Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 12-Feb-2009 00:47 Email | Share | Bookmark
Gara2 mengidam.. terjadinya pertemuan ini... hehe..

 
 
 
 
 
 
 
Assalamualaikum..

Tajuk punyalah panjang kan.. tapi memang betul pun apa yg nak diceritakan hari ni.. Gara2 aku mengidam.. tanpa disangka2 dan dirancang2.. aku dapat jumpa ngan seseorang Seseorang yang aku segani & yang aku suka sangat mengikuti aktiviti hariannya melalui FP.. sebab minat kami ada sikit2 persamaan.. suka dengan flora & fauna.. suka tengok benda pelik2 & suka memancing.. cuma yang tak samanya.. aku tak reti nak menjala macam dia & dia pulak tak minat mencuba resepi2 baru spt aku..

Oklah.. malas nak membebel panjang.. hehehe.. orang yang aku maksudkan ialah Pakcik Hussein atau lebih dikenali sebagai Pemancing Ikan atau pun P.I Macam tak percaya aku dapat jumpa dengan P.I Ceritanya gini.. baru2 ni aku ternampak ler buah nipah dalam FP beliau.. ini kali kedua aku tengok.. masa kali pertama dulu.. takdelah beria sgt aku teringin.. hehehe.. tapi tengok kali kedua ni.. rasa macam teringin sangat aku nak makan buah nipah tu.. sebabnya.. dah lama sangat aku tak jumpa apalagi nak makan.. bukan senang nak jumpa kat sini.. Kalau ada pun.. bukan senang nak ambil.. selalunya dlm paya or tempat2 berlumpur jer yang ada.. jd aku dengan muka tak malu saja2lah kata minta pakcik poskan ke PJ buah tu.. tp niat dlm hati takdelah beria2 sangat minta di pos.. sekadar bergurau jer.. hehehehe.. Tapi aku tak sangka plak dpt respon positif dari pakcik.. Pakcik minta alamat aku.. ishhh.. takkan ler aku nak nyusahkan pakcik pos ke sini betul2 kann.. buah tu bukannya kecik.. besar & berat lak tuu.. hehehe.. last2 pakcik ckp kalau gitu dia leh kirimkan melalui anaknya kalau anak2nya kebetulan balik Penang.. kalo gitu.. oklah sikit kann.. aku pun sms ler pakcik.. tau2 aku dpt panggilan dari pakcik katanya nak dtg KL minggu depan (dlm minggu ni ler patutnya). So aku kata oklahh.. tp jangan kerana saya pulak pakcik nyusahkan diri nak dtg KL

Tau2.. hari ahad baru ni.. dah mlm dah masa tu.. aku dpt panggilan dari pakcik mintak jumpa di KL dlm masa sejam lagi.. uikkkk.. terkojut borok la aku.. hahahaha.. apa taknya.. sebab sebelum tu pakcik kata nak dtg mungkin hari kerja.. jd aku fikir mungkin lambat lagi.. tau2.. hari ahad tu pakcik dah dlm perjalanan dah rupanya.. hubby plak masa tu gi kedaii.. tunggu ler dia balik dulu.. so bila dia dah balik.. bincang2 ngan hubby boleh ker gi jumpa pakcik malam tu.. hubby ckp oklahh.. cuma dia tak berapa larat nak pulas stereng lagik katanya.. sendi2nya lom elok benor lagi.. maka aku pun minta tolong ler ngan pakcik aku (acu) tolong bawakkan kami mlm tu.. hehehe.. nasib baik ler acu ada kat rumah dan takde apa2 hal lain malam tu... (thanks ye acu susah payah jd driver kaklong mlm tu.. siap ngan sujah pun ikut sekali.. ) aku nak drive sendiri pun.. tak berapa reti sangat dlm bandar KL ni.. nama jer dok dekat dengan KL..

Ok jom tengok gambar2 kenangan kami ni.. masa ni bergambar di hotel penginapan pakcik di Quality Hotel.. masa ni kitorang baru lepas makan2 & sembang2.. dah lewat malam dah masa ni... rasanya dah masuk pagi kot.. tak sedar sembang panjang.. aku ok jer.. tp kesian kat pakcik, isteri & anak2 kot nak rehat2 & kesian gak kat hubby aku sebab pagi esoknya dia kena keja... Oh ya.. thanks ye pakcik sebab belanja kami mlm tu.. aku baru je nak gi bayor.. cepat2 pakcik pintas tak bagi aku bayor.. ishh pakcik ni.. sepatutnya saya lah yg belanja pakcik.. susah2 pakcik dtg sini nak hantarkan buah nipah tu.. nanti bila sy ke Penang nanti baru giliran pakcik pulak.. ni dah terbalik pulak.. tak laku duit aku mlm tu.. huhuhuu... Anyway.. best sangat jumpa ngan family pakcik ni.. semuanya baik2 belaka, ramah & very sporting.. aku jer yg tak reti sgt nak sembang ngan anak2nya.. byk sembang ngan pakcik & makcik jer.. hehe..

Inilah dia family pakcik P.I yang aku jumpa malam tu..


Bergambar ramai2 sebagai kenangan.. bukan senang nak jumpa ni tauu... tak tau bila plak dpt jumpakan pakcik..


Aku & anak2 mengabadikan kenangan dengan pakcik PI & juga isteri kesayangan beliau.. thanks ye pakcik utk semuanya..


Inilah buah nipah yang aku dok teringin sangat tu... didatangkan khas dari Penang.. thanks byk2 pakcik.. susah payah pakcik kena gi masuk semak ambil buah ni.. bukannya ringan ni..berat woo.. dah mcm buah sawit dah ni..


Buah nipah dilokasi asalnya... gambar ni dicilok dari FP pakcik P.I .. mintak halal ehh pakcik


Selain buah nipah.. dapat juga ole2 ni dari pakcik yg dibeli dari Cameron Highland.. terkilan juga rasa sebab aku tak sempat nak buat apa2 pun utk pakcik.. kalau pakcik bagi tau dari siang2 tadi.. boleh gak aku buat something.. buat roti twist roll tu ker.. or buat kek ker.. tp dah last minute baru pakcik call.. mana nak sempat kan.. last2 aku minta sujah tolong gorengkan karipap frozen yg sujah buat (memang untuk jual). Nasib baik masih ada stok dlm peti ais sujah.. hehehe.. segan ler jugak nak melenggang jer.. nak gi beli something pun dah tak sempat.. thanks ye sujahh tolong gorengkan karipap tu.. Thanks pakcik utk ole2 ni sumer.. naik segan lak sy ni dpt byk sgt ole2 dari pakcik.. sy tak sempat nak buat apa2 pun untuk pakcik..


Lagi gambar2 kami ada kat SINI

Oklah.. itu sajalah ceritanya.. So untuk resepi kali ni pulak.. aku nak masukkan resepi yang aku masak baru2 ni.. guna cili solok yang pakcik PI bagi baru nilahh.. lama tak nampak cili solok ni.. cili ni lain dari cili biasa terutama dari segi warnanya yang agak kekuningan.. biasanya org2 pantai timur gunakan cili ni untuk buat solok lada ataupun sarok lada.. Jadi aku pun buat jugalah.. cuma resepinya lain sikit dari solok lada yang biasa tuu... jom tengok


Quote:
SOLOK LADA KUAH KARI
Sumber asal : Chef Wan (tapi aku dah lupa apa bahan2nya yg sebenar.. jadi aku buat ikut pandai2 aku jer.. & sepatutnya isinya guna ikan.. tapi aku tukarkan ke isi ayam )

Bahan2 Cili Sumbat
5 - 6 biji cili solok yang besar2
400 gram isi ayam ~ dikisar halus (guna pengisar kering or pengisar daging)
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil garam
Sedikit aji
½ biji bawang besar ~ didadu
Minyak masak secukupnya

Untuk Kuah
½ biji bawang besar ~ didadu
1 tangkai daun kari
3 sudu besar bawang besar, bawang putih & halia yang dah dikisar halus
2 sudu besar rempah kari
2 sudu kecil serbuk cili
200 ml santan pekat
1 cawan air
1 keping asam keping
garam & aji secukup rasa

Cara2nya

1. Cili dibelah di satu bahagian saja (jangan belah dua) kemudian kerat sedikit dibahagian atas tangkainya juga TAPI jgn sampai putus. Buang biji dibahagian dalamnya.
2. Gaulkan isi ayam, bawang dadu, garam, aji & lada sulah hingga rata.
3. Masukkan isi ayam ke dalam perut cili tadi hingga penuh. Jika ada lebih.. boleh bulat2kan saja macam pergedil.
4. Panaskan minyak api perlahan lalu gorengkan cili tadi hingga agak garing. Angkat dan ketepikan dahulu.
5. Sediakan kuahnya pula. Panaskan minyak dlm periuk. Tumiskan bawang besar dadu, daun kari dan bawang2 kisar hingga wangi. Masukkan rempah kari dan serbuk cili & kacau lagi. Masukkan air, santan & juga garam & aji. Masukkan asam keping dan biar mendidih hingga agak pekat.
6. Rasakan kuahnya secukup rasa dan akhir sekali masukkan cili sumbat yang dah digoreng tadi.
7. Dibalik2kan cili agar sebati dengan kuah & biarkan seketika saja kemudian bolehlah dihidang.

Selamat mencuba


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net