Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 6-Feb-2009 04:17 Email | Share | Bookmark
Sessi Jawab TAG ; Donut Kentang

 
 
 
Hari ni.. sessi nak menjawab TAG plak.. kang marah lak cikgu2 yang bagi keje sekolah ni kalau tak siapkan.. sementara ada masa free.. baik siapkan dulu.. hehehe..

TAG pertama dari Malazzz. Thanks yer Malazz sebab sudi nak kenal2 ngan akak.. hehe..

TAG BIODATA


nama : Ratna Husna binti Ismail ( ikut dlm surat beranak )
umur : 38 thn ~ dah tua dahh.. hehe..
anak : sulung dari 4 beradik
asal : Trengganu
makanan : yg sedap2, yg pedas2 boleh dikatakan.. semua pun oklah.. hehe.. ~ kaki makan
minuman : fresh oren, carrot susu, teh o ais limau.. semua pun hantam..
hobi : jenjalan, mencuba resepi2 baru, makan, membaca majalah, surf internet
alamat skg : bandar sunway, PJ
pekerjaan : kerani cabuk syarikat pengeluar chemical
status : berkahwin & punyai sepasang cahaya mata... insyaAllah.. next month tambah lagi sorang doa2kan yg terbaik utk akak yer Malazz..

peel buruk ;
1. mudah kecil hati bila hati terguris
2. mudah menangis bila hati tersentuh
3. sama macam malazz gak.. susah nak lupakan kisah2 yg mengguris perasaan
4. kadang2 (kadang2 je yer…) suka juga merajuk.. tp tak lama.. sebab cik abang pandai pujuk.. kekeke..
5. susah nak lelap mata bila masuk tidur… org sebelah dah berdengkur.. kdg kita masih terkebil2 biji mato.. setakat pukul 12 t’malam tu tak heran langsung.. hehehe.. memang jarang tidur awal kecuali kalau badan letih sangat
6. sanggup berjaga malam semata2 nak bereksperimen terutama eksperimen masak2.. tapi biasanya.. bila esok tak keje ler.. hehehe..
7. tak suka lipat kain.. bila bakul kain dah penuh baru lipat.. hehehe..
8. tak suka juga mengemop lantai.. selalu cik abang jadi mangsa kena mop lantai.. tp kalau kaki dah rasa tak sedap sangat.. mop sendiri jugalah.. huhu..
9. tak minat juga menggosok pakaian.. memang culas sangat2.. terukkan?
10. benci dengan orang yg mungkir janji..
11. tak boleh makan manis2.. tapi suka masak benda manis2.. macamana tuuuuu???
12. tak pandai nak melawa, bergaya atau bermekap.. sangat2 sempoi orangnya.. tapi suka dengan minyak wangi!

itu jelah kot.. ishh.. dah 12 dah tu peel buruk.. byknyerrr… hehehe..


TAG ke dua dari Kak Aini (nama jer Kak Aini tapi lebih muda dari MaDiHa.. hehehe..)

PERATURANNYA:-

1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda -
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).
4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda

JAWAPAN TAG:
1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.



2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda - DAPAT KAK AINI http://aini-ann.fotopages.com/

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).

1. Masa anak dara dulu.. suka sangat dengan kerja2 kraf tangan. Pantang timbul musim orang buat bunga dari apa2 bahan terbaru mesti nak buat jugak. Contoh seperti bunga dari benang bulu, riben plastik, riben kain, straw, kertas bunga celup lilin dll. Dalam rumah penuh ngan hasil keje tangan sendiri.. hinggakan bunga telur masa nak kawin dulu pun semua buat sendiri.. beratus2.. rasa puas dapat buat sendiri. . hehehe.. bunga2 hiasan dulu2 tu kebanyakkannya dah tamat riwayat dahh.. maklum dah berabuk2 kan.. ada satu yg masih cantik.. bunga yg duduk dlm frame.. itupun frame tu ma aku dah bagi kat mak sedara aku kg t'ganu.. masih elok jer tergantung kat rumah dia.. hehe

2. Selain minat buat bunga2 hiasan rumah.. minat juga menggubah hantaran. Hantaran bertunang, hantaran kahwin semua buat sendiri… hatta sirih junjung pun gubah sendiri.. esok nak sanding.. malam ni dok sibuk lagi menggubah sirih junjung.. pastu baru sibuk pakai inai.. kekekek… Selain dari tu.. hantaran bertunang & hantaran kahwin adik2 pun kebanyakkannya MaDiHa yang gubahkan.. kecuali masa MaDiHa beranak kecik dulu tak sempat nak tolong gubahkan hantaran kawin adik lelaki & hantaran tunang adik pompuan no. 3.

3. Emm.. cerita pasal hobi.. selain gubah menggubah & membuat bunga hiasan.. sempat juga belajar menganyam rotan buat bingkai cermin muka, buat dulang, buat lekor dari lidi kelapa.. masa tu memang musim.. tp skrg ni semua dah lupa.. hahaha.. Sekarang ni.. masa terluang.. suka juga baca majalah..

4. Minat juga mengumpul stem dari dalam negara & juga luar negara. Minat yang diasah oleh arwah ayah.. Ada beberapa buah buku stem yang dah penuh dan masih dalam proses mengumpul lagi.. InsyaAllah sekarang nak ajar Dini pulak sambung hobi mengumpul stem nih.. MaDiHa dah kekurangan masa nak buat keje2 tu semua.. hehe..

5. Suka mengumpul resepi & mencuba resepi2 terbaru sejak anak dara lagi. Tapi masa tu belum ada internet bagai.. jadi hanya buku2, majalah2 & resepi2 dari kawan yang jadi rujukan. Sekarang dah ada internet.. macam2 resepi boleh dicari & dijadikan rujukan. Seronok sangat!

6. Bila dah mengenal Fotopages.. bertambah2 lagi minat utk mencuba resepi2 baru. Sebab utamanya.. terlalu banyak sumber/resepi yang boleh dijadikan rujukan & selain tu bila dah ada Fotopages sendiri.. bertambah seronok sebab boleh simpan gambar2 untuk kenangan & rujukan anak2 & juga rujukan mereka2 yang berminat.

7. Hobi terbaru sekarang ni.. suka surf fotopages & juga blog2 terutama yg mengutarakan resepi2.. hehehe..

8. Hobi yang memang tak boleh dinafikan… suka makan.. pasal tu suka masak… hehehe.. tapi bila mood masak takde.. suka tidur.. kwang kwang kwang..

9. Sayang pada haiwan terutama kucing.. dulu memang ada bela kucing.. tp sekarang tak boleh nak bela2 kucing sebab keadaan rumah yg tak begitu bersesuaian.. lagipun.. sejak2 ada anak (Haziq) yg ada asma masa dia kecik dulu.. langsung tak berani nak bela kucing. Selain tu.. suka juga menanam bunga..

10. Selain dari hobi2 di atas.. suka juga pegi jenjajalan makan angin atau pegi tempat2 yg dekat ngan flora & fauna. Tapi sayangnya.. tidak begitu berkesempatan & berkemampuan.. Jadi.. pegi jelah tempat2 yang sempat & rasa mampu seperti ke tepi2 pantai.. beriadah spt memancing dan lain2 lagi… itupun dah boleh mendamaikan & menenangkan fikiran betul tak?

4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda
Tau tau nak tag siapa lepas ni sebab rasanya.. dah ramai yg kena.. so.. takde nak tag sapa2lah kot.. hehe..


Oklah.. habis sudah sessi menjawab TAG.. Sikalang.. sessi masak2 plak yer...

Lama sungguh tak menguli donut. Percubaan pertama membuat donut menggunakan kentang. Sungguhlah puas hati.. sebab ianya sangat2 lembut & tidak menyerap minyak seperti sesetengah donut... Alhamdulillah.. dpt pujian juga dari cousin2 ku.. Ikin & Naknie.. hehehe.. dorang sempat merasa masa dorang dtg umah aku malam tuu... walaupun buat petang dah dorang makan masa tu dah malam.. tp masih lembut & sodapp.. Sujah siap minta resepinya lagi.. sangat2 berterima kasih kepada empunya resepinya.. Cakcibur.. & terima kasih juga pada yg telah mempopularkan resepi donut ini tak lain tak bukan iaitu MamaFaMi Thanks to both of u

Quote:
DONUT KENTANG (dapat lebih kurang 26 biji donut yg montel2 )
Sumber : Cakcibur (Cak.. akak C & P terus dari FP Cak ni yer.. halal ehh!)

Bahan2
1 biji kentang sederhana besar, rebus.. then blend dengan 1 cawan air panas.

dlm mangkuk besar, CAMPURKAN ;
1/3 cwn minyak masak
1/4 cwn susu pekat manis
1/2 cwn air suam
2 sdb gula
1/2 paket mauripan
sedikit garam
kentang yg dah di blend tadi

then masukkan 500g tepung, masukkan sikit2...
(x perlu habiskan tepung...adunan ni mmg sikit lembik.. tp thru experience..lebih lembik doh,lebih lembut donut nya nnt).. (MaDiHa terpaksa tambah sikit lagi tepung.. sebab tak reti nak handle doh yg lembik TAPIII.. donut tetaplah lembut )
biarkan doh naik sekli ganda..then bulat2 kan...
biar dia naik lagi sekali...then buat lubang sebelum digoreng...

klu doh melekat2 ditgn.. boh la tepung utk elak dia melekat...




Ok... selamat mencuba.. & selamat bercuti buat semua yer..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net