Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 27-Nov-2008 04:08 Email | Share | Bookmark
Ayam Percik Kelantan

 
Salam...

Malam tadi.. hubby blk kerja dia singgah pasar mlm utk beli stok lauk basah & buah2an. Memang dah pesan dari malam sebelumnya suruh beli tu semua.. kalau dia tak beli.. alamat makan mlm tapau kedai jelahh... lagi suka daku tak payah susah2 nak masak

Balik dari pasar mlm.. hubby merungut katanya harga sayur dah naik harga.. Wallah..!! beli sayur 4 ~ 5 jenis tu dia kena bayar RM20++?? Aku tengok bukannya byk sgt pun sayurnyer.. hmm.. pagi ni baca paper.. memang betul ler harga sayur skrg sudah naik harga.. malah melambung sangat2 tinggi.. Mungkin sebab skrg ni musim banjir kot... apo nak buekk.. mahu atau tidak.. pengguna mcm kami ni tiada pilihan... terpaksalah beli juga.. Sapa2 yg dok rumah atas tanah tu.. boleh juga bercucuk tanam sendiri sayur2 ni... mcm kami ni.. manalah boleh nak tanam2 sayur bagai.. dah duduk pun rumah atas angin

Selain sayur.. ada ler hubby beli buah2 juga.. Aku tertarik pulak dengan buah2 yg hubby beli kali ni... ada 3 jenis semuanya.. tapi tiga2 tu sama kaler ajer Ni memang sengaja pilih kaler oren atau secara kebetulan?? Meh tengok buah apa yg dia beli?

Tengok tu... semua buah kaler oren ada persimmon (pisang kaki), baby mandarin oren & juga ada buah betik... lawa plak kaler buah2 ni kan


Hmm.. tinggalkan dulu pasal sayur2 & buah2 ni yerr.. kita tengok resepi utk hari ni pulak. Lama rasanya tak mkn ayam.. asyik2 ikan, ikan, ikan... jemu juga so mlm tadi sempat ler ku masak ayam pulakk.. kali ni teringin nak makan ayam percik plakk.. tapi ayam percik kali ni versi lain sket dengan ayam percik (versi T'ganu) yg aku selalu buat tu.. resepi ni ku cilok dari FP Kak Jie.. iaitu Ayam Percik Kelantan. Resepi asalnya ialah ikan.. tapi ku dah ubah guna ayam.. sedap weeiii... tak caya cubalah masak sendiri.. Terima kasih Kak Jie sebab sudi share secret recipe dari negeri Kelantan ni... mmg best!!

Quote:
AYAM PERCIK KELANTAN

Bahan2
½ ekor ayam ~ potong 2 bahagian (taknak potong pun boleh.. ikut suka)
Sedikit kunyit serbuk
Sedikit garam

Bahan Kuah
1 biji kelapa ambil 4 ~ 5 cawan santan (Madiha guna santan kotak cap ayam 200 ml + 2 cawan air)
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 batang serai
1 ½ inci halia
1 keping asam gelugur
garam secukup rasa
2 sudu kecil gula

CARA-CARANYA:

1. Ayam dibersihkan, dikelar dan lumur dengan garam dan kunyit.
2. Bakar ayam dlm oven dengan suhu 200C (api atas bawah) sehingga ayam masak. Dalam 15 minit balikkan ayam supaya garing rata. (Sori tak tengok masa.. so agak2lah yer hingga ayam masak). Sementara ayam masak.. sediakan kuah percik (Caranya ada dibawah)
2. Bila ayam sudah masak, lumur/ curahkan dengan kuah percik. Dibakar lagi sebentar dan dibalik-balikkan & curah pula kuah dibahagian satu lagi dan bakar lagi agar kuah meresap ke dalam isi ayam tadi.
3. Sedia utk dihidangkan. Hidangkan / curahkan sekali lagi ayam dengan kuah percik lebihan tadi. (Step ni Madiha tak curah pun.. terlupa.. tapi kuah tu terus ku sudukan dlm pinggan nasi )

Cara Menyediakan Kuah Percik
1. Kisar halus bawang merah, bawang putih, serai & halia.
2. Panaskan santan dan masukkan bahan blender, garam dan asam keping. (untuk step no. 2 ni.. Madiha tumiskan bahan2 blender tu sehingga agak garing pastu baru masukkan santan. Ni sebab Madiha guna santan kotak so kalau tak tumis nanti jawabnya tak naik minyak ler kuah percik ku ittew )
3. Kacau sentiasa sehingga naik minyak dan pekat. Masukkan sedikit gula dan masak sekejap lagi. Rasakan biar secukup rasa.



Untuk resepi versi ayam percik Trengganu pula boleh klik di SINI


Selamat Memasak!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net