Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 12-Jan-2009 06:55 Email | Share | Bookmark
Lepat Pisang & Ayam Panggang Lada Hitam

 
 
Salam...

Masih lagi ada kuih pisang yeaa tuan puan.. hehehe.. takleh juga kita asyik banggakan ngan hidangan ala barat spt muffin.. ciffon etc etc.... sesekali kena gak pekena hidangan tradisional kita.. & inilah dia penutup menu pisang aku kali ni iaitu... lepat pisang.. kwang kwang kwanggg... Senang dibuat & sedap dimakan.. Lepas ni insyaAllah takde dah yea tuan puan kuih2 dari pisang sehinggalah aku dpt lagi supply stok pisang yg byk dari kampong

Aku buat lepat pisang ni memang malas nak bubuh kelapa parut atas tu.. ada org buat bubuh kelapa parut tu.. tp aku mmg malas.. jadi aku gantikan dengan sikit serbuk santan utk bagi rasa lemak2 sket..

Quote:
LEPAT PISANG

Bahan2
7 biji pisang berangan (or apa2 pisang yg sesuai utk buat kuih)
1 ½ ~ 2 cawan tepung gandum
2 sudu besar serbuk santan
2 sudu besar gula pasir (boleh tambah jika suka lebih manis)
½ sudu kecil garam halus
Daun pisang secukupnya ~ dilayur sebentar

Cara Menyediakan
1. Campurkan pisang, garam & gula & lenyek pisang hingga hancur.
2. Campurkan dengan tepong gandum & serbuk santan & gaul hingga hingga rata.
3. Sudukan 2 ~ 3 sudu besar adunan ke atas daun pisang & balut hingga kemas.
4. Kukuskan kuih selama 20 - 30 minit atau sehingga masak.


Minggu lepas terliur yg amat dengan ayam panggang yg Zaiy masak. So last Saturday.. aku masak jugalah utk hidangan kami anak beranak memandangkan semua bahan2 ada kat rumah tu.. laju jelah projek jalan Terima kasih Zaiy share resepi mudah ni yea.. senang keja akak.. masak sejenis jekk lauk & takyah nak masak sayur bagai...akak copy & paste je resepinya

Quote:
AYAM PANGGANG LADA HITAM (aku buat double resepi/ setengah ekor ayam)
Sumber : Zaiy ~ Dubai

Bahan:
3-4 ketul peha ayam / mana2 bahagian ayam pun boleh
1/2 sb serbuk lada hitam
1/2 sb serbuk jintan putih
3 ulas bawang merah - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
2 cm halia - tumbuk
2sb olive oil / minyak masak biasa
garam secukup rasa
gula secukup rasa ~ ni MaDiHa tambah
sayur-sayuran (cauliflower/karot) - optional (MaDiHa tambah kentang)

Cara-cara:
Gaul semua bahan bersama ayam dan perap selama 2-3 jam di dalam peti sejuk (lagi lama perap, lagi sedap). Bakar (gril) hingga ayam masak. Guna suhu yg sesuai ikut oven masing2. (MaDiHa guna 200C)
Kalau nak masukkan sayur-sayuran, agak-agak 20 minit sebelum nak keluarkan ayam dr oven tu, letaklah sayur di sekeling ayam tu . Masa nak hidang, tuangkan sos bbq (atau apa2 sos) di atas ayam.

Note: MaDiHa bakar ayam guna loyang.. so dlm masa membakar tu.. kena keluarkan loyang tu sekali utk tuangkan air ayam yg terbit semasa membakar.. kalau tak.. kot payah lak nak nampak garing pd ayam tu dok terendam dlm air ayam tu.. & lagi satu sekali sekala kena balik2kan ayam tadi supaya rata garingnya.


Aku makan ayam panggang ni dengan nasi goreng & sos cili buat sendiri ala2 sos nasi ayam tuu..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net