Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 17-Dec-2008 04:46 Email | Share | Bookmark
Nak Perabih Gambor2 Lama... (Part 1 :-D)

 
 
 
 
 
 
 
Gambor lauk pauk yg dah lama ku masak.. selagi tak masukkan sini.. selagi tu rasa semak jer dok terperuk dlm files tu.. hehehe.. pastu pening kepala.. nak buang ker nak update.. nak buang ker nak update... last2.. aku updatekan juga.. jangan maree ehhh.... saja wat koleksi

Lauk2 ni bukannya masak dlm satu hari.. entah berapa hari punya lauk.. & then.. ambik gambor pun lauk2 yg berkenan jer.. ada yg tak amik gambor.. dan ada juga hari yg takde mood langsung nak pegang kamera... hehehe.. ni kira yg terpilih ler.. hahah.. saja tergatal tangan amik gambor walaupun lauk lauk sempoi... resepi sempoi ajer..

Saja kasi idea kat u all nak masak apa hari ni....

Quote:
SAMBAL PEDAS TEMPE

Bahan2
Tempe

Dikisar
Bawang merah
Bawang putih
Cili padi

minyak
garam, aji & gula secukupnya
air asam jawa sikit

Cara
1. Goreng tempe yg dipotong2 kecil.
2. Tumis bahan2 kisar hingga wangi. Masukkan garam, perasa, air asam jawa & gula secukupnya.
3. Masukkan tempe dan kacau rata. SIAP!


Quote:
PUCUK MANIS MASAK BENING LADA HITAM

Bahan2
Pucuk manis secukupnya

Ditumbuk halus
Bawang merah
Bawang putih
Lada hitam

Ikan bilis
Air
Garam & perasa

Cara
1. Jerang air secukupnya.
2. Masukkan bahan2 tumbuk & ikan bilis. Biar mendidih.
3. Masukkan pucuk manis. Dibalik2kan & rasa biar secukup rasa. SIAP!


Quote:
GULAI ASRONG AYAM

Resepi boleh rujuk SINI

Inilah rupa pokok cemomok dimana daunnya menjadi bahan penting dalam gulai asrong ayam tuu... Sehelai daun tu.. boleh guna 6 kali menggulaii


Quote:
HATI AYAM GORENG PEDAS

Bahan2
Hati ayam secukupnya (dlm 5 ketul) ~ potong kecik gaul garam & kunyit
Ubi kentang ~ potong kecik2
Kacang tanah
Kacang snow peas (takde pun takper)
minyak masak
garam, perasa & gula secukupnya
air asam jawa sikit

Bahan kisar anggaran 6 sudu besar
Cili kering
Bawang besar
Bawang putih

Cara
1. Goreng ubi kentang dadu. Ketepikan
2. Goreng kacang tanah. Ketepikan
3. Goreng hati ayam hingga agak garing. Ketepikan
4. Panaskan minyak yg lain, tumis bahan2 kisar hingga wangi.
5. Masukkan air asam jawa, garam, perasa & gula secukupnya.
6. Kalau kering, tambah air sket. Masukkan bahan2 yg digoreng tadi & kacau rata. Masukkan snow peas & biar empuk sikit. SIAP!


Quote:
SAYUR LEMAK LABU & PUCUK LABU

Bahan2
Labu (anggaran setengah biji)
Pucuk labu ~ disiang ambil pucuk & batang muda saja. Bahagian daun gelek2 guna tapak tangan utk membuang bulu2nya.
Bawang besar ~ Hiris
Bawang putih ~ Hiris
Cili hijau / cili padi
ikan bilis
garam & perasa secukupnya
santan secukupnya

Cara
1. Jerang santan. Masukkan garam, perasa, bawang2 & ikan bilis.
2. Bila mendidih masukkan labu dadu. Kacau sentiasa.
3. Bila labu hampir empuk masukkan pucuk labu. Kacau2 kejap biar pucuk labu layu & isi labu empuk. Padamkan api & SIAP!


Quote:
KACANG KUDA PEDAS... dah lama terliur tgk teman2 FP dok tayang dlm FP dorang

Bahan2
Kacang kuda ~ dicuci & rendam semalaman
minyak masak
biji sawi
daun kari
garam, perasa & gula secukupnya

Bahan Sambal dikisar halus
Cili kering
Bawang Besar
Bawang Putih

Cara
1. Rebus kacang kuda hingga empuk. Toskan.
2. Tumis bahan2 kisar, daun kari & biji sawi hingga wangi.
3. Masukkan segala perasa.. biar secukup rasa.
4. Masukkan kacang kuda rebus. Kacau rata. SIAP!


Huhhh...!! lega semua dah beres... Errr.. alamakk..! ada lagi 2nd part laa...(macamlah ada org paksa suruh siapkan )


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net