Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 10-Feb-2009 05:11 Email | Share | Bookmark
Apam Balik; French Toast & Tempahan Marble Twist Roll

 
 
Salamm...

Alhamdulillah masih berkesempatan untuk mengupdate FP hari ni.. Badan terasa segar sikit hari ni sebab baru lepas bercuti selama 3 hari.. Selama bercuti.. dapatlah bereskan kerja2 rumah yg memang tak pernah habis2 tu.. & alhamdulillah.. cuti baru2 ni juga aku dapat siapkan tempahan roti marble twist roll.. tidaklah banyak mana.. hanya 2 roll saja.. & yang penting.. syukur sangat2 sebab cubaan kedua membuat roti tersebut berakhir dengan jayanya.. hehe.. Terima kasih la pada Aliza yang sudi menempah. Actually anak saudara Aliza yang teringin sangat dengan roti tu bila tengok FP aku hari tu.. mula2 tu rasa cuak juga nak terima tempahan tu.. pertama sebab takut tak menjadi maklumlah.. roti tu pun baru pertama kali buat.. mana tau kalau2 cubaan kedua takut tak menjadi pulak.. tapi oleh sebab dapat tau dari Aliza orang yg teringin tu pun berbadan dua macam aku juga... terus tak sampai hati nak tolak permintaannya... jadi aku terima jugalah tempahan tersebut Harap2 Aliza & anak buahnya puas hati dengan hasil roti tu yer..
Inilah roti marble twist roll yang ditempah tuu.. kali ni tak dapat ler nak tunjuk corak2 dalamnya tuu.. sebab org punya

Sesiapa yang nak mencuba buat roti ni.. boleh klik SINI untuk resepi & cara2 membuatnya.


Untuk resepi hari ni.. hanya resepi2 mudah saja yg nak dikongsikan..

Resepi yang ku ambil dari FP Jasmeen.. Ambil dah lama dah.. tp masa cuti CNY baru ni ler baru berkesempatan mencuba.. sebabnya sepanjang cuti tu memang dok rumah jer sebab mr. hubby kurang sihat.. jadi.. bila dah memerap kat rumah tu.. asyik ler kena cipta makanan utk isi perut2 yang sentiasa lapar kat rumah tu.. heheh.. apam balik ni buat minum petang.. memang sedapp.. Thanks yer meen utk resepinya.. & thanks juga utk empunya asal resepi Ms. Oreo

Apam balik yang pertamaku agak tebal ku buat.. oleh kerana hanya guna kuali.. (takde tempat masak apam balik yg sebenar).. apam balik tu agak susah nak masak terutama bahagian atasnya.. jd aku terpaksa masukkan dlm oven sekejap utk masakkan bahagian atasnya.. heheh..
Apam balik seterusnya pula aku buat nipis2 sikit.. tapi kulitnya jd tak cantik plak sebab terlebih bubuh planta.. Walaupun rupanya kurang cantik.. tapi rasanya memang sedappp


Quote:
APAM BALIK
Sumber : MS. Oreo Myresipi (ambil dari FP Jasmeen)

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

2 cawan tepung gandum
½ cawan gula
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder
Sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1½ cawan air
Sedikit mentega/planta untuk mengoles
Bahan tabur :
Kacang tanah yang sudah dikisar
*Jagung cream (MaDiHa tak bubuh sebab takde stok kat rumah)
*Gula kastor

Cara-cara
- Putar gula bersama telur hingga kembang,
- Masukkan soda bicarbonate, baking powder, air dan pewarna kuning. Putar lagi hingga sebati.
- Masukkan tepung dan mesin lagi sehingga sebati. (ADUNAN SIAP)
- Oleskan planta di permukaan kuali & tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian nipiskan.
- Biarkan seketika & sementara menunggu masak, taburkan bahan tabur di atas.
- Apabila cukup masak, angkat dan dilipat DUA sebelum dipotong. Selamat Mencuba!


Sarapan ni pulak masak weekend baru2 ni.. Oleh kerana pagi tu hanya ada sikit jer nasi dingin & beberapa keping roti.. maka terpaksalah aku masak dua2 menu ni untuk sarapan pagi kami sekeluarga.. nak buat sejenis jer memang tak cukup utk 4 beranak.. maka terhasil ler semangkuk nasi goreng & sepiring french toast ataupun roti telur goreng ni... sempoii...


Quote:
FRENCH TOAST
(ada pelbagai resepi french toast ni.. ini resepi sempoi jer )

Bahan2
5 keping roti sandwich ~ potong dua
3 biji telur gred A
2 sudu besar susu tepung
sedikit garam
sedikit lada sulah
Planta utk menggoreng

Cara2
1. Pecahkan telur dalam mangkuk. Masukkan susu tepung, garam & lada sulah. Kacau rata.
2. Panaskan kuali api kecil. masukkan sikit planta.
3. Celupkan roti ke dalam bancuhan telur & balikkan roti biar seluruh roti menyerap telur. Angkat roti dan masukkan dlam kuali tadi. Ulangi proses yg sama lagi 3 keping. (4 keping utk sekali masak).
4. Terbalikkan roti yg sudah mulai nampak garing. Jika nampak agak kering & kekurangan minyak.. sudukan sikit lagi planta di tepi2 roti. Angkat roti & sedia dihidangkan.
5. Selain dimakan begitu saja.. sedap juga dimakan dengan sos cili & baked bean.


Selamat mencuba.. sesuai sangat untuk ibu2 bekerja utk sarapan anak2 sebelum ke sekolah.. Mudah & cepat.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net