Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 18-Dec-2008 03:03 Email | Share | Bookmark
Pulut Ikan Masin & Kaswi Kacang Hijau

 
 
Musim2 hujan skrg ni mulalah dok terkenang2 juadah2 yg selalu tok2 nenek & mak2 kita dulu selalu hidang utk family Selain ubi kayu rebus, lempeng kelapa cicah gula, cekodok ikan bilis ataupun paling2 tidaknya biskut kering cicah kopi 'O'... pulut ikan masin juga antara juadah yg popular keluarga kami zaman aku sekolah dulu2.. Sampai skrg.. pulut ikan masin ni masih menjadi feberet aku...

Quote:
PULUT IKAN MASIN

Bahan2
3 pot beras pulut
Air secukupnya
Ikan masin secukupnya
Telur dadar secukupnya
Kelapa parut secukupnya digaul dgn sedikit garam & gula

Cara Masak Pulut
1. Gunakan periuk elektrik (lebih mudah tak berkerak )
2. Cuci beras pulut spt biasa.
3. Masukkan air sehingga air melebihi paras beras anggaran 1 cm sahaja.
4. Petik ler periuk elektrik td spt masak nasi biasa
5. Hidang pulut tanak dengan ikan masin goreng, telur dadar & kelapa parut yg digaul garam & gula.


Eksperimen terbaru aku kali ni ku ambil dari resepi yg dah lama tersimpan . Resepi yg bersekali dengan resepi apam keledek tempohari.. masih ada lagi beberapa resepi lain juga yg belum sempat aku cuba. Sementara mood rajin sedang melanda.. kita cubalah mana2 yg berkenan. Nama asal kuih ni adalah lompang kacang hijau. Tapi oleh kerana kegagalan aku menjadikannya ber'lompang'... maka aku tukar jadi kaswi kacang hijau Memandai ajekann... nampaknya.. kena beli acuan lompang dari tembikar tu dulu kalau teringin nak buat kuih lompang.. Acuan plastik yg aku guna tu.. agaknya tak cukup panas utk jadikan kuih ni berlubang ataupun berlompang

Oleh kerana kuih ni tak berlompang.. terus aku golek2 dalam kelapa parut sebelum dihidangkan. Pertama kali cuba merasa kuih ni.. lidah ku terasa seakan2 ada rasa maung.. mungkin maung yg terbit dari kacang hijau tu kot.. tapi bila suruh hubby rasa.. dia cakap OK sedap jer.. agaknya lidah mak buyung ni lain sikit kot.. hehehe.. 1 adunan ni dapat agak banyak juga.. dapatlah ku hantar ke rumah jiran2 utk merasa...

Quote:
KASWI KACANG HIJAU / LOMPANG KACANG HIJAU


Bahan A
100 ml santan pekat
480 ml air
160 gm tepung beras
80 gm tepung sagu (Madiha guna tepong kanji)
80 gm tepung gandum
70 gm tepung kacang hijau
2 tsp pandan paste (Madiha guna esen pandan)
½ penutup pewarna kuning
½ penutup pewarna hijau epal

Bahan B
100 ml santan pekat
600 ml air
200 gm gula pasir
100 gm gula melaka

Bahan Tambahan
Kelapa parut (parut putih)
sedikit garam

Cara2nya
1. Masak bahan2 B (kecuali santan pekat) hingga gula hancur. Padamkan api dan tapis. Masukkan santan pekat dan kacau rata. Biarkan suam sebentar.
2. Bancuh kesemua bahan2 A hingga rata. Kemudian masukkan bancuhan bahan B lalu ditapis.
3. Sementara itu panaskan acuan lompang dalam periuk kukusan.
4. Masak sebentar bancuhan tadi (dlm kuali besar) sehingga naik wap & terus tutupkan api. (jgn sampai jd pekat)
5. Tuangkan dlm acuan lompang yg telah dipanaskan dan kukus selama 20 minit.
6. Hidangkan bersama kelapa parut yg digaul sedikit garam.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net