Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 8-Jan-2009 08:47 Email | Share | Bookmark
Cencaru Sumbat, Bokchoy Sos Tiram & Chocolate Banana Muffin

 
 
 
 
Mood nak memasak sekarang ni mcm dah kureng jekk.. masak pun yg sempoi2 jer skrg ni.. bila merayap kat FP/ blog kawan2 tu kdang teringin gak nak mencuba resepi2 baru... tp bila sampai rumah badan dah letih bercampur plak dengan masa yg suntuk sejak2 anak dah mula sekolah semula plus minggu ni hubby keje mlm pulak.. terkejar2 jugak nak menyiapkan juadah sebelum hubby berangkat ke tempat keje.. jd masak pun yg mudah2 jer laa... Hmm.. jom tengok lauk2 sempoi ni.. tp alhamdulillah.. kenyang juga kami anak beranak..

Ikan masak cenggini feberet aku... tp cukup malas nak buat.. dah teringin sgt barulah kayuh juga pelan2..

Quote:
CENCARU SUMBAT SAMBAL KELAPA

Bahan2nya:
2 ~ 3 ekor ikan cencaru ~ dibelah belakang, dibersihkan & digaul garam & kunyit.
½ biji kelapa parut
garam & gula secukup rasa
sedikit air asam jawa

Bahan2 Perlu dikisar
5 cili kering ~ rendam air panas
3 biji cili padi
2 biji bawang merah
2 biji bwg putih
½ biji bwg besar
sedikit kunyit serbuk
sedikit belacan

Cara2
1. Panaskan kuali dengan sedikit saja minyak. Masukkan bahan kisar dan biarkan sehingga agak kering. Masukkan air asam jawa, garam & gula secukup rasa.
2. Masukkan kelapa parut dan masak hingga agak kering. Rasakan apa yg kurang boleh tambah yer..
3. Bila bahan sumbat dah siap.. sumbatkan ke dalam perut ikan tadi.
4. Panaskan minyak lalu gorengkan ikan sehingga garing.



Sayur bok choy ni pulak.. dah jadi feberet kakak Dini skrg ni.. dulu2 tak suka sangat. Skrg ni nampak jer aku masak cenggini.. siap bersorak lagi.. padahal lauk sempoi jer..

Quote:
BOY CHOY SOS TIRAM

Bahan2
5 pokok sawi bok choy/pak choy ~ kerat btg/tangkai sehelai2 dibahagian umbinya sj
4 ulas bwg putih ~ diketuk & dicincang kasar
2 cawan air
1 sudu besar tepung jagung ~ dibancuh dengan air diatas
3 sudu besar sos tiram / secukup rasa
sedikit minyak utk menumis

Cara
1. Panaskan sedikit air dlm kuali. Bila mendidih masukkan sayur bok choy yg telah dicuci bersih & biarkan sayur agak layu. Angkat & tos & susunkan sayur di atas pinggan yg sesuai.
2. Gunakan kuali yg sama. Tuangkan air lebihan mencelur tadi dan panaskan semula kuali td.
3. Masukkan sedikit minyak lalu tumiskan bawang putih td hingga wangi. Masukkan air tepung jagung & sos tiram. Biarkan hingga memekat. Rasakan apa yg kurang. Jika kurang masin boleh tambah lagi sos tiram.
4. Padamkan api lalu tuangkan sos ini diatas sayur bok choy yg dicelur td. Siap & sedap dimakan panas2.


Ni pulak edisi menghabiskan stok pisang dari kg aritu sebelum aku balik kali ke 2 ke kampong untuk jemput Dini.. Dapatlah bwk blk ke kg & bagi adik2 & ma kt kg tu merasa juga... Pisang lagi & lagi-lagi pisang Resepi ini diadaptasi dari resepi muffin pisang dari Wendy Khor yang ku buat baru2 ni.. tapi kali ni aku tambahkan dgn sedikit serbuk koko untuk mendapatkan perisa coklat Muffin ni sangat2 sedapp... sudaaa jatuh cinta dgn resepi iniiii

Quote:
CHOCOLATE BANANA MUFFIN
Sumber : Wendy Khor (diubahsuai oleh MaDiHa)
MaDiHa buat setengah adunan saja.

Ingredients A
400gm melted butter
300gm(6nos) eggs (guna gred A)
200gm milk (MaDiHa guna fresh milk)

Ingredients B
600gm(10pcs) mashed banana (MaDiHa guna pisang putar/masam)
400gm castor sugar (MaDiHa reduce menjadi 320 gm)
2gm salt

Ingredients C (diayak bersama)
550gm superfine flour ~ then reduce about 8 tables spoon (MaDiHa guna tepung gandum)
8 tables spoon chocolate powder (this is why MaDiha reduced tpg gandum tu)
10gm(2 tsp) baking powder
10gm(2 tsp) sodium bicarbonate

Method
1. Double boil till the butter is dissolved, and let it cool. Add in beaten egg and milk, stir until well combined. (MaDiHa mix guna whisker)
2. Add salt and sugar into the mashed banana, mix until sugar is dissolved.
3. Combine step 1 and step 2, add sieved ingredients(C) to form batter. (jangan terlebih kacau/bancuh)
4. Fill up muffin cup batter, bake in preheated oven at 180C for 20-25 minutes



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net