalah untuk surprisekan cousin ku Nakni yg sedang study kat UiTM Penang tu.... kesian dia sorang2 kat sana... takde sedara mara... tp kawan ramailah.. heheee... jadi sengaja ler ku tempah dari Ana & minta dia tolong hantarkan pada cousin ku itu sempena besdaynya pada 9hb November yg lalu... cuma.. tak dpt nak hantar on time hari besday dia sebab kebetulan Ana sibuk dengan persiapan majlis besday anak daranya Nasreen... so cuppies ku itu hanya dpt disediakan & dihantar pada 11hb... so.. dah belated ler tu.. tp takper.. yg penting.. Nakni sgt2 gembira dengan kejutan ittew.. Pada Ana terima kasih byk2 sudi hantarkan cuppies tu yer.. SANGAT CANTIK okehh!! so sapa2 nak tempah cuppies yg cantik mcm ni.. bolehlah contact Puan Ana kita.. klik2 di SINI.. ada byk lagi jenis kek & cuppies yg Ana boleh buatkan..

Nakni skrg sedang bercuti semester... so skrg dia ada kat PJ... tu yg aku dpt copy gambar2 ni dari dia.... katanya sayang nak makan sebab cuppies ni cantik banget!


Okeylahh.. bercerita pasal Puan Ana kita... beliau bukan saja pandai buat kek.. tapi juga memasak... resepi kali ni pun aku cilok dari FP beliau iaitu Kari Kepala Ikan Ala Mamak. Sebenarnya aku masak kari ni dah lama dahh... bulan lepas kot.. tapi sengaja ku update lambat sket sebab nak masukkan sekali ngan gambar2 cuppies itu.. kalau baru ni ku buat kari daun kesum..kali ni kita try pula kari ala mamak.. tak guna santan okeyy.. sgt baik utk mereka2 yg ingin menjaga kesihatan.. tp yg penting.. kari ni pun sangat2 sedap!! Terima kasih Ana sudi share resepi ni.. Madiha C & P jer ni yer


Quote:
KARI KEPALA IKAN ALA MAMAK
Sumber : Ana Elianas FP

Kepala ikan merah yg siap dipotong - nak guna ikan lain pun boleh (MaDiHa guna 3 keping kepala ikan yg dah siap dibelah dua)
3 sudu besar rempah kari ikan - Ana guna Alagappa (MaDiHa guna 4 sudu besar kari ikan Baba's)
2 sudu besar cili kisar - nak guna cili serbuk pun boleh

Bahan2 Kisar
1 biji labu bawang besar
3-4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
sedikit lada hitam

Bahan2 Mayang
1 labu bawang besar dimayang halus
3 biji bawang putih

daun kari 2 tangkai (Jangan leraikan)
sedikit halba campur
air asam jawa lebihkan sedikit
garam secukup rasa

Bahan Rampai
Terung ataupun boleh guna kacang bendi (MaDiHa guna dua2)
Cili hijau
Buah tomato

Cara Menyediakan
1. Panaskan minyak dan tumis bahan2 yg dimayang dengan halba campur. Setelah agak layu masukkan cili kisar, bahan mesin. Kemudian masukkan rempah kari ikan.Masukkan 2 tangkai daun kari...jgn ceraikan daun tu..sbb batang daun tu akan memberi aroma yg sedap pada kari kita. Masak sehingga hilang bau rempah tu... masukkan air jika rempah nampak kering.

2. Setelah rempah dah masak dan hilang bau, masukkan air asam jawa yg ditapis...masukkan garam.

3. Setelah mendidih, masukkan ikan, bahan-bahan rampai. Masukkan sekejap sahaja supaya tak nak ikan masak terlalu lama dan hancur. Rasakan apa yg kurang bolehlah ditambah. Sedia utk dihidangkan.


SELAMAT MENCUBA!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net