Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 5-Feb-2009 00:49 Email | Share | Bookmark
Hadiah Besday Haziq ;Koci Labu ;Cream Cheese Chocolate Brownies

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hari ni aku nak masukkan gambar2 hadiah besday Haziq yang dihadiahkan oleh tokma dia & auntie Ikinnya... Sebenarnya.. hadiah besday dari tokma tu dah dapat awal sebulan dari tarikh besday.. hehehe.. ibu dia jer yg malas nak ambil gambar.. malam tadi barulah terrrrrpaksa ambil gambar.. tengoklah tu.. cermin sisi dua2 belah pun entah kemana pegi.. dah kena cabut ngan si Haziq tah mana dia letak.. sebab cermin tu selalu ganggu dia masa dia nak bwk motor tu.. selalu sangkut2 kat tepi pintu or dinding.. tau jelah Haziq.. motor tu dari depan rumah sampai ke dlm bilik pun dilanyaknya.. kadang dlm dapur ibu yg sempit tu pun dia nak masuk jugak.. tu pasal yg kena cabut tuu sebab selalu sangkut2.. hehehe.. Haziq dah lama dah teringin nakkan motor ni.. tp ayah ngan ibu dia jer yg malas nak layan.. kalau setakat harga seratus ke bwh tu.. bolehlah lagi ibu ngan ayah belikan.. ni kalau dah dua ratus ke atas tu.. ibu ngan ayah kena fikir panjang gak laa... hehehe.. bukan sebab takde duit.. tp fikir duit tu byk lagi benda lain yg boleh dimanafaatkan.. lainlah kalau ayah ngan ibu ni bergaji besar.. Tapi dah nak jadi rezeki Haziq.. dapat juga merasa tunggang motor berenjin (cas letrik) tu.. sebab tokma dengan bermurah hati belikan Haziq sempena besday Haziq... takperlahh.. tokma loaded.. duit kalau tak guna utk anak cucu.. nak buat apa lagi kannn Terima kasih lah ma sebab sudi melayan kerenah cucu ma yg sorang ni... Nak kata cucu kesayangan tu tak juga.. sebab tokma layan cucu sama rata jer... cucu yg duduk sekali ngan tokma lagi ler masyukkk.. cucu yg duduk jauh ni dpt sekali sekala jer.. kekeke..

Inilah motor hadiah besday Haziq dari tokmanya... dpt sebulan awal dari tarikh besday.. dah lunyai dikejekan dek Haziq.. baru ibu nak amik gamborr



Aksi2 Haziq menunggang motornya.. mlm td baru ibu amik gambor.. tu yg Haziq ngan baju tidor tuu...




Masa mula2 dpt motor ni.. Haziq sibuk nak angkut ke nurseri... ada ker patutt..?


Ok ni plak hadiah kereta mainan dari auntie Ikinnya... kete ni pun Haziq sayang bukan main.. masa baru2 dpt siap bawak tidor lagi... ibu pun tak bagi Haziq bawak ke nurseri sebab ni kete mainan mahal ni.... kang kalau hilang.. ralat jekk.. hehehe.. kalau kereta mainan yg plastik tu tak kisah lerr..
Kereta merah tu model the Beetles yg auntie Ikin minat sangat.. TQ yer Ikin.. susah2 jek bagi hadiah kat Haziq..



Ok itu jerler hadiah besday Haziq.. hadiah dari ibu ngan ayah takde.. kekeeke.. kedekut tul ibu ngan ayah kann.. bukannya apa... ibu ngan ayah skrg ni sibuk dok prepare persiapan utk baby.. cukuplah ibu ngan ayah belikan kek utk Haziq tu kann...

Ok.. habis kisah besday Haziq.. skrg ni kisah masak2 ler plak.. Kuih muih yg dah lama dah aku buat ni sebenarnya... rasanya agak byk projek masak2 aku yg tertunda nak masuk FP.. takperlahh.. aku try masukkan sikit2 sebelum aku mula cuti bersalin bulan depan..

Kuih tradisional kegemaran aku...

Quote:
KOCI LABU

Bahan2 Doh
500 gram labu kuning ~ rebus, tos & lecek halus
300 gram tepung pulut
sedikit garam (dilarutkan dlm santan pekat)
Santan pekat secukupnya (hingga mendapat doh yg lembut)

Bahan Inti
1 biji kecil kelapa parut yg muda
Gula merah/gula melaka secukupnya (ikut kemanisan yg anda mau)
Sedikit garam
2 helai daun pandan ~ simpul
2 sudu besar tepong pulut
Sedikit air anggaran 1 ~ 2 cawan

Bahan2 lain
Daun pisang secukupnya ~ potong agak lebar & dilayurkan atas api dapur & dilap bersih.
Sedikit minyak masak/santan pekat (boleh guna lebihan santan pekat utk menguli doh tadi)

Cara2
1. Sediakan intinya terlebih dulu. Masukkan sedikit air dlm kuali. Masukkan gula melaka/gula merah hingga gula larut.
2. Masukkan sedikit garam dan kelapa parut. Masak hingga agak pekat sambil dikacau2 sentiasa. Taburkan tepong pulut utk mendapatkan inti yg agak kental. Masak hingga kering. Sejukkan.
3. Sediakan pula doh. Campurkan labu lecek & tepung pulut. Gaul rata sambil tuangkan santan pekat sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yg lembut dan tak melekat ditangan.
4. Ambil sedikit doh, leperkan dan masukkan inti ditengah2 dan tutup inti tersebut. Bulat2kan dan celup/masukkan dalam mangkuk minyak masak. (jika nak tuang santan pekat tak perlu celup dlm minyak masak)
5. Sapu sedikit minyak pd daun pisang dan ambil kuih yg dibulat2kan tadi lalu dibungkus rapi.
6. Buat sehingga habis dan bolehlah dikukus selama lebih kurang 20 - 30 minit.


Ini pula brownies yg ku buat sehari sebelum aku masak laksa sarawak tempohari.. alhamdulillah.. rezeki si Feqah juga ni.. dpt juga dia merasa brownies ni selain laksa S'wak tu..

Quote:
CREAM CHEESE CHOCOLATE BROWNIES
Sumber : Amy Beh (The Star) diterjemah oleh MaDiHa

Bahan2
225 gm coklat masakan ~ potong kecil2
125 gm mentega
85 gm gula perang
100 gm tepung superfine (MaDiHa guna tepung gandum jer)
20 gm serbuk koko
75 gm walnut panggang ~ potong2 kasar
2 biji telur
150 gm krim cheese
25 gm gula kastor
½ s/k (tsp) esen vanila
15 gm tepung jagung
2 biji telur kuning
70 gm whipping cream (MaDiHa ganti dengan yogurt asli)

Cara2 Menyediakan
1. Alas loyang 4 segi bersaiz 18cm dengan kertas kuih & griskan. (MaDiHa guna loyang saiz 18cm x 25 cm). Panaskan oven 170C. Ayak tepung & serbuk koko bersama2 sebanyak 2 kali. Ketepikan.
2. Satukan mentega, coklat masakan & gula perang dalam periuk dan masak hingga semuanya larut lebih kurang 8 - 10 minit sehingga agak pekat. Tuangkan ke dalam mangkuk membancuh dan sejukkan anggaran selama 20 minit.
3. Campurkan telur, walnut dan tepung yang diayak bersama serbuk koko tadi ke dalam mangkuk berisi coklat tadi sedikit demi sedikit dan bancuh hingga rata. Tuangkan ke dalam loyang dan ratakan. Ketepikan bancuhan anggaran 2 sudu besar.
4. Dalam mangkuk yang lain, pukul krim cheese, gula kastor dan esen vanila hingga berkrim. Ayakkan tepung jagung ke dalam bancuhan dan pukul lagi hingga rata. Tambahkan kuning telur dan pukul lagi hingga berkrim. Akhir sekali masukkan whipping krim dan pukul lagi hingga rata.
5. Tuangkan bancuhan cheese tadi di atas bancuhan koko dlm loyang tadi lalu ratakan. Ambil lebihan bancuhan koko sebanyak 2 sudu besar tadi dan dititik2kan di atas bancuhan cheese tadi lalu dicorak2kan menggunakan garfu atau chopstik ikut kreativiti anda. Bakar selama lebih kurang 50 minit atau sehingga masak.


SELAMAT MENCUBA


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net