Want your
own Fotopage?






 
Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 24-Dec-2008 03:03 Email | Share | Bookmark
Lempeng Pisang & Chiffon Pisang

 
 
Assalamualaikum...

Pisang lagi?? A'ah.. pisang lagi hari ni.. Apa nak buat.. pisang ada lagi.. takmau membazir jadi kenalah buat sesuatu.. Lepas ni mungkin ada lagi juadah dari pisang.. korang jangan jemu plak.. hahaha... aku tak kisah sebabnya aku memang penggemar pisang

Lempeng pisang ni antara kuih yang paling senang sekali nak buat.. Kalau malas jugak tak tau lerrr.. Paling best sebab lempeng pisang ni pun tak kurang sedapnyaa terutama layan utk sarapan pagi ataupun minum petang.. Sebenornya aku terliur tengok lempeng pisang dlm FP Cakcibur aritu... tu yg godek jugak tuu..

Quote:
LEMPENG PISANG

Bahan2
5 biji pisang masak (MaDiHa guna pisang putar/ pisang masam)
1 cawan tepong gandum (ikut suka nak buh byk mana.. kalau suka pisang lebih.. kurangkan tepungnya)
3 sudu besar gula (ikut suka juga nak manis boleh lebihkan)
secubit garam
sedikit minyak utk mengoreng (MaDiHa guna planta)
jika suka boleh campur 2 ~ 3 sudu kelapa parut yg agak muda (takde pun takper)

Cara menyediakan
1. Pisang dilecek bersama gula & garam hingga hancur.
2. Campurkan tepung gandum & kelapa parut sehingga rata.
3. Panaskan kuali bubuh sedikit minyak. (MaDiHa bubuh 2 sudu kecil planta).
4. Masukkan sesenduk adunan pisang dlm kuali dan ratakan. Biar sehingga masak & agak garing kemudian balikkan. (Tambah sikit minyak jika perlu.) Bila masak kedua2 belah.. angkat & bolehlah dinikmati semasa panas2 atau sejuk pun sedap jer..


Ini pula eksperimen aku yang pertama. Dah lama dah teringin nak buat kek chiffon pisang ni.. 1st tengok dlm FP Yullina then Haniss plak.. Memang terliur... Masa jer yg tak mengizinkan. Padahal takdelah susah sangat nak membuatnya.. tapi tulahh.. kadang tu stok telur ada tp pisang lak takde.. haaaa.. skrg semua bahan2 ada kat rumah.. jadi bolehlah on projek Aku ni.. buat something kadang tu takdelah sampai ikutkan kehendak hati sangat... bila kebetulan bahan2 ada barulah aku buat.. takdelah sampai sibuk2 gi cari bahan kat kedai semata2 ikutkan nafsu mata & tekak.. heheh.. tapi kdg tu kalau teringin sgt.. ada ler juga sesekali.. bak kata org.. dah teringin sangat.. kenalah jugakkan... takut gak kang kempunan org dalam..



Sebenarnya.. masa buat kek chiffon nii... putih telur tu dah tercampur sikit dengan kuningnya.. jadi masa pukul tu tak berapa nak mengeras sangat putih telur tuu.. tapi alhamdulillah.. menjadi juga chiffon ku.. lembut gilerr & sangat2 sedap okehhh dengar tuu.. sangat sedapp!! Hubby mkn kat rumah 2 keping pastu bawak bekal gi kije lagi 4 keping Pastu aku bawak bekal ke opis boss aku makan sampai 4 keping tauuu... Tak rugi satu sen pun aku buat kek ni.. semua kata sedap...hahahah.. mentang2 ler penggemar pisang.. memang ler kena puji lebih2 sikit.. Chiffon aku tak berapa tinggi naiknya.. tapi lembut tauuu... agaknya acuan aku ni besar sangat kot.. kena beli yg saiz kecik sket baru ngam TQ kepada empunya asal resepi ni.. & TQ pada Yullina kerana sudi share resepi yg best ni

Quote:
CHIFFON PISANG / BANANA CHIFFON
Sumber : Yullina

Bahan A
7 biji putih telur (MaDiHa guna gred A)
3 oz gula halus (blend sendiri jer gula pasir tu.. tak ayak pun)
1 sudu teh cream of tartar

Bahan B
7 biji Kuning telur
4 oz gula halus
3 oz minyak masak
3 oz Air
7 oz tepung naik sendiri (MaDiHa guna tepung gandum + 2 cubit soda bikarbonat ~ diayak bersama baking powder)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam (MaDiHa bubuh ½ sudu kecil je)
2 sudu besar serbuk santan (MaDiHa ganti dengan susu tepung)
2 bijik pisang yg BESAR ~ dilecek halus (MaDiHa guna 3 ½ biji pisang putar/ pisang masam sbb saiznya sedang2 je)

Caranya:
1) Pukul bahan A sampai bertanduk/ mengeras. Ketepikan.
2) Pukul semua bahan B kecuali tepung naik sendiri.
3) Selepas semua sebati masukkan tepung sikit demi sikit dan pukul lagi.
4) Masukkan kedalam adunan A sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan guna spatula satu arah sahaja.
5) Masukan dalam loyang berlubang dan bakar 140'c sampai masak.

Nota: semasa mengacau pastikan
1) Kacau perlahan dengan satu arah
2) Pastikan semua putih telur tergaul kalau tidak bila kita masak ada ketulan putih jadi bila kita potong kek tu jadi tak halus dan tak cantik

CARA MADIHA
1) Gaulkan bahan2 B (kecuali tepung gandum) sehingga rata menggunakan whisker. Ketepikan.
2) Pukul semua bahan A sehingga putih telur mengeras. (diterbalikkan tak tumpah).
3) Gunakan mixer dan pukul sebentar bahan2 B yg diadun mula2 tadi. Campurkan tepung sikit demi sikit sehingga rata & pekat.
4) Panaskan oven suhu 150C. Masukkan adunan A (adunan telur) sikit demi sikit ke dalam adunan tepung tadi dan kacau rata menggunakan whisker (kacau satu arah saja).
5) Tuangkan adunan ke dalam loyang chiffon dan bakar kek sehingga masak. MaDiHa bakar guna suhu 150C selama 30 minit kemudian diturunkan suhu ke 140C sehingga genap menjadi 55 minit masa membakar.
6) Bila dah masak.. keluarkan kek dari oven dan terus terbalikkan loyang sehingga kek benar2 sejuk.
7) Keluarkan kek dari loyang dan bolehlah dipotong




PENTING!!
Quote:
INFO YANG KU AMBIL DARI FP ZAIY.. TQ ZAIY KERANA BERKONGSI !

Salam untuk semua...

Sekadar untuk ingat-mengingati antara sesama kita..

HARAM Ucap Merry Christmas bagi orang Islam


LAILAHAILLALLAH

Penting!!! Seorang bekas biarawati kristian yang masuk Islam memberitahu dalam ceramahnya haram bagi seseorang umat Islam ucap Selamat Hari Natal.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya.

Jika anda ucap Gong Xi Fa Chai, maksudnya Selamat Tahu Baru Cina (WALLAHUALAM). Happy Deepavali Selamat Menyambut Pesta Cahaya (WALLAHUALAM), tetapi maksud Selamat Hari Natal.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya adalah Sejahtera Keatas Tuhan Yesus (NAUZUBILLAH).

Dengan perkataan sahaja kita boleh rosak akidah, yakni murtad. Kita umat Islam beriman LAILAHAILLALLAH yakni TIADA TUHAN DISEMBAH SELAIN ALLAH, jadi ucap Sejahtera Keatas Tuhan Yesus untuk apa (NAUZUBILLAH)? Sebarkanlah perkara ini, berdosa kita jika tak sampaikan benda yang hak. NAUZUBILLAH. LAILAHAILLALLAH.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net