Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 20-Jan-2009 00:40 Email | Share | Bookmark
Marble Twist Roll

apa2 hal.. lapik dulu meja dgn plastik lebar yg bersih!!
marble twist roll dah siap potong..
Assalamualaikum..

Dah lama sungguh aku tak menguli roti... rasa malas sesangat nak menguli.. faham2 jelahh.. kerja2 menguli ni memerlukan tenaga yg lebih Alangkah bestnya kalau aku ada bread maker... mau selang sehari aku bakar roti untuk dijadikan sarapan.. sebab roti adalah salah satu makanan feberet aku.. hehehe... Tak tau apa angin aku aritu.. terasa mcm nak makan roti buat sendiri pulak.. hehehe.. sebenarnya.. bukannya sebab rajin sangat punn.. tp semua ni sebab kes nak perabiskan stok2 bahan2 dlm petiais aku tu sebelum ianyanya expired.. Lagipun.. dah lama bebenor teruja nak mencuba resepi ni.. sebabnya ianya sangat menarik hati aku sejak pandangan pertama lagi.. cuma masa & semangat je yg belum tiba .

Oklahh.. merapu2 lak.. jomlah tengok eksperimen aku baru2 ni.. aku buat roti ni hari isnin minggu lepas tak silap aku.. sanggup tidur sampai kul 1.30 pagi.. Tp yg syoknya.. hasilnya sungguh memuaskan hati walaupun resepi asal yg ku ambil dari majalah Sedap ada sikit mengecewakan... Sib baik ler aku ni jenis yg tak lurus bendul.. kekeke.. so pepandai akulah ejas mana2 yg patut...

Quote:
MARBLE TWIST ROLL
Sumber : Majalah Sedap (Bil. 1, Vol 1)

Bahan2 Inti (Harap maklum.. MaDiHa guna inti red bean paste ready made )
125 ml air
50 gram gula pasir
⅛ sudu teh garam
15 gram susu tepung
15 gram serbuk koko/coklat
25 gram tepung gandum
½ sudu makan marjerin
40 gram coklat masak hitam ~ dipotong2

Bahan2 Doh/ Roti
500 gram tepung gandum (MaDiHa tambah lagi 140 gram sbb adunan TERLALU lembik )
1 bungkus yis segera (mauripan 11g)
1 sudu kecil bread improver (MaDiHa tambah)
1 sudu kecil bread softener (MaDiHa tambah)
15 gram susu tepung
75 gram gula pasir
50 gram madu
1 biji telur
275 ml air sejuk (MaDiHa guna air dari paip je)
1 sudu teh garam
50 gram marjerin

Bahan Sapuan
100 gram krim mentega untuk sapuan (MaDiHa guna butter ajer)

Cara2 Membuat Inti
Masak semua bahan inti, kecuali coklat masak hitam. Sambil dikacau2 hingga meletup2, masukkan potongan coklat. Kacau sehingga coklat larut dan padamkan api.

Cara2 Menyediakan Doh
1. Dalam bekas yg sesuai.. masukkan tepung gandum, yis segera, susu tepung, gula pasir, bread improver & bread softener. Kacau rata.
2. Bancuh madu & garam di dalam 275 ml air hingga rata. Masukkan telur ke dalam tepung tadi dan tuangkan air + madu tadi sedikit demi sedikit sambil di uli rata & tidak melekat pada tangan. (masa ni la MaDiHa dapati adunan terlalu lembik.. jadi MaDiHa terpaksa tambah sukatan tepung gandum lagi )
3. Uli hingga adunan licin. Masukkan pula marjerin dah diuli hingga kental, rata & licin. Biarkan doh selama 30 minit.
4. (SILA LIHAT GAMBAR SEBAGAI RUJUKAN) Tumbuk doh untuk membuang angin. Canai nipis doh setebal 1 cm. Masukkan inti. Lipat bahagian tepi ke tengah. Lipat lagi bahagian tepi yang sebelah lagi ke arah tengah juga.
5. Canai nipis lagi adunan sehingga 1 cm. Lakukan lipatan seperti cara di atas.
6. Canai nipis lagi adunan sehingga 1 cm. Potong-potong adunan dengan lebar 1 cm kemudian putarkan adunan.
7. Susun di dalam dua buah loyang bersaiz 26cm x 26 cm x 4 cm yang disapu marjerin dan dialas kertas kalis minyak. (MaDiHa guna loyang bersaiz 12 inci x 12 inci.. dpt satu loyang sahaja)
8. Biarkan selama 60 minit. Sementara itu.. panaskan ketuhar suhu 190C. Sapu dengan susu segar (ini MaDiha skip). Bakar di dalam ketuhar selama 16 minit dengan suhu 190C. (MaDiHa bakar dlm 18 minit ~ lepas 12 minit pertama.. MaDiHa tukar/terbalikkan kedudukan loyang supaya roti masak rata.. biasanya kalau tak tukar/alih.. roti akan hangus sebelah.. ).
9. Keluarkan roti dengan berhati2 ke atas redai kuih. (MaDiHa gunakan 2 spatula panjang utk keluarkan roti dari loyang agar roti tak terburai. (Semasa roti masih panas.. sapukan butter di permukaan roti ~ ini MaDiHa tambah.. ikut cara MamaFaMi selalu buat thanks mama!)
10. Setelah roti benar2 sejuk, terbalikkan roti diatas kertas kuih dengan berhati2. Buangkan kertas alas/lapik yg melekat pd roti & sapu nipis krim mentega. (MaDiHa sapu dengan butter jer sebab takmau roti terlalu manis).
10. Gulung roti dengan berhati2 dan padatkan. (Ikut cara gulung swiss roll yer puan2 ) Kemudian bolehlah dipotong & dihidangkan sebagai sarapan pagi maupun minum petang

PESAN MAJALAH SEDAP:
*Mencanai adunan haruslah satu arah sahaja supaya adunan lebih licin.
*Memutar setiap adunan roti sebaiknya rata putarannya hingga menghasilkan bentuk roti yang cantik coraknya.
*Mengisi inti/krim mentega jangan sampai ke tepi adunan supaya inti tidak akan keluar ketika digulung.





Oh ya.. adunan roti tu berlebih sikit.. so aku masukkan dlm paperliner & bakar seketul2 gini..
Seronok sangat buat roti ni.. sebab hubby suka & anak2 pun suka..


Selamat Mencuba


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net