Hari ni nak masukkan gambar2 yg dah lama terperap.. resepi2 mudah, resepi2 sempoi untuk ibu2 bekerja.. layan jelahh.. Aduiii.. letih lak rasa.. baru balik dari hospital pg checkup tadi.. thari ni baru masuk keje.. boss lak cuti.. tu yg takdok keje.. apalagi.. layan FP laaa..
Resepi & masakan kegemaran ma tersayang.. & aku pun suka gak sebab ada rasa masam2 tuu.. berselera makan..
Quote:
ACAR BENDI
Bahan2
Bendi secukupnya ~ dicuci bersih, tos & kerat tangkainya (jgn kerat terlalu awal.. nanti byk lendir keluar)
1 biji bawang besar ~ belah 6
Cili kering kisar (agak2lah yer..)
Bawang besar & bawang putih kisar (ni pun sama.. agak2 jelaa byk mana)
1 senduk kecil cuka
gula secukupnya (biar terasa masam2 manis sket)
garam secukupnya
serbuk perasa
minyak masak
sedikit air
Cara Menyediakan 1. Panaskan minyak secukupnya. Tumiskan cili kisar & bawang2 kisar tadi hingga agak garing.
2. Masukkan sedikit air & cuka. Bila mendidih masukkan bahan perasa secukupnya dan masukkan bendi serta bawang besar.
3. Kacau2 biar hingga bendi lembut. Rasakan apa yg kurang boleh ditambah. Tutupkan api dan bolehlah dihidang. Sempoiiii
Resepi ikan ni pulak.. terpandang dlm blog siapa yer tak ingat ler pulakk.. resepi pun aku tak print.. main ingat2 dlm kepala jer.. pastu blk rumah pakai hentam jer masak.. sedap gak & ada kelainannya..
Quote:
PARI GORENG BERSOS OREN
Bahan2
Beberapa keping ikan pari (ikan lain pun boleh) ~ dipotong kecil2 & digaul garam & kunyit.
1 biji bawang besar ~ potong dadu
1 ulas bawang putih ~ cincang
beberapa biji cili padi (ikut kepedasan yg anda mau) ~ hiris halus
Minyak masak
2 sudu besar sunquick oren
garam secukup rasa
perasa secukupnya kalau suka
Cara2
1. Goreng ikan pari hingga garing, angkat & ketepikan.
2. Dalam kuali lain.. panaskan sikit minyak & tumiskan bawang besar, bwg putih & cili padi. Biar hingga layu.
3. Masukkan sikit je air & masukkan oren sunquick. Masukkan garam & perasa secukupnya.
4. Last sekali masukkan ikan dan digaul rata. Sedia utk dihidang.
Ini pulak nak menghabiskan stok tuna dlm tin yg ada dlm gobok ajaib aku tuu.. tak tau nak buat apa.. takut expired.. baik aku buat something.. makanya.. jadilah cucur tuna ni... sedap gakk rupanya.. tuna tu pengganti bilis lerr....
Quote:
CUCUR TUNA
Bahan2 2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung atta (ni kes nak ngabiskan tepung atta.. kalu takde.. boh jer tepung gandum)
1 biji telur
garam secukup rasa
pak aji kalu suka
1 biji bawang besar ~ didadu
1 tin tuna (dlm air) ~ dihancurkan
Sedikit sayur kesukaan anda spt carrot, kubis atau apa2 je.. ~ dihiris halus2 (aku boh kubis jer)
air secukupnya
Cara2
1. Dalam besen masukkan tepung gandum, tepung atta, telur & sayur.
2. Bancuh garam dlm secawan air. Tuangkan ke dalam tepung tadi dan bancuh rata.
3. Masukkan pula bahan2 yang lain dan tambahkan lagi air hingga mendapat batter yg dikehendaki. Kalau nak lembut sikit.. boleh cairkan sikit batternya.. kalau suka keras kurangkan air.
4. Gorenglah cucur spt menggoreng cucur bilis. Hidang bersama sos cili thai
Itu jelaa utk hari ni.. daripada tak update langsung.. kui kui kui..
mmg kreatif ler akakni, mcm2 menu, mmg nmpak sempoi tapi menyelerakan..
ikan pari kat sini payah nak jumpa, ntah ada idak taktaula..mmg dh lama tak makan ikan pari nih..
hu hu hu sedap semua tu Naaa........masam manis memang sesuai untuk orang pregnant dan orang yang tak de selera makan...
Na, laksa serawak na tu nampak sedap betulll. Akak tak sempat nak buat. Ari tu ziela ade bagi rempah laksa serawak tuuuu...hu hu hu hu, entah elok lagi ke tidakk.....
Fri 16-Jan-2009 07:10 Posted by:kak jie jie - [Link]
ko nih kreatif boto la ratna...aku suspek tul!! bende sempoi pun ko leh olah jd resipi yg nmpk sedap betull...kalo aku la, x tgk resipi..alamt tgk jer la peti azimat tu..pas tu, mmg abih kecut la sayur2 tu
>>elesss..aku tau..kalo bos ada pun, ptg2 jumaat cmnih, ko mmg ngulor pun
tu yg lieya suke tu...mmg lain dari yg lain menu akak nie
cucur tuna tu dah biase.....yg acar bende ngan
pari tu....akak ni mmg best la...kalo dok berjiran ngna akak ari2 laa
lieya dapat rase resepi lain dari yg lain....hik hik hik
berangan sungguh!!!!
oo akak baru lik checkup yeak...camne...okey tak...
harap semua okey dan dipermudahkan segala
urusan akak........kak, kite same...arini bos takde
so goyang kakeeeeeeeeeeeeeeyyyy!!!! hik hik hik
Sun 18-Jan-2009 11:58 Posted by:lynn myq_r@yahoo.com - [Link]
>> sempoi sempoi pun nampak menarik juga ni...
Sun 18-Jan-2009 14:34 Posted by:<< jeff >> - [Link]
Acar bendi tu masam2 rasanya boleh buka selera.... ikan pari dah lama tak mkn sbb kat rumah org lain tak suka.
laksa S'wak sedap tambah2 letak sambal dan perah limau.......