Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 26-Nov-2008 02:45 Email | Share | Bookmark
Hantar Kakak Dini Balik Kampong... :-(

 
Salamm..

Jumaat lepas.. pegi checkup kat PPUM. Ajak Dini sekali sebab hari Jumaat tu.. hari last hubby keje shift malam, jadi dia kena masuk keje kul 4 petang & balik kul 12 tgh mlm. Oleh kerana ayah dia kena masuk keje awal.. Dini takmo dok rumah sorang2 takut katanya.. Jadi terpaksa ler ku angkut Dini sekali pegi hospital. Pagi tu sempat masak meehun jer.. (meehun lagikk?? ) senang citer sebab meehun ni tak pedas.. so sumer org boleh makan..


Sempat kakak Dini bersarapan dulu kat rumah.. ibu dia bwk bekal jer.. mkn kat parking kete kat PPUM tu lepas hantar Haziq kat nurseri.. mcm biasa ler.. tak lalu nak mkn awal2 pagi..


Balik dari PPUM.. singgah kedai & tapau nasi berlauk utk aku & Dini. Hari tu.. aku bawak Dini sekali masuk opis.. kekeke.. macam opis bapak sendiri jer nak bwk anak Takper ler.. cuma half day jer.. lagipun Dini dah besar.. bukannya nak kacau aku buat kerja.. dia pun dah siap bwk buku2 dia sendiri & buat keje dia sendiri. Kat department aku ni ada 2 meja kosong.. so aku suruh dia duduk kat satu meja tu diam2.. dah pesan awal2.. jangan kaco ibu buat keje & jangan bising2 dlm opis. Boss aku pun tak kisah... memang very sporting punya boss.. Siap bagi anak aku makan kacang & tah apa2 lagikk jajan kat opis ni.. biasa ler kitorang ni.. sambil keje sambil layan mengunyah.

Balik dari kerja, jemput Haziq kat nurseri.. singgah rumah Sujah kejap bwk anak2 jumpa ngan auntie2 dia yg balik bercuti.. borak2 & masa tu ler ku copy gambar cuppies dari Nakni . Then balik rumah pun agak lewat.. malas dah rasanya nak masak sebab nak berkemas baju utk balik kg lagi.. jadi aku terus gi tapau Mc.D. Lagipun dah lama tak makan Mc.D. Yang sebenarnya.. aku kesiankan Dini.. sebab mlm tu dah nak hantar dia balik kg.. jadi.. belanja ler dia mkn Mc.D aritu.. nanti kat Kg mana nak jumpa tu sumer..



Malam tu.. lepas makan.. aku berkemas2 barang untuk balik kg. Kemas baju jer.. itupun tak byk sbb balik 2 hari jer. Cuma baju kakak Dini jer ku suruh dia kemas lebih sikit sebab dia akan duduk kampong ngan opah dia cuti sekolah ni. Walaupun kesian.. tapi terpaksa jugalah hantar dia kat sana. Nak dok sini pun.. problem juga.. sebab kami dua2 kerja.. masa ayah dia keje mlm okler boleh tinggalkan dia kat rumah.. time ayah dia keje shift siang.. takkan nak tinggalkan dia sorang2.. Nak tumpangkan kat rumah tokcu dia tak sedap pulak.. takkan nak menyusahkan org lain plakkann..? Org lain pun ada benda lain nak buat.. Biarlah dia belajar dok berjauhan ngan ayah & ibu dia.. mungkin dari situ.. dia boleh belajar erti rindu & erti kasih & sayang ayah & ibu dia. Selama ni dok ngan ayah & ibu.. kadang tu ada gak masanya nak melawan ckp ibu.. nanti bila berjauhan.. barulah dia tau rasa rindu & sayang kat ibu dia yg suka berleter ni.. berleter bukan sebab tak sayang.. tapi sebab nak ajar jadi elok.. So malam tu.. lepas ayah dia blk kerja.. siap basuh baju kerja ayah dia & lepas ayah dia mkn... bertolak ler kami 4 beranak blk Raub umah M.I.L. Bertolak dlm pukul 2.30 a.m... sampai kg kul 4.40 a.m lebih kurang.. Mata ni usah kira ler ngantuk.. aku ngan anak2 layan tidur jer ler.. cian kat hubby drive sensorang.. kekeke.. apa nak buat.. dah takleh tahan sgt dah mata ni.. dah sampai bandar Raub baru ler sedar.. itupun sebab hubby berhenti kat 7eleven nak beli air..

Pagi tu memang bangun lewat.. sarapan pun M.I.L yang masak.. (bertuah punya menantu!). Tengahari tu.. hanya masak lauk ni jer.. Kebetulan takde stok lauk lain dlm peti ais M.I.L. Kat sana susah sket nak dptkan bekalan lauk2 basah ni.. kalau nak beli yg fresh kena keluar ke bandar Raub.. kedai2 berdekatan pun hanya jual lauk2 beku jer.. kurenggg lak rasanya.. entah ayam tahun bila.. kekeke.. malas nak ke bandar Raub.. so.. lauk paling senang sekali ialah bilis & sardin or telur jer ler.. heheheeh... Petai tengah banyak skrg ni.. so buat ler sambal tempoyak bilis petai ni.. tapi petai lagi banyak dari bilis... Ni lauk feberet Dini ni... bertambah2 dia makan nasi..

Ni jer gambar yg sempat ku snap.. rasa mcm takde mood plak nak ambik gambar kat kg kali ni..

Ahad tu.. sempat gi beli barang2 dapur sket utk M.I.L kat bandar Raub. Petangnya kami bersiap utk balik semula ke PJ. Terasa sayu hati plak nak tinggalkan kakak Dini kat kg Mau atau tidak.. terpaksa ler juga tinggalkan... dalam setengah jam lagi kami nak bertolak.. sambil2 dia tengok astro dengar ler kakak Dini ckp.. nanti bila ibu takde mesti rindu katanya... cian lak dengar..

Tiba masa nak bertolak.. aku cekalkan hati utk kuatkan semangat dari mengalirkan air mata. Maklumlah 1st time nak berpisah ngan anak lama2 gini.. Walau dada rasa sebak.. tp tahankan jer.. bersalaman dengan M.I.L dan salam ngan Dini.. Pastu Dini salam ngan ayah dia & adik Haziq. Dini nampak mcm selamba jer.. dlm hati dia tak tau ler pulak.. Masa kereta bergerak.. masing2 berbalas2 melambai.. sempat ayah dia kata.. "malas nak tengok sangat Dini.. takut dia rasa sedih" Dan2 tu jugaklah air mata aku ni turun dengan lebatnya.. tak dapat dibendung2 lagikk.. mcm empangan pecah Teresak2 aku dalam kereta Puas ler hubby ku pujuk & ckp macam2.. lagi byk dia ckp.. lagi aku rasa sedih.. lama2 baru ler reda... Haii... payah betul kalau dah hati tisu ni... cengeng sungguh

Aku harap.. Dini ok dok ngan opah dia.. lagipun kat sana ada astro.. tak ler boring sangat kot... kat rumah sendiri memang tak masuk astro pun.. (takut tak mampu nak bayor bulan2 ) Dengar opah dia ckp.. pagi Isnin tu nak ajak Dini gi pekan sehari (pasar pagi) kat Batu Talam.. pegi dengan bas.. mesti Dini excited maklum ler tak pernah bawak Dini naik bas sebelum ni... biarlah dia belajar & melalui pengalaman dok di kg dengan opah dia.. Balik nanti sure banyak cerita yg nak diceritakan pd aku nanti.. InsyaAlllah.. raya Haji ni aku akan balik ke Raub utk sambut raya kat sana.. tengok keadaan kalau Dini ok.. mungkin terus tinggalkan dia kat sana sampai habis cuti sekolah ni.. kalau dia merungut nak balik.. terpaksa ler bwk balik.. tak pun kena ler hantar dia ke Keratong pulak rumah tokma dia.. kat sana ada ramai geng pompuan.. ada tokma, makcik2 dia & sepupu kenit dia sorang si Batriesyia.. Nak berjalan pun senang sebab tokma dia suka jalan.. senang ada kenderaan sendiri.. Kat Raub cuma opah dia sorang je pompuan.. yg lain2 sumer lelaki.. pakcik2 dia jekk.. Apa2 pun.. tengok keadaan dulu lah..

Hmm.. panjang lak cerita kali ni.. ni lauk malam kelmarin.. (mlm td tak masak.. mkn kat luar sebab keluar pg cari henpon kat Klang... henpon ku dah jahanamm) edisi nak menghabiskan stok lauk dlm petiais.. ni jer ler rezeki kami mlm tu..


Sotong kering ni.. dah ku rendam sebelum blk kg lagikk.. cuma tak sempat nak dimasak jer.. ada petai bwk dari kg sikit.. ku masukkan sekali dlm sambal sotong kering tu... Sebenarnya.. inilah pertama kali aku masak sotong kering (sotong kembang) ni... memang tak pernah masak sebelum ni.. mungkin sebab tak biasa tengok mak masak.. jadi tak reti ler nak masak.. Sotong ni pun org yg bagi.. kalau tak agaknya.. sampai ke sudah ler ku tak masak sotong kering.. Caranya.. sama jer ngan masak sambal tumis biasa tu.. sumer org tau masak kan.. Malas nak taip resepi sebenarnya sebab resepi sempoi yg semua org pun tauu...



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net