Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 14-Jan-2009 01:24 Email | Share | Bookmark
Laksa Sarawak

inilah perencah laksa sarawak yg sujah bagi tu..
 
Salam...

Beberapa bulan lepas makcik aku Sujah ada bagi sebungkus perencah laksa sarawak. Perencah ni dikirim oleh Nakni pada kawannya yg kebetulan nak balik Sarawak. Mungkin ada lebih tu yg makcik pas kat aku sebungkus. Ini pertama kali aku masak & makan laksa sarawak ni tauu... memang tak pernah jumpa apalagi nak makan... yelahh.. Sarawak pun tak sampai lagii.. camno nak jumpa.. kat semenanjung ni tak tau ler kot ada org jual.. tp aku tak pernah nampak lagi...

Bila dah dpt perencah tu.. rasa mcm tak sabar2 nak masak laksa ni.. yelah.. perencahnya dah ada.. kerja pun senangla kan.. tapi oleh kerana masa tu kakak Dini berada kat kampong lagi.. terpaksalah ibu dia tunda dulu.. ibu ni tak sampai hati nak mkn2 yg agak pelik atau jarang2 jumpa ni kalau anak2 takde sama... mesti dok teringat juga kat anak.. (Ole2 yang tokma belikan dari Langkawi pun ibu tunggu kakak Dini balik dulu barulah kami makan sama2.. ) So.. bila anak2 dah ada semua kat rumah.. barulah projek boleh jalan.. agaknya.. pasal tu lah ye mak2 kita semua.. bila time kita balik kg jer.. barulah diaorang masak sedap2...atau ada je projek nak masak itu & ini.. naluri ibu ni sama je rupanya kann..

Oklahh.. jom tengok resepi laksa sarawak! Tapi ni resepi ekspress laa.. sebab guna perencah instant ni.. kot siapa2 yg tau bahan2 sebenar utk buat laksa sarawak ni.. bolehlah share yerr... Laksa ni pada tekak aku.. memang sedaplaahh siap mkn bertambah lagikk.. kekekekee TQ Sujah bagi perencah ni.. & TQ gak pada Nakni sebab kirim ngan member tu ye.. hehehe.. kalo nak kirim lagi.. leh kirim utk kaklong sekali sepeket dua..

Quote:
LAKSA SARAWAK
Sumber: pada peket perencah laksa sarawak Hj. Manan (ada edit2 sikit)

Bahan Untuk Kuah Laksa
1 peket (200g) perencah laksa Haji Manan
500 gm udang segar ~ dicuci bersih tapi jangan buang kulitnya (MaDiHa guna 800 gm)
1 ketul dada ayam / boleh gantikan dengan kiub ayam (MaDiHa guna 1/4 ekor ayam ~ guna bahagian dada)
2 batang serai ~ diketuk
500 ml santan (MaDiHa guna santan kotak 400 ml + 100 ml air
2 liter air biasa
garam secukup rasa

Bahan2 Tambahan Lain
1 peket meehon (400 - 500 gm) ~ dicelur hingga lembut & tos
Taugeh secukupnya ~ dicelur sebentar
Daun ketumbar ~ untuk hiasan
4 biji telur ~ dijadikan telur dadar, digulung & hiris (MaDiHa guna 6 biji)
beberapa biji limau kasturi ~ dibelah 2 & buang biji

Bahan2 Sambal
5 biji cili merah
6 biji cili padi
sedikit belacan

Cara2
1. Jerang 2 liter air bersama2 dengan 1 ketul dada ayam tadi. Tunggu hingga ayam masak. Masukkan pula udang bersama2 dengan kulitnya dan biarkan hingga udang masak. Angkat isi ayam & udang lalu toskan. Ketepikan & tunggu hingga ayam & udang sejuk.
2. Sementara itu.. dalam air rebusan ayam & udang tadi.. masukkan serai yg diketuk serta perencah laksa sarawak Hj. Manan tadi. Kacau rata.
3. Biar hingga kuah mendidih. Masukkan pula garam & santan. Kacau sentiasa hingga kuah masak. Rasakan kuahnya biar secukup rasa. Tutupkan api.
4. Isi ayam rebus tadi disiat2kan halus2 & kopek kulit udang dan letakkan berasingan semasa menghidang.
5. Sediakan pula sambal dengan menumbuk semua bahan2 sambal.

Cara Menghidang Laksa Sarawak
1. Hidangkan meehun yg dicelur tadi bersama2 dengan isi ayam, isi udang, telur dadar yg dihiris, taugeh yg dicelur dan curahkan kuah laksa secukupnya.
2. Taburkan dengan daun ketumbar, sambal belacan & perahkan limau kasturi. Sedia utk dimakan


Oh ya.. masa aku masak laksa petang tu.. tiba2 aku teringat kat adik aku yang sorang nih... tak tau ler ngapa leh teringat sangat kat dia.. Sambil2 godek kuah laksa tu.. aku pun sms ler dia tanya tengah buat apa.. rupanya dia baru blk dari kg.. masa tu masih di KL lagi tak silap aku.. dia pun heran ngapa aku sms dia.. kekeke.. aku pun cakaplaaa... nak ajak mkn laksa sarawak.. mula2 tu dia kata mcm tak boleh sbb dia ada keje sket.. tp aku pujuk2 gakk.. last2.. dia ckp okey.. tapi mungkin dtg lambat sket Oleh kerana masa tu perut aku dah laporr.. bila siap masak aku & family pun makan dulu.... sorry ehh dik sebab kitorang makan dulu tak tunggu u all.. Jomlah tengok sapa yg aku maksudkan.. hehehe.. inilah adik aku yg baik hati ittew... sapa lagii.. dik Feqah ler... dia dtg dengan kawannya Dila.. masa tu dah mlm pun.. TQ ye Feqah sudi datang walaupun akak ajak dah last minute.. tak kabor awal2.. hehe. & TQ juga sbb ada juga tu buah tangan utk akak.. siap ada kuah durian, bubur asyura & buah limau bagai..

Baru nak belajor2 mengedit gambor... malu kat Baayah.. hehehe.. akak tak reti sangat ler Baayah nak edit lawo2...


Ini set hidangan Laksa Sarawak


Okeh.. itu saja cerita utk kali ni.. panjang umur jumpa lagi..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net