Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 2-Feb-2009 03:58 Email | Share | Bookmark
Happy Birthday To Haziq & Auntie Ikin.. :-D

 
 
 
 
 
Assalamualaikum..

Pada 29hb Januari 2009 yang lalu.. genaplah 3 tahun usia anak teruna ku si Haziq.. berkongsi pada bulan Januari itu juga ialah besday auntie Ikinnya (my cousin) yang ke 21 tahun yg jatuh pada tarikh 3hb Januari yg lalu. (Dan tak lupa.. pada tarikh 29hb Januari juga Zetty anak jiranku juga menyambut hari lahirnya pada hari itu.. Hepi besday yer Zetty.. sian dia besday dia demam plak.. )

Ok berbalik pada besday Haziq hari tu.. tahun ni tiada sebarang sambutan ataupun makan2 diadakan.. aku tak larat nak masak2.. plus pada hari tu juga kakaknya sekolah agama macam biasa... hanya sekolah kebangsaan jer yang cuti.. so aku memang tak sempat nak prepare apa2pun.. walaupun aku & hubby masih bercuti.. padan dok sibuk hantar & ambil kakak gi sekolah jer.. hubby pula tak berapa sihat.. kena demam chigukunga agaknya.. ni gara2 balik kg menjenguk my mil yg terkena demam yg sama.. balik2 PJ.. dia pulak kena demam tu.. masa kat kg tu.. dengar khabar memang boleh dikatakan satu kg dah terkena demam tu.. termasuk adik beradik hubby.. yg last my mil yg kena sampai tak boleh berjalan.. aku cuak juga nak balik kg pada mulanya.. tp dah dengar mil sakit teruk tu.. balik jugalah.. tau2.. balik sini.. cik abg plak kena demam tu sejak 22hb lagi.. sampai hari ni masih sakit sendi2nya.. jalan pun terhencot2.. tu yg aku tak leh nak buat apa2 tu.. kesana ke sini semua nak kena handle sendiri mana ler larat.. Nasib baiklah aku tak kena sama.. takut tu sebab aku tengah pregnant ni... kot ler ada effect kat baby plak.. tu ler yg besday Haziq kali ni.. aku hanya sempat beli sebiji kek jer utk dia.. Memang tak sempat nak buat apa2 pun.. Oleh kerana auntie Ikin & auntie Naknie bercuti dan ada kat PJ ni.. so lepas ambil kakak Dini balik sekolah agama.. terus pegi beli kek & aku bawak jer kek tu ke rumah Sujah.. dapatlah Haziq potong kek tu dengan auntie Ikinnya yg juga sambut besday bulan Januari..

Kek yang sempat dibeli yer.. hehehe.. tak sempat nak buat besday kek kali ni...







Kakak Dini masa ni tengah bad mood.. mula2 dia kata nak potong kek dengan adik dia.. aku kata.. adik potong kek dengan auntie Ikin.. tu yg dia merajuk tuu.. masam jek mukanya.. Apalah kakak ni.. sikit2 nak merajuk



Ni selingan jer... gaya Haziq konon2 nak jadi komando ler ni.. kelakar betul masa ni.. masa kitorang dok sembang2 sambil tengok tv.. tau2.. Haziq datang dengan pakai helmet komando tokcu dia tu dengan senapang uncle Mirulnya... entah kat mana dia ambil.. dia sendiri yang pakai tuu... terus kitorang semua pakat gelak.. dah la mlm tu aku pakaikan dia baju askar tu juga... so memang sesuai sangatlaa... semua sibuk ambil gambar dia... Haziq Haziq... tengok ler gambor2 kamu ni ha... dah besar esok mesti Haziq gelak sendiri tengok telatah Haziq ni..



Oklahh.. nanti sambung lagi gambar2 hadiah besday Haziq yer.. ibu selalu lupa nak snap gambar2 tu walaupun hadiah2nya dah dpt terlebih dulu... hehehe..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net