Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 12-Dec-2008 03:00 Email | Share | Bookmark
Raya Haji... Meriah Dalam Hujan..

 
 
 
 
 
Assalamualaikum...

Lama rasanya tak ngadap PC ni... Malam tadi baru balik dari kampong.. sampai rumah kul 12 tengah mlm... hari ni terpaksa dtg keje juga walaupun mata ni ngantuk & badan masih terasa letih.. sbb hari ni giliran my bos plak cuti.. ye ler.. bagi chan kat dia plak cuti.. coz aku dah bercuti sejak Sabtu sampai Khamis semalam..

Raya haji baru ni.. tak byk pun ambil gambar.. kamera aku skrg ni sejak2 jatuh dlm akuarium aritu mmg tak berapa sihat.. tiap kali nak on sure takes times utk dia betul2 on.. selalu jer dia ter'off' balik.. so kena on berkali2... pastu siap kena tepuk2 bagai barulah elok kalau takat nak ambil gambar makanan tu oklah lagi kan.. tp nak ambil gambar org... buat malu jer sebab org kena tunggu lama masa kita nak on tuu.... nanti hilang mood org nak bergambar.. hehehe..

Mcm yg ku ceritakan dlm entry ku yg lepas.. raya haji kali ni giliran beraya di Raub rumah M.I.L ku pula.. Tak sabar2 nak blk sebab nak jumpa ngan anak dara ku sorang di sana yg ku tinggalkan sejak 2 minggu yg lalu.. rindu ler katakann... Juga raya kali ni di kg M.I.L pun terasa seronok sikit sebab my mum pun ikut sama ke sana.. sejak dia balik dari cuti2 M'sia baru ni.. belum balik lagi ke Keratong.. sepatutnya dia balik ke sana dengan Angah sempena cuti Raya Haji ni.. Tapi gara2 ma nak bawak Dini balik Keratong pula.. dia sanggup ikut aku ke Raub.. Walaupun seronok.. tp rasa bersalah juga pd adik2 kat kg ku sebab ini juga 1st time dorang beraya tanpa ma kat kg... bagi aku yg berkahwin dgn org jauh ni.. dah biasa dah beraya tanpa ma bila kena giliran beraya umah M.I.L... tp bagi adik2ku yg semuanya bertemu jodoh ngan org dekat2 tu... mmg tiap kali raya sure masih dpt berjumpa ngan ma.. maklumlah rumah dekat2.. kejap umah ma, kejap umah mertua.. so rasanya kali ni sure diaorang kat kg rasa sedih sebab ma takde kat rumah.. dengar khabar diaorang masih masak menu yg sama spt yg biasa ma masak.. ketupat nasi/ketupat segera, rendang daging, ayam masak merah, kuah lontong & kuah kacang.. kelam kabut juga dengarnyer masing2 jalankan tugas.. hehe.. maklumlah.. ketua chef takde..

Aku pula.. dari awal hubby dah cadangkan nak masak menu lain dari kebiasaan yg mak mertua ku selalu buat.. biasanya kat rumah M.I.L mesti ada lemang, kelamang, rendang, nasi impit & kuah kacang.. tapi hubby kata kali ni kita ubah menu ler plak.. asyik2 lemang jer.. jemu juga. Lagipun lemang ni takleh nak mkn banyak.. cepat muak.. Walaupun gitu.. raya baru ni masih ada juga lemang sebab adik ipar mak yg bongsu dah beli 10kg pulut & ajak buat lemang ramai2 (adik beradik mak yg dekat2). So.. petang sehari sebelum raya tu.. mak kena gak ler tolong dorang buat lemang kat rumah adiknya tu... buat ramai2 & berbahagi2 sama rata. Biasanya sebelum ni... kalau nak buat lemang.. kami buat anak beranak kat rumah sendiri jer.. tapi dah org ajak tu.. pegi la juga walaupun kami ada perancangan menu yg lain . Masa mak tolong adik2nya melemang.. kami pula keluar ke Raub mencari ayam & bahan2 tambahan lain utk buat nasi dagang. Beras pulut & ikan tongkol dah siap beli dari PJ lagi.. Ikan tongkol tu ku kirim acu beli dari Pasar Borong Selayang.. sebab kebetulan Sujah pun nak buat nasi dagang juga... di Pasar PJ skrg ni.. payah pulak nak jumpa ikan tongkol hitam.. ada pun yg kecik2.. tu yg terpaksa cari kat pasar borong tu.. so.. aku bwk ikan dah siap rebus dari PJ ke kg.. Tinggal lagi.. beli timun, cili & lain2 barang dapur utk mak kat pasaraya Tung Fat kat Raub tu.. Okey juga pasaraya tu sebab rasanya semua barang ada kat situ.. Yg menghairankan aku.. kenapa ler pasar basah kat bandar Raub tu tutup juga hari Ahad sehari sebelum raya tu yer..? Dah tau org nak raya esoknya mesti ramai yg nak membeli lauk2 basah.. tp tu ler.. pasar tu masih juga ikut jadual tiap hari Ahad tutup.. rasanya kalau buka sure bisnes byk hari tu.. hehehe... (membebel plak mak buyung nih )

Oklah.. ni ada gambar yg sempat ku klik masa balik dari bandar Raub.. hari asyik hujan jer masa tu.. masa kami blk tu.. org dah siap bakar lemang dahh.. kami balik bwk lemang dah siap masak.. hehehe.. selain lemang.. dorang buat juga kelamang.. sejenis kuih dari tepung gandum yg dibancuh dengan santan & gula merah.. tetapi uniknya kuih ni dibakar dlm buluh juga.. rasanya mmg sedap.. ala2 bingka gitu..

Sepupu2 hubby, pakcik & Jol (adik hubby) kat bwh pondok bakar lemang & kelamang.. terpaksa buat pondok tu sebab hari tu asyik hujan memanjang..


Inilah Kelamang yang dah siap masak tu... sedap kuih ni.. ada aroma tersendiri sebab dibakar dlm buluh (tak sempat nak minta resepi yg detail sebab masa org buat tu aku takde... lain kali lah yer.. hehe..) Gambar lemang dah siap potong terlupa plak nak ambil... takperlah.. lagipun semua org dah kenal dah lemang tu kann

Selain kelamang dari tepong ni.. aku dpt juga merasa kelamang labu dengan kelamang ubi kayu masa beraya rumah Pak Itam (pakcik hubby yg lain pulak). Kelamang labu tu mmg Pak Itam buat sendiri sebab kebetulan labu yg ditanamnya tengah banyak.. kelamang ubi tu.. ada kawannya pulak yg bagi.. Ini 1st time aku mkn kuih2 yg unik mcm tu.. unik tu sebab kuih2 tu semua dimasak/dibakar dlm buluh... itulah yer.. lain tempat lain juadahnya.. kalau aku tak kawin ngan hubby ku sekarang ni.. sure sampai skrg aku tak kenal kuih2 unik mcm tu..

Ni pulak.. nasi dagang yang kami masak utk juadah pagi raya haji baru ni.. bila ma ada.. secara tak langsung ma ler kena jadi ketua chef.. hehehehe.. idak kalu.. aku ler yg kena masak sepenuhnya.. sebab M.I.L memang dia awal2 dah cakap dia tak biasa masak nasi dagang.. Malam tu.. kami cuma masak gulai nasi dagang & rendam beras utk nasinya.. awal2 pagi raya tu barulah kukus nasinya & siapkan acar timun tu...


Nasi dagang tu kami buat 4 kg semuanya (3 kg beras biasa + 1 kg beras pulut).. & gulai ikan dekat 5kg ikan tongkol.. alhamdulillah.. laris betul sebab kat kg M.I.L jarang org masak nasi dagang.. yg popular kat sana biasanya lemang aje ler.. so bila dpt menu2 baru macam ni.. mmg laku Bezanya dengan nasi dage Kelate ialah berasnya tu.. kalau nasi dage Kelate berasnya warna merah2 gitu.. Nasi Dagang Trengganu warnanya putih.. tapi dari segi rasa.. tak banyak beza.. Nasi dagang ni yg penting gulainya tu.. gulainya tak sama mcm gulai kari biasa tu....

NASI DAGANG TRENGGANU


Ada masa nanti ku masukkan resepinya... walaupun ada yg dah tau resepinya.. (tp mungkin juga ada beza sikit2 kot ngan resepi2 org lain) saja laa utk koleksi sendiri & utk rujukan anak2 nanti..

Okeh.. spt dijanjikan.. ini dia resepi versi dari ku..

Quote:
NASI DAGANG TRENGGANU
Bahan2
1.2 kg beras
400 gm beras pulut
(nisbah utk beras = 1 bahagian beras pulut : 3 bahagian beras biasa)
1 ½ biji kelapa (ambil santan anggaran 600 ml ~ PERAH GUNA AIR MASAK!) (ni anggaran saja yer.. kalau tak cukup boleh tambah lagi.. sebab masa buat tu MaDiHa tak ukur pun santannya)
garam secukup rasa (Bancuh dalam santan)
700 ~ 800 ml air biasa utk arong nasi (boleh tambah jika masih tak mencukupi.. MaDiHa agak2 je ni)
5 ulas bawang merah ~ hiris nipis
1 inci halia ~ hiris nipis & halus memanjang
1 sudu kecil halba

Cara Menyediakan
1. Campurkan beras biasa dengan beras pulut dan cuci beras hingga bersih & jernih (mcm nak masak nasi tu). Rendamkan beras semalaman dalam air yg banyak.
2. Keesokannya.. panaskan periuk kukus & toskan beras dan kukus beras selama 30 ~ 40 minit. (guna periuk kukus berlubang kecil jika ada.. jika tiada.. alaskan dasar periuk kukus dengan kain putih bersih/ kain maslin/ daun pisang agar beras tak jatuh melalui lubang kukusan).
3. Angkat nasi kukus tadi dan masukkan nasi dlm besen besar. (Sementara itu.. tambahkan lagi air dalam periuk kukusan agar airnya tak kering utk mengukus kali kedua.. teruskan memanaskan periuk kukusan tadi.) Arong nasi dengan air biasa sehingga rata dan tak berketul2.
4. Kukus sekali lagi nasi sehingga 30 ~ 40 minit. (kali ni tak perlu alas dasar kukusan).
5. Keluarkan nasi dan masukkan dlm besen tadi dan arong sekali lagi dengan santan yg dicampurkan garam serta taburkan bahan2 hiris serta halba. Kacau rata dan bolehlah dihidangkan.

Note: Santan tadi boleh juga dimasakkan sebentar diatas api sederhana sebelum diarong dengan nasi. Kaedah ini untuk membuatkan nasi dagang lebih tahan lama.. tapi jika tidak masak pun.. memadai perahkan santan guna air masak.. insyaAllah nasi dagang boleh bertahan dari pagi hingga ke malam.


Quote:
GULAI NASI DAGANG (kuantitinya dianggarkan cukup utk nasi dagang diatas )
Bahan2
2 ekor ikan tongkol hitam (anggaran 2 kg) (dipotong, dibersihkan & direbus bersama sedikit air, 2 sudu kecil garam dan 5 keping asam gelugur)
2 biji kelapa (ambil santan sederhana pekat @ cair sedikit pun tak mengapa)
1 sudu besar rempah kari ikan (campur sikit air jadikan pes)
1 sudu besar rempah masak cap bunga rose (jadikan pes dengan rempah ikan tadi)
2 sudu besar rempah gulai cap bunga rose (jadikan pes dengan rempah ikan tadi)
(jika tiada rempah masak & rempah gulai cap bunga rose.. tambahkan lagi 1 sudu besar rempah kari ikan)
2 sudu besar kerisik yg ditumbuk halus
3 inci kulit kayu manis
2 keping asam keping
5 biji cili hijau
10 biji cili api
5 biji belimbing buluh (kalo ada.. takde pun takpe)
½ ketul gula melaka (tambah lagi jika kurang ~ gulai nasi dagang memang terasa manis sedikit)
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka

Bahan2 Dikisar Halus
1 sudu besar ketumbar (ditumbuk halus kemudian dikisar)
1/2 sudu besar jintan manis (ditumbuk halus kemudian dikisar)
8 ulas bawang merah (dikisar)
1 biji bwg besar (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1/2 inci kunyit hidup (dikisar
3 hiris @ 2 cm halia (dikisar)
1 1/2 inci lengkuas (dikisar)
15 biji cili kering ~ dikerat2 & rebus sebentar & buang biji (dikisar)

Cara Menyediakan
1. Gunakan periuk yg agak besar sedikit. Masak santan bersama (sedikit saja) garam di atas api sederhana sehingga pecah minyak. Kacau sekali sekali sahaja. (tak usah bimbang santan membuak atau berketul2… biarkan saja)
2. Masukkan ramuan yang dikisar dan pes rempah tadi ke dalam santan. Jika suka.. bahan2 ini boleh juga ditumiskan dulu dengan sikit minyak hingga wangi sebelum dimasukkan dlm santan. (terpulang anda.. tp jika tumis.. kuah akan jadi lebih berminyak!)
3. Masukkan gula melaka, kerisik (bancuh sedikit dgn kuah santan agar tak berketul2), kulit kayu manis dan asam keping. Biar mendidih sebentar.
4. Masukkan ikan rebus beserta air rebusannya & asam keping semasa merebus tadi. Tambahkan serbuk perasa.
5. Biarkan kuah pekat sedikit. Hati2 semasa mengacau agar ikan tidak pecah. Masukkan belimbing buluh, cili hijau dan cili api. Biar merenih sebentar dan bolehlah di angkat.


Quote:
ACAR TIMUN
kuantiti bahan2 agak2lah yer.. semua org dah tau kan

Bahan2nya
Timun ~ potong anggaran 2 inci belah dua dan buang empulurnya dan potong memanjang kecil2 (lazimnya untuk nasi dagang lebih sesuai timun dipotong memanjang begini )
bawang besar/bawang merah ~ mayang halus
boleh juga campurkan dengan nenas
cili merah ~ hiris nipis
cuka
garam
gula

Gaul rata bahan2 diatas dan sesuaikan rasanya mengikut selera anda


SELAMAT MENCUBA!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net