Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 6-Jan-2009 02:59 Email | Share | Bookmark
Nagasari & HomeMade Jeruk Betik

 
 
Salamm...

Nagasari ni buat dah lama dahh.. masa edisi nak menghabiskan stok pisang tu ler.. geng pisang yg aku buat chiffon pisang dulu tuu... tp saja tak masukkan dulu sbb takut org boring asyik resepi dari pisang jekk.. hehehe.. ni pun ada lagi kuih dari pisang yg masih tunggu giliran nak enterprem.. hehehe.. nak kata bwk blk byk pisang takdelah juga.. tp tulaa.. pisang putar/ pisang masam tu tak syok nak mkn gitu jer.. nak kena buat kuih baru leh jalan.. tu yg berderet2 resepi kuih2 pisang keluar tu..

Ok sambung pasal kuih nagasari ni. Aku tak sure kuih ni asal dari negeri mana.. Seingat2 aku.. selama dok kat T'ganu & Pahang tak pernah dengar nama kuih ni. Bila masuk felda barulah aku tau wujudnya kuih ni. Maklumlah dlm felda org dari serata negeri dlm M'sia pun ada.. Dari situ.. keluarlah kuih2 dari negeri masing2 tu.. Tp aku agak2.. ni kuih org Johor kot.. hehe.. betul ke tak eh? Sapa2 yg tau tolong bagitau yer kuih ni asal dari negeri mana Ok.. resepi nagasari ni aku ambil dari blog Bro Rozzan. T.kasih bro sudi share resepinya yer.. Memang sedap kuih ni... tak manis sangat & ada rasa lemak2 tu.. & bila digandingkan dengan rasa masam2 pisang tu.. mmg syok makan.. Hubby & Haziq pun suka sgt. Dini tak merasa sebab masa tu dia ada kat kampong lagi.. Cuma kuih aku buat ni jd lembik sket mungkin sebab aku guna pisang putar tu.. sepatutnya kena guna pisang nipah/kepuk (pisang yg sesuai utk digoreng) barulah sesuai & tak berair / kembang bila dikukus. Tapi takperlaa.. janji rasanya sedap.. Jom intai resepi..

Sorry!! gambar so kaburr
Quote:
NAGASARI
Sumber : Bro Rozzan

1½ cawan (180 gm) tepung beras
4½ cawan (1000 ml) santan pekat (dari 1 biji kelapa) (Mungkin boleh kurangkan ke 4 cawan saja)
½ cawan (110 gm) gula pasir
2 helai daun pandan disimpul
1 sudu teh garam
pisang raja/kepuk secukupnya (belah dua) (Madiha belah dua & kerat 2 ~ sebiji pisang jdkan 4 keping)
daun pisang secukupnya (dilayur sebentar) ~ pastikan ukuran daun biar lebar sedikit agar dpt membungkus dengan rapi

Cara:
1) Satukan tepung beras, santan, gula, garam dan daun pandan di dalam periuk. (Madiha guna kuali)
2) Kacau di atas api yg sederhana selama kira-kira 20 minit sehingga adunan pekat dan masak.
3) Bubuh 2 sudu makan adunan di atas daun pisang yg telah dilayukan dan tekankan sekeping pisang keatasnya. Bubuh lagi 1 sudu makan adunan lalu bungkuslah dgn rapi.
4) Kukus hingga masak selama kira-kira 20 - 25 minit.
5) Tunggu sejuk sebelum dinikmati.


Ini pula projek jeruk betik yg aku buat baru2 ni. Betik ni aku bawak balik dari kg baru ni. Masa kat kg kitorang pulun mkn collek betik ramai2.. pastu ada 2 biji lagi yg mengkal aku bwk blk ke PJ utk buat jeruk betik. Resepinya aku belajar dari adik ipar aku Ida yang dok kat Kajang tu. Resepi dia takde guna gula jeruk atau bahan pengawet. Resepinya pun takde sukatan.. dia main ckp apa benda bahan2 nak bubuh.. jadi aku kena pandai2 ler agak2 kuantiti bahan2nya ikut selera sendiri Aku bg gak la sukatan agak2 aku tu supaya senang sapa2 yg nak try buat sendiri nanti..

Quote:
HOMEMADE JERUK BETIK
Sumber : My Lil SIL (Ida)

2 biji betik mengkal (anggaran 1½ kg ) ~ pastikan masih keras isinya
1 cawan gula pasir (boleh kurangkan kalau taknak manis sangat)
1 cawan cuka (boleh lebihkan ikut selera sendiri)
1 cawan air MASAK
2 sudu kecil garam
12 biji asam boi warna merah
4 ~ 5 biji cili padi ~ belah 2

Cara Menyediakan
1. Kupas betik, buang bijinya & dicuci bersih.
2. Potong betik saiz kesukaan anda. Anggaran 1 inci lebar setiap keping dan dihiris berlapis2 tetapi jangan putus!! (Hiris ala2 mcm jeruk betik terjual kat kedai tu ler )
3. Cuci lagi dan toskan betik tadi.
4. Masukkan isi betik dalam bekas yg sesuai utk menjeruk.
5. Campurkan gula, garam, cili padi, asam boi dan gaul rata.
6. Tuangkan cuka & air masak agak2 separas/setinggi setengah isi betik dlm bekas tadi. Tak perlu tenggelam betiknya kerana betik akan mengeluarkan airnya sendiri selepas sehari dijeruk.
7. Kacau2 sedikit dan tutup bekas dan bolehlah disimpan selama 2 malam sebelum boleh dimakan.
8. Untuk jeruk lebih bertahan lama.. boleh disimpan dlm peti ais selepas dijeruk 2 mlm.


Nota : Jeruk betik ni juga tahan disimpan diluar peti ais beberapa hari tp tak sure ler berapa lama leh simpan yer.. Lom buat ujikaji lagi.. setakat ni.. dah hampir seminggu jeruk tu dok dlm bekas tu masih elok jer lagi.. tak boh dlm peti ais pun.. Tapikan kalau rakyat jelata dlm rumah anda masing2 hantu jeruk.. rasanya tak sampai 3 hari dah selamat jeruk tu


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net