Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 22-Jan-2009 07:11 Email | Share | Bookmark
Gambor2 Merdeka Yg Dah Basi; Nasi Ayam & Arrowhead Crackers..

 
Salamm....

Hari ni takmo ckp byk..(eh bukan ckp.. tp taip daaa.. ) idea pun takdok sgt (tp taktau ler kot dah mula menaip byk lak idea & jd panjang lak entry ni.. ) Hari ni aku nak masukkan gambor lebih sket sebab minggu depan aku cuti panjang sempena CNY Rasanya ramai juga kawan2 yg lain bercuti panjang kann.. Hmm.. gambor2 ni yg banyaknyer gambor2 yg dah basi.. buleh gituu?? Buleh tak bulehh.. aku update jelahh.. lama terperuk gambor2 merdeka ni tauu.. ni sumer gara2 nak tunggu gambor2 bunga api yg aku ambil dari henpon hubby.. tunggu nak transfer ke PC tak jugak ditransfer.. bz manjang kat rumah.. tup tup.. henpon hubby dah kong.. aduhaiiii... sungguhlah menyesal tak sudahhh byk gambor yg ada dlm tu selain gambor2 bunga api (sebabnya.. kamera aku gunakan utk rakam video bunga api.. pasal tu amik gambor guna henpon jer) termasuk gambor2 mancing udang galah kat Rompin & juga gambor kami bercuti2 di Rompin Beach Resort.. hmmm.. tulaahh.. bila baca entry Kak Jie Jie yg begitu sedih gambor2 percutiannya di Bukit Tinggi & Genting Highland tak sempat nak backup.. aku pun terima nasib yg sama.. adalah juga sikit2 gambor kat RBR & gambor mancing udang galah tu.. itupun ambil dari henpon Abby aku bluetooth ke henpon aku aritu.. (tu pun tak transfer2 lagikk ) Tapi utk kali ni.. aku abadikan dululah gambor2 kami masa kami pegi ke dataran Shah Alam menjelang mlm merdeka tahun lepas utk tengok bunga api... hmmm... sedihh.. gambor bunga api tak dpt diselamatkan lagii.. Layan jelahh.. gambor merdeka yg dah basi nih yekk.. Sayang plak nak delete mcm tu jer.. kenangan gak nihh..







Haziq langsung takmo bergambor dekat ngan askar2 tuu... takut agaknya tengok muka2 askar yg bercoreng2 tuuhh..

Okehh.. tak sah kalu takde gambor makanan dlm FP aku ni kann.. hehe.. sajer laa masukkan gambor nasi ayam yg aku buat last week.. ari2 mkn nasi putih pun buhsan juga... masak ler nasi ayam ni.. lagipun mmg kegemaran anak2.. dah berapa kali masak pun taktaulaa.. tp kali ni terajin sket nak amik gambor.. layan jelahh.. ahaa.. baru perasan yg resepi nasi ayam pun takde lagi dlm koleksi aku.. jd aku masukkan jugalahh resepinya walaupun sumer org dah tau masak nasi ayam.. esok2 senang anak2 aku nak merujuk.. lagipun.. ni resepi versi tokma dia masa tokma dia niaga kedai makan dulu.. (skrg tokma dah pencen dahh .. skrg ni masa tokma utk berehat, wat amal ibadat & berjalan2 ronda M'sia... dah puas asyik keje jer dari dulukann.. bila lagi nak jenjalan... )

NASI AYAM ZAI
Sumber : Ma tersayang


Quote:
Bahan2 Nasi Ayam
2 pot beras
3 ½ ~ 4 pot air rebusan ayam (bergantung jenis beras)
pewarna kuning
daun pandan
garam & aji
bwg putih*
bwg merah* Bahan2 bertanda * dikisar halus
halia*
planta
cengkih
bunga pelekat/lawang
kayu manis

Cara
1. Basuh beras dan tos sebentar. Jerang dalam rice cooker bersama air rebusan ayam, garam, aji, daun pandan & sedikit pewarna kuning.
2. Panaskan sikit planta dan tumis rempah tumis & bahan2 blend tadi. Bila garing masukkan ke dalam beras yg telah dijerang tadi. Kacau rata & tutup periuk rice cooker dan tunggu sehingga nasi masak.

Sup
Ayam (ambil air rebusannya sahaja secukupnya)
Sedikit serbuk rempah sup (MaDiHa guna Adabi)
Bawang putih ~ketuk
Halia ~ diketuk
bunga pelekat/lawang
cengkih
kulit kayu manis
garam & aji
daun sup & daun bawang utk hiasan

Cara
1. Rebus ayam hingga masak. Keluarkan ayam utk diperap.
2. Air rebusan ayam tadi dicampurkan dengan serbuk rempah sup. Tumis bawang putih ketuk, halia & rempah2 tumis kemudian tuang dlm kuah sup. Tambah garam & aji.

Ayam Goreng
Ayam – dipotong 4 ~ rebus empuk
Bawang merah*
Bawang putih* Kisar halus bahan2 bertanda *
Halia*
Kicap
Madu/gula
Aji

Cara
Perap ayam yang direbus dengan semua bahan2 anggaran 1 jam. Kemudian digoreng tetapi jangan terlalu garing nanti isinya keras & tak juicy.. .
Air /kicap perapan jangan dibuang.. simpan utk buat kicapnya

Sambal cili
Lada besar
Cili api
Tomato
Bawang putih
Halia
Sos cili
Cuka sikit je
Gula, garam & aji

Cara
Kisar semua bahan2 diatas kemudian dimasak hingga sesedap rasa.

Sambal kicap
Guna air perapan ayam, kicap manis & kicap cair. Tapiskan air perapan ayam tadi dan campurkan dengan kicap manis serta kicap cair. Masak sebentar hingga mendidih.

Sayuran yg digunakan
Timun
Salad
Tomato



Sempena masyarakat Tionghua nak merayakan tahun baru depa.. aku pun tumpang sibuk2 juga.. hehe... bukannya sibuk nak beraya sama.. tapi sibuk mencari benda nih


Buah atau ubi ni dipanggil Arrowhead.. tapi masyarakat Cina panggil Ngaku. Sebelum ni selalu ternampak kat pasaraya2 terutama time2 nak dekat tahun baru cina.. Sebelum ni tak ambik kisah pun apa benda buah ni & apa yg boleh dibuat dengannya sebab aku ingatkan sama spesis bawang.. tapi sejak2 Kak Jie Jie tunjuk dalam FP dia tahun lepas.. baru tau yg benda ni boleh dibuat kerepek.. makanya skrg ni.. aku jadi kepingin sangat nak merasa kerepek dari arrowhead ni... maklumlahh kann.. time2 mcm ni.. ada2 ajerr yg teringinnyer.. heheh... So minggu lepas masa kami balik kampong (Raub) sebab MIL aku tak sihat.. hubby terjumpa arrowhead ni kat pasaraya kat Raub tu.. terus ler dia beli sikit.. sebab sebelum ni aku ada ler dok sebut2... Masa beli tu.. dah tak sempat nak buat kat kg sebab dah nak blk PJ dah.. so aku bawak balik ke PJ & sampai2 je rumah malam tu.. terus aku kerjakan Ngaku nihh.. Hasilnya.. boleh tahan sedappp.. ranguppp.. cuma nak kerjakan tu leceh sket.. faham2 jelahh.. buahnya bulat & kecik2 gitu.. nak sagat tu kena hati2.. kot tak kena gaya mau luka tangan kena penyagat yg tajam tuu.. last2.. aku hiris2 guna pisau jelaaahh

Inilah dia Arrowheads Crackers.. sangat popular di kalangan masyarakat Cina sempena tahun baru cina... di luar musim perayaan ni memang takde jual arrowhead ni tauu..


Sedap gak kerepek ngaku ni... tp kalau buat.. jangan goreng sampai jadi coklat plak.. nanti tak sedap.. pahitt..
Quote:
ARROWHEAD CRACKERS

Bahan2
Arrowhead / Ngaku secukupnya
Minyak masak
1 sudu besar garam dibancuh dlm 1 cawan air.

Cara2
Kupas kulit arrowhead dan basuh bersih. Panaskan minyak masak. Sagat terus arrowhead ke dalam minyak yang panas / boleh juga hiris gunakan pisau nipis2 kemudian masukkan ke dalam minyak panas sekeping demi sekeping utk mengelakkan ianya melekat antara satu sama lain. Masukkan 2 sudu besar air garam dan dikacau2 rata. Goreng menggunakan api sederhana hingga kekuningan dan angkat segera sebelum warnanya bertukar menjadi coklat.


Itu jelahh n3 hari ni... hingga bertemu lagi dibulan hadapan.. itupun kalau panjang umur laa.. hehehe.. Selamat bercuti utk semua yer.. berhati2 jika anda memandu pulang ke kampong.. semoga selamat dlm perjalanan.. jumpa lagi..



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net