Want your
own Fotopage?








 
Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 22-Dec-2008 02:24 Email | Share | Bookmark
Muffin Pisang

 
 
Salamm...

Cerita pasal pisang ni.. teringat plak kat apam pisang Johol yang Srsfeqah bagi tempohari... (sebelum raya haji ) Terima kasih byk2 yo Feqah sebab sanggup bersusah payah datang ke PJ hantar apam pisang Johol air tangan omak ehh yang dah lama akak teringin nak meraso... Akhirnya dapat jugak akak meraso apam Johol yg didatangkan khas dari N9 Takdolah kempunan nak meraso Ado duo versi lagi tuuu.. (tengok dlm gambar tu ada 2 jenis) Kalau nak tauu... bukan setakat apam yo yg Feqah bawakkan utk den.. ada mcm2 laeee bondo utk anak2 den.. siap ngan pisang masak & daun rambai eh sekali.. kot2 ler akak dio ni rajin nak buek laeee apam Johol tuuuu Tapi akak mintak maaflah yo Feqah sobab ehh.. akak tak sompek nak buat apam ngan pisang yg kau bagi tuu.. kesuntukan maso.. sibuk kesana ke sini sbb mak akak ado maso tuu.. pastu sibuk ngan persiapan rayo laee.. & last2.. pisang kau tu mak akak dah buat cekodok pisang... jgn kocik hati yo Feqahh.. yg ponting pisang tu tak membazir.. dah selamat dah punn Terimo kasih yo Feqahh

Ini ler apam pisang Johol / apam pisang daun rambai yg Feqah bagi kek den Apam tu dah hilang sebiji dah kena mkn ngan den.. (sejak bila plak aku ni pandai ckp nogori ni )

Kalau sesiapa yg teringin nak merasa apam pisang ni.. boleh klik SINI untuk mendapatkan resepinya..

Oklahh.. bercerita pasal pisang.. balik dari Keratong aritu pun aku ada bwk blk pisang sikit. kebetulan pulak ada 2 tandan pisang dah tua.. Dee yg tolong tebangkan.. aku tinggal tolong sisirkan aje.. Pisang tu aku bwk balik sesikat setengah ajer.. Pastu ambil pisang muda sesikat utk buat sayur.. Nak bwk byk2 pisang tua tu takut tak terabiss.. maklumlah dah tinggal 3 branak je.. (itupun jenuh dpt buat mcm2 kuih dari pisang tuu...) Bila pisang mula masak.. mula la dok terfikir nk buat kuih apa dari pisang tu.. tp dlm kepala ni sebenarnya dah ada planning dah ni.. hahaha.. Eksperimen pertama yg ku buat ialah muffin pisang lerrr Sejak tengok muffin pisang dalam FP Ana Penang rasa macam tak sabar2 nak mencuba.. Terima kasih Ana sebab sudi share resepinya yer.. sedap sangat muffin tu.. Haziq sekali makan 2 ketul.. hubby pun suka Aku ni toksah ckp ler mmg 'hantu' pisang... apa benda asal dari pisang semua aku sukaaa

Inilah dia muffin pisang tuu... resepinya copy & paste dari Ana. Minta halal ehh Ana..daku tepek kat sini pula.. (maaf ler malas pulak nak translate ke BM...)

Quote:
MUFFIN PISANG/ BANANA MUFFIN

source: Wendy Khor recipe book (dari FP Ana Penang )

ingredients A
400gm melted butter
300gm (6nos) eggs (MaDiHa guna gred A)
200gm milk (MaDiHa guna fresh milk)

Ingredients B
600gm(10pcs) mashed banana (MaDiHa guna pisang putar/pisang masam)
400gm castor sugar (MaDiHa reduced... guna 320 gm saja)
2gm salt

Ingredients C (Ayakkan bersama)
550gm superfine flour (MaDiHa guna tepung gandum)
10gm(2 tsp) baking powder
10gm(2 tsp) sodium bicarbonate

Method
1. Double boil till the butter is dissolved, and let it cool. Add in beaten egg and milk, stir until well combined. (MaDiHa mix guna whisker)

2. Add salt and sugar into the mashed banana, mix until sugar is dissolved.

3. Combine step 1 and step 2, add sieved ingredients(C) to form batter. (jangan terlebih kacau/bancuh)

4. Fill up muffin cup batter, bake in preheated oven at 180C for 20-25 minutes




Apa tunggu lagi.. jomlah cuba


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net